Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 29, 2013

Hari jadi mak :)

Assalamualaikum...

Sabtu lepas hari jadi mak.27 Julai.Nenek berkongsi bulan dengan Mawar. Happy birthday nenek, u the best mak & nenek in the world. We luv u until jannah :)

Bulan puasa tahun ni kami satu keluarga amalkan makan di rumah sahaja, memandangkan faktor usia anak2 aku, along & angah yang sangat lincah & ligat kami merasakan baik  & lebih selesa berbuka di rumah sahaja bagi mengelakkan berlakunya masalah2 di tempat makan nanti.  hehehehehehehe :)

Jumaat lepas pun g buka puasa ofis mak tak kasi bawak si haikal. Mak kata nanti dia tak selesa dan cepat boring sbb tahu la mcmne tempat buffet tu bukan ada taman mainan pun :P

So sabtu lepas along belanja nasi arab kegemaran mak dan angah belanja Carrot Kek kegemaran mak jugak :)


~ Cucu2 dia yang over excited :) ~




~ Antara menu, dan menu2 yang ditambah oleh anak2 sedara dia :) ~



~ Handbeg dari anaknya seorang ni, boleh pakai raya ni mak :P ~


~ kalau kat umah nenek benda ni je dia suka main, baju abang dia dah boleh pakai dah,hehehehehe :) ~

Notakaki: Pejam celik dah masuk hari ke-20 ramadhan.

Thursday, July 25, 2013

Ambil cuti untuk persiapan raya ala kadar :)

Assalamualaikum...

Semalam kami suami isteri sepakat nak ambil cuti beli baju raya anak2 dan bapaknya sekali.kalau g hari biasa dengan keadaan anak kecil macam tu memang tak la, kesian dengan cuaca yang panas dan kesesakan orang tu terlalu ramai...

Takde la beria2 pun. Memandangkan baju melayu sedondon aku dan mawar warna purple dan pink, laki aku nak 2 pasang jugak. Purple dah tempah cuma pink memang nak cari dah siap je, diorg kata BAK jahitan dia elok, puas hati la. So ajak suami try g sana smlm kat jalan tar dan langsung ke sogo cari baju budak2 tu sekali.



 ~ Belikan ayah dan anak lelaki dia yang ini...gerek seh :) ~


~ OMG terus jatuh hati dengan kain & jahitan serta harga yang diberikan kerana merasakan sangat berbaloi, tahun depan memang aku tak tempah dah tahu nak beli siap kat mana dah. :) ~



~ Suka dengan baju mawar, baju budak lelaki memang biasa dan sama kebiasaan haikal aku suka beli suar kotak2 ~


~ Ngam2 ngan mawar :) ~

Pastu terus ke ikea lepas g ke jalan tar sbb mencari sarung klippan (sofa) yang baru. Best sangat sofa ikea mcm2 warna boleh tukar2..


~ Beli rak yang baru ni sebab dah tak tahan tgk anak2 tgk tu depan mata takut rosak plak mata dia, tinggi sikit so masing2 memang tak sampai nak tgk depan2 dan panjat nak ambik barang kat lack tu ~


~ beli cover clippan ikea ni, cung jugak,contra sikit ~

~ Beli extra yng ini ingat nak pakai raya nanti :P, wah best kan ikea tak perlu nak tukar sofa setiap tahun cuma tukar cover sofa je :) ~



~ Ngeh2 sebat beg furla & mk :P ~



~ Dan keadaan rumah yang masih ditukar taraf warna :) ~

Notakaki : Dah separuh bulan kita berpuasa, rasa seronok di bulan puasa. Mungkin ini nikmat di bulan yang mulia :)

Monday, July 22, 2013

Kisah kek harijadi Wan Mawar Adawiyah 1 tahun :)

Assalamualaikum...

Masih dalam mood harijadi mawar :)

Sabtu lepas sambut bufday mawar kecil2an di rumah nenek dia, sbb pk senang kalau-kalau sapa2 nak g terawih malam tu sbb umah memang sangat dekat utk ke surau.

Kisahnya aku ada sms lisa SweetyFudge untuk order kek dengan dia...serius lepas aku order kek harijadi haikal masa 2 tahun hari tu rasa nak order kat dia je, nak cari org buat kek cantik2 berlambak tp sedap tu memang susah tp bila aku dah jumpa si lisa ni memang tak nak org lain dah :)

Pastu dia balas balik kata dia baru habis pantang nanti dia confirm balik. Memang frust sbb dah berangan nak berombre2 kan kek harijadi mawar tau..

Last2 dia sms dia kata dia boleh buatkan, tqvm lisa. Ai luv u la. Alang2 tu order la pavlova terus dan RV untuk bufday bff aku :)


~ memang jatuh hati tgk kek ni taw ~

Yeay ini kek harijadi mawar yang pertama, mama memang btl2 suka okeh :P...


~ Hb sayang, identiti mawar seakan2 dora :P ~


~ Pavlova ni untuk mama :P ~


~ Belanja family nasi beriani insaf & kfc. Mak masak rendang&pulut kuning & ketiaw...terbaikkk :) ~











~ Tq nenek, pak long, mak long, pak ngah, mak ngah dan sepupu2 mawar :) ~

~ Terbaik dari ladang, dua2 sedap tapi paling2 sedap pavlova. Pavlova macm goreng pisang panas tak sampai 30 minit dah habis :P ~

~ Tq mak long & nenek.mak ngah nanti kasut mawar nak ala2 macm dr. martens tau baru rockstar :) ~

Notakaki : 22 Hb tu g cucuk mawar setahun, erm cuck se"tahun "dah dan bukan "bulan" lagi, cepatnya masa beredar.....

Friday, July 19, 2013

Hadiah hari jadi mawar yang pertama :)

Assalamualaikum...

Salam Jumaat...


~ Anak patung comel pemberian papa mawar :) ~

Notakaki : Sentimental value betul anak patung ni sbb aku cite kat laki aku dulu masa kecik2 arwah ayah suka bawak aku g funfair, yang aku nak sangat bila main2 tu nak sangat anak patung besar, hahahahaha :P

Wednesday, July 17, 2013

Setahun lepas lahirnya anak yang terlalu istimewa untuk kami :)


Assalamualaikum...


17 Julai 2012. Masih lagi segar dalam ingatan aku sampai bila2 tarikh penting untuk puteri kesayangan yang kami nanti2 lahir ke dunia ini Wan Mawar Adawiyah.

Nama mawar tu dah lama aku simpan sbb dari dulu aku teringinkan anak perempuan. Cukup bertuah aku mudah diberikan rezeki anak, tetlalu bertuah alhamdulillah.

Selepas kelahiran mawar, semasa menyusukan dia aku mengalami kesulitan sbb dia mcm tak boleh nak "suck" aku punya puting dengan baik. Tapi aku tak pk apa, sbb aku rasa benda tu normal pada bayi kerana ada yang pandai ada yang kena diajar.

18 Julai 2012. Selepas mawar mandi dan rehat dan tiba masa menyusu nurse akan bawa masuk ke bilik aku, dan apa yang membuatkan aku terkejut apabila nurse bagitahu dalam tekak mawar berlubang, masa tu suami aku balik umah sekejap, jantung aku tak boleh nak cakap la sbb aku tak pasti apa masalah yang mawar hadapi sekarang dan tanpa berkenggah aku terus aku capai hp dan telephone suami dan dia bergegas ke hospital.

Nurse tersebut tak boleh nak buat apa2 penjelasan sehingga diperiksa oleh dr pakar esok. Dr. K(paed) maklumkan yang mawar mempunyai "soft cleft palate" atau bahasa melayu sumbing lelangit lembut. Ok memang tak dinafikan aku dan suami tak penah tahu ada sumbing di lelangit yang aku tahu di bibir sahaja.

Terkejut sangat sbb aku tak boleh nak bayangkan bagaimana kehidupan dan bagaimana menjaga seorang anak yang mempunyai sumbing lelangit.

Aku bertuah dikurniakan suami yang ada dikala senang dan susah, tanpa pengetahuan aku, dia dah mendaftarkan mawar di bawah persatuan CLAPAM pada malamnya di hospital selepas Dr. K (paed) mengesahkan dia mempunyai sumbing lelangit dan dia yang banyak mencari info tentang penjagaan bayi cleft. Apabila tuhan kurniakan anak ini pada kami baru kami belajar segala2nya terutama cara mengendalikan anak sebegini.

Selepas balik hospital, terus pengerusi kelab ini datang untuk memberikan kaunseling dan sokongan pada kami dan memberi penjelasan tentang apa2 yang kami perlukan. Dinasihatkan kepada ibubapa yang dikurniakan anak istimewa ini terus mendaftar di bawah kelab ini untuk di"guide" dengan betul dan sentiasa berfikiran positif. Sokongan suami, keluarga dan keluarga mertua sangat2 membantu dan membuatkan aku sekuat dan setabah mungkin.

Mula2 tidak dinafikan aku selalu mempersoalkan kebolehan aku untuk menjaga anak istimewa ini, dan alhamdulillah menjaga mawar bukan perkara yang merumitkan di mana mawar tidak mempunyai masalah kesihatan tetapi hanya mempunyai sedikit masalah penyusuan yang mana agak menjejas pertumbuhan berat badan dia. Mawar tidak pandai menyusu badan dia hanya pandai menyusu melalui puting botol sahaja. Dan mempunyai kesedaran yang tinggi dan merasakan susu ibu adalah terbaik untuk antibodi anak2 aku tanpa penat lelah menjadi EP Mom dalam bahasa melayu ibu pump 24 jam...hehehehehehehe.

Penat aku tolak jauh2 & yang aku tahu aku nak bagi yang terbaik untuk anak2 aku. Setiap masa di rumah aku akan pump untuk pastikan mawar sentiasa mempunyai stok susu. Dan alhamdulillah walaupun tidak lama tapi cukup membahagiakan apabila aku dapat memberikan mawar susu aku sepenuhnya sehingga dia selesai operation dan sihat. Alhamdulillah.

Mawar dibesarkan oleh nenek pah, dan awal2 aku dah ajar cik pah untuk meberikan susu kepada mawar kena tegakkan sedikit kepala dia supaya susu tidak terkeluar dihidung. Dan alhamdulillah nenek pah menjaga mawar dengan baik sekalis sehingga kini. Terima kasih nenek pah.

Dr.K merujuk kes ini ke Dr. Ahmed Hussin iaitu Dr pakar bedah plastik. Selain itu kami dirujuk kepada Dr. Amir iaitu DR. ENT untuk pastikan mawar tidak dijangkiti kuman di bahagian hidung dan telinga yang mana bahagian yang senang dijangkiti apabila kurang penjagaan. Dr. Ahmed dan Dr. Amir sangat2 membantu kami sekeluarga dari awal sehingga dia selamat dioperate dan sehingga kini sihat. Dan mari saya tunjukkan dan memberikan sedikit maklumat tentang ini. Jangan bersedih bagi ibubapa yang dikurniakan anak2 sebegini, cuba berikan semangat pada anak2 seperti ini kerana mereka satu anugerah Allah yang sangat2 istimewa.

"Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba salah seorang diantara kamu dengan cubaan sebagaimana salah seorang kamu menguji emasnya dengan api. Maka sebahagian mereka akan keluar daripada ujian itu bagaikan emas kuning berkilat.Maka itulah orang yang diperlihara Allah daripada bermacam syubhat. dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam, dan itulah orang yang tergoda fitnah. " (hadis Riwayat Thobrani)

" Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian bahawa sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar ."( surah al-Anfal, ayat 28).


Apa itu klef (Cleft)?

Klef ialah fenomena kongenital yang melibatkan 1 dalam 700 kelahiran bayi baru di Malaysia. Ketika peringkat awal kehamilan, bahagian muka terjadi di tempat yang berasingan, kemudian akan bercantum menjadi muka. Jika pencantuman ini gagal, klef akan terjadi. Klef bibir dan lelangit boleh terjadi berasingan atau keduanya sekali.

Klef bibir:

Ianya mungkin sedikit rekahan di bahagian bibir atas atau rekahan sepenuhnya di sebelah atau kedua belah bibir atas. Kekadang rekahan ini mungkin terus ke dalam hidung. Klef unilateral ialah rekahan di sebelah bibir sahaja dan klef bilateral ialah untuk dua rekahan di bibir tersebut.

Klef lelangit:

Apabila bumbung mulut (lelangit) tidak bercantum, akan terdapat rekahan/lubang di lelangit. Ini mungkin di bahagian lelangit lembut (bahagian belakang dekat tekak) atau di bahagian lelangit keras (bahagian lelangit dekat mulut) atau kedua-duanya.



Klef bibir dan lelangit:


Keadaan ini ialah apabila bibir dan lelangit terdapat rekahan/lubang

Ibu-ibu boleh cuba menyusu bayi klef bibir. Tanyalah doktor bagaimana cara yang terbaik. Bagi bayi klef lelangit, masih boleh cuba susuan ibu tapi dengan keadaan lelangit yang terbuka, agak sukar. Dapatkan nasihat doktor yang yang merawat. Bayi klef yang tidak dapat menyusu seperti bayi normal, bolehlah menggunakan botol susu dan puting yang khas. Jenis puting berbeza mengikut keperluan bayi klef. Puting dan botol ini boleh didapati di pejabat CLAPAM dan juga di farmasi tempatan serta kedai barangan bayi. Anda boleh juga mendapatkan khidmat nasihat dari CLAPAM.

Ketika penyusuan, bayi klef perlu ditegakkan sedikit ketika menyusu dan tidak dibaringkan. Ini untuk mengelak air susu daripada mengalir masuk ke telinga.

Untuk panduan, beberapa jenis botol dan puting khas untuk bayi klef di tunjukkan di sini.








Pada usia mawar 7 bulan, Dr Ahmed Hussin mengesahkan Mawar sudah bersedia untuk menjalankan pembedahan, perasaan kami suami isteri sangat2 tak boleh diperkatakan lagi. terlalu risau walaupun diyakinkan oleh Dr. ianya hanya pembedahan minor sahaja.



~ menitis air mata aku apabila melihatkan gambar ini semula, muka yang riang ketawa si anak kecil ini seoleh2 dia tidak tahu apa yang sebenarnya dia akan dibedah, ternyata sungguh kuat semangat anak mama. Semoga kekuatan yang ada diberikan hingga dewasa ye sayang ~





Sejam selepas dibedah dia dimasukan ke icu semantara untuk pastikan dia berada dalam keadaan stabil. Hampir dua jam dia tidak sedar. Darah yang keluar dari mulutnya juga tak berhenti.Selepas sedar dia agak trauma, mungkin takut apabila dibawa masuk dan dibedah. Agak memilukan tetapi kami tahu apa yang terbaik untuk dia.

Alhamdulillah selepas 5 bulan operation iaitu kini setelah mawar diperiksa semula oleh Dr. Ahmed dan Dr. Amir kini dia sudah sihat 100%. Alhamdulillah.

Cuma kini kami kena pastikan dia bertutur dengan baik supaya dia tiada masalah dalam pertuturan.Inshallah :)


Mawar kini 17 Julai 2013


~ Pandai berdiri dan mula untuk berjalan ~


~ Mempunyai 4 batang gigi ~


~ Tiada lagi masalah penyusuan ~


~ Lincah selincahnya ~



~ Happy birthday my lovely pricess. Kami terlalu sayangkan kamu Wan Mawar Adawiyah. Papa, mama & abang haikal akan lakukan yang terbaik untk mawar ~

Notakaki : U one in a million sayang :)

Tuesday, July 9, 2013

Si wan khalish haikal :)

Assalamualaikum...

Pagi td dalam kereta dalam perjalanan nak ke opis bercerita dengan suami pasal hal anak2, Smlm mlm si haikal dia ikut papa dia g ong tai kim beli barang2 dapur, aku dengan mawar duk kat umah sbb penat baru balik dr. jengka. Pastu papa dia cerita la si haikal kan dia perasan papanya selalu letak & ambik duit dalam tempat letak duit syiling dalam kereta. Pastu dia minta la duit dengan papa, papa bagi la dia RM1.00.

Kat pintu masuk Ong Tai Kim memang selalu ada pakcik minta sedekah depn tu, pastu sambung balik cite "haikal lalu depan pakcik tu, pakcik tu mmg hulur tangan & dia boleh letak duit tu atas tangan pakcik tu, pastu duit tu jatuh dia kutip balik pastu letak balik atas tangan pakcik tu", pastu aku mcm terus cakap, "ya allah" terus tersenyum dengar apa yang papa dia cerita, serius rasa happy la...

Betul la orang kata benda yang agak kecik tapi boleh membahagiakan kita kan :)



~ 2 tahun 7 bulan sudah :) ~

Notakaki : Anak2 memang sesuatu anugerah keajaiban daripada tuhan yang tak terhingga :)

Wednesday, July 3, 2013

Wordless Wednesday #tempahbajuraya#

Assalamualaikum...

Tentu yang mana dah tempah baju raya kan sbb tempahan biasanya tutup pada awal puasa...

Sabtu lepas ajak suami g medan mara sbb kain dah lama hantar nak g ukur tu tak sempat2, excited nak raya la uollssss :)



Notakaki : Tengah gian buat video anak2 kat ig :)