Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 23, 2010

Makan Luar Versi Keluarga Siri 2

Lokasi : Restoran Al-Rawsha, Ampang 
Jam : 0830 Malam
Individu yang bertanggungjawab membelanja : abg zack

Kali ini kami sekeluarga pergi makan makanan arab......saja nak tukar selera setelah puas memakan lauk kenduri :P...ngeh2.....rasa enjoying tapi aku tak boleh masuk & tak memakan daging kambing..hehehehe..so aku makan ayam jelah....best rasanya makan sekeluarga selalu...melaka ikan bakar soon =)












Just Me Say : Pas Kahwin istilah diet macam takde..hahahaha=)

Friday, March 19, 2010

Makan Luar Versi Keluarga Siri 1

Mak : Uda, hari ni nak ajak along & angah makan kat umah la, rindu kat kimi & yasmin

Anak mak yang baru kahwin : Tak yah la mak, kita makan luar jelah, dah la penat kenduri kendara nak masak2 plak...baik kita makan luar je...

Mak : Ok!kita makan luar je...

Ni la kali pertama aku dan my hubby makan bersama diluar bersama keluarga aku sebagai pasangan suami isteri...happy sangat2 setelah masing2 penat semasa majlis perkahwinan aku 13 & 14 mac lalu.....kesempatan pertama kami untuk makan bersama..really enjoy this moment =)


~  Deco yang sangat lawa ~

~ Enjoying this Moment ~

P/s : Malam ini jangan lupa, abg zack nak belanja makan kat restoran arab =)....will be continue .....

Thursday, March 18, 2010

Sekarang aku adalah " Puan Hafiza "...Hidup berubah jd perangai pun kena berubah =)

Cik Hafiza berubah ke Puan Hafiza berkuatkuasa 130310, sekarang aku merupakan seorang isteri....hidup aku sekarang sudah berubah, tapi tetap pza yang masih gile2 tapi kena kurangkan la gile2 tu...hehehehehehe..

Majlis perkahwinan pun dah settel, tak yah cite kat blog ni sbb aku dah tulis kat blog wedding aku...

Banyak benda aku perlu sesuaikan selepas kahwin, tapi my hubby banyak membantu dan memahami so tiada masalah besar bg aku buat masa ni =)

Apa yang perlu aku berubah peringkat pertama adalah masak, masak untuk suami aku...masih lagi ingat nasihat arwah ayah '' bagi makan suami dengan air tangan kamu walaupun hanya lauk ikan masin ''.....so, aku perlu menurut nasihat ayah ku itu..hehehehehe

Memang tidak dinafikan aku bukan la seorang yang kaki masak masa zaman anak dara dulu...tapi boleh la memasak kerana masa zama poli dulu aku duk umah sewa....

Hari ketiga kami sebagai suami isteri kami mula memasak...nasib la laki aku jenis yang ke dapur jugak dan pandai memasak =)..macam chef..hahahahaha

Tapi hari seterusnya my hubby kena masuk kerja dah, so aku a kena masak lunch untuk dia sebab dia nak balik makan.....hahahaha, kelakar rasanya nak mulakan semula benda yang dah lama aku tinggalkan...




~ Masakan untuk my hubby (tak tahu sedap ke tak..ngee)~


~Ayam masak merah (nampak sedap ni)~

P/s : Abg jgn lupa balik makan lunch taw =P

Wednesday, March 10, 2010

Al-Fatihah adalah hadiah harijadimu kali ini dari anakmu...........

10.03.2010 genaplah umur arwah ayahku yang ke-60 tahun sekiranya dia masih hidup, apa yang mampu anakmu berikan kali ni bukan lagi seperti dulu baju, dompet, duit atau barangan hiasan dunia ini...hanya yang mampu anakmu berikan kali ni adalah surah al-fatihah sebagai tanda mengingati hari lahirmu ayah.....


~ Gambar ini di ambil ketika arwah ayah dan mak menunaikan haji akhir tahun 2008 =), ayah kehidupan ini terlalu menduga tanpamu , tetapi menjadikan aku seorg insan yang tabah.... ~

Monday, March 8, 2010

Selamat Hari Lahir yang ke-1 ''Mohd Danish Hakimi" =)


Hari ahad yang lalu sempat juga meraikan majlis hari lahir anak buah aku ''Mohd Danish Hakimi" di rumah along kat ukay perdana...cute sangat sebab dia dah setahun sekarang =)

 

  

~ Persis mak udanya apabila bergambar=)~

  

~ From pak ngah~

  

~ From Me~

  

~ Sebelah kanan dari nenek~

  

~ From mak ngah~

  

  

  

  

~ Kek hari jadi yang pertama~

  

  
~ Muka excited tiup lilin~

  

~ Family Along kecuali si budak perempuan tu=)~

 

~ Pak uda si yasmin =)~



Just Me Say : Tinggal seminggu sahaja lagi =)

Friday, March 5, 2010

Aku terasa mahu menitiskan air mata akibat terharu yang amat sangat!

Pagi ni bukak je FB, Anis telah mentagkan satu video kat aku....aku bukak je aku tibe2 nak menitiskan air mata je sbb sangat terharu dengan slide video budak2 kelas aku DAT 6A 2007~~~

Sudah agak lama jugak aku meninggalkan ipoh, tetapi kenangan dan keakraban kami sebagai rakan sekelas tidak sm dengan pelajar2 ipta lain....kami daripada sem 1 sehingga 6 satu kelas yang sama, modul pun modul kelas yang sma, makan bersama, bercuti bersama, pergi bermain bowling dan karoke pun bersama rasanya masih baru sahaja kenangan itu berlaku tapi aku harus berpijak di bumi kami sekarang masing2 mengalami dunia yang berbeza ada yang melanjutkan pelajaran dan ada yang juga yang sudah bekerja tetapi kami still keep in touch...tu yang sangat terharu.....


 

  

  

  

  

  

 

Just Me Say : TQ Alot ngan video kau tu =)

Wednesday, March 3, 2010

03 X 03 = 09 @ 030309, tarikh ini adakah aku harus kelaskan sebagai kenangan sadis@ indah


 

  


 

Bila teringatkan photo2 di atas aku teringatkan detik 0430 petang pada 030309 dimana tarikh ini dan peristiwa ini penting kerana ia melibatkan kereta aku jugak, gmbr kat atas ni ada la tenggelam & lemasnya kereta WRW 6752 kesayangan aku tu....

Cherita sebelum kejadian :-

3 orang sahabat setia di opis BPP, MAIWP ini iaitu pza, hanan & ninot (masa tu anak dara lagi) tgh leka bermain ''One happy Family" kat ruangan lepak yang telah disediakan tetapi tempat tu sekarang dah takde, dah dijadikan bilik bos aku...hehehehe=)


~ Dah besar gabak pun main ni lagi hehehehe~


 

~ Tempat peristiwa sedang leka berlaku, dah jadi bilik pun tempat riadah ni=)~

Budak laki opis  : Wei g alih kete la, air dah naik...

Aku & Hanan : berlari meninjau keadaan " mana ada lagi"

Tak sampai 5 minit daripada perbualan di atas air telah naik tinggi dan kami hanya boleh melihat dengan keadaan canggung melihat apa yang telah terjadi, aku tidak sangka dalam masa yang singkat ia boleh berubah menjadi begitu......Betulah kata org ''air yang tenang jgn dijangka tiada buaya"

Bayangkan lah aku & hanan terpaksa tinggal di opis sehingga jam 10 mlm sementara menunggu kereta kami di tarik oleh lori bengkel kerete...

Jam telah menunjukkan kul 10, bos aku dengan baik hati menunggu sehingga lori angkat kereta aku dtg ...

Bos Aku : Sapa ambil awak nanti...

Cik Pza : "Kawan" sy  bos..

Dalam situasi yang berbeza semetera menunggu kawan aku dtg mengambil aku di sini setahun yang lalu...



Dialog pada ketika itu yang aku ingat tunang aku cite kat aku :-

Bos Aku : Eh sanusi, kenapa datang opis....tunggu sapa??

Kawan yang aku tunggu tu (MY HUBBY NOW) :  Owh saya tunggu "kawan" saya...


Pada masa itu aku & my hubby tidak penah mengenal background masing2, yang kami tahu :-

1. Cik Hafiza yang seorang penolong kepada En. Wahab di Unit Sewa
2. En Sanusi yang mana merupakan pegawai undang-undang

***** Pada ketika itu aku tak penah gambarkan perkataan ''kawan'' menjadi ''kekasih"...hehehehe, kesian bos aku kena kelentong masa tu ngan aku, tp tuhan kan maha kuasa, bos hubby aku sendiri membocorkan rahsia bahawa my hubby yang hantar aku balik masa banjir tu dan masih la terniang2 ayat yang dia  ucapkan kat aku lepas je dapat tahu hal itu dan aku akan tersenyum bila ingat ayat tu.....

Bos Aku : Pza ''kawan'' kamu sihat? Kirim salam kat ''kawan'' kamu ye..


Yup, kami hanya berhubung selama ini atas tujuan ''kerja'' dan tiada pun terselit urusan peribadi antara kami semenjak aku mula berurusan dengannya....tak silap aku my hubby masuk bulan 8, jadi kami berurusan atas urusan kerja selama 6 bulan tanpa terfikir untuk berkenalan secara peribadi walaupun sering kali & kerap kali diusik oleh teman2 di pejabat tentang hubungan kami...tapi jawapan aku ttp sama                   ''aku tiada hub peribadi dgnya''....

Tetapi peristiwa banjir di opis aku pada tarikh 030309 banyak memberi kesan terhadap hubungan kami berdua...."btl kata org jangan menolak jodoh kalau kita tak pasti siapa jodoh kita"....macam tu la aku rasa ketika itu aopabila tidak terdetik pun aku mahu mendekati atau berkenalan dgn dia pada waktu dulu kerana masa tu aku rasa "aku bukan teast dia"...hehehehe.... 

Tanpa aku sedari sudah genap setahun aku mengenali dirinya yang mana bakal menjadi suami aku dalam masa beberapa hari sahaja lagi....aku tak dpt gambarkan perasaan aku ketika ini bile mengingatkan tarikh keramat ini..adakah aku perlu berasa sedih pasal mengingatkan perisitiwa banjir atau bersyukur atas disebalik hikmah peristiwa banjir itu =)

"Betul kata orang, tuhan membuat sesuatu mesti ada alasannya dan kini aku dah pasti apa yang jd dengan diriku seblum ini ada alasan yang kukuh dariNya dan aku sangat2 bersyukur dengan kurniaan mu kerana dalam tempoh setahun ini dugaan yang bertimpa2 dari mu aku tahu ada sebab nya dan aku redha dan senantiasa bersyukur dengan dugaan mu kerana Allah telah berjanji AKAN MEMBERIKAN GANJARAN YANG BESAR KEPADA ORG YANG BERSABAR, ya Allah aku telah mendapatkannya =)....Amin...."

Tempoh masa bukan ukuran kepada sesuatu hubungan itu berjaya atau tidak ia bergantung kepada kejujuran, keihlasan, pengorbanan semasa kepada hubungan tersebut sebenarnya....walaupun hanya satu tahun, apa yang aku alami selama aku mempunyai banyak dugaan pada ketika itu my hubby banyak berdiri di belakang aku, dia hadir waktu aku dilanda musibah..
p/s ibuku mengatakan kalau kita nak tahu keihlasan sesorng itu berkawan dengan kita apabila ia masih bersama kita walaupun susah dan senang =)...


Dalam keadaan sibuk membuat persiapan wedding, aku & my hubby sempat la sambut kecil2 an untuk mengigati detik itu, saling ingat mengingati kan sesuatu yang indah =)....Just sambut kat nailis place, tempat yang mempunyai suasana yang romantika sambil berlatar belakangkan lagu "Whitney Houstan - I learned from the best"...ngeh2~~


Suasana Di Nailis, Kesengalan je Bergambar je kejenya ....



 

  

  

  

  

 


~~ Lepas makan sempat jugak kami mengimbau kembali usikan kawan2 yang mana membawa ke hingga jinjang pelamin, thanks ye usikkan kamu semua membawa kepada perkahwinan ini~~


Just Me Say : Ayah doakan kebahagiaan anak mu ini..Amin =)