Assalamualaikum....
Tipu kalau aku kata aku tak excited nak pergi ke kuching ni, nak2 pergi satu family aku of coz la teruja, berbulan2 menghitung hari nak pergi ke kuching al-maklumlah aku ambik tiket masa firefly masa buat promosi besar2an & berminggu2 jugak kami servey2 dan beremail2 nak stay kat mana semua, 1 kepala 1 idea kalau 8 kepala 8 idea :)
Kereta aku parking kat KLIA je, sbb aku dah survey kalau naik teksi dia charge RM80.00 so kalau pergi dan balik RM160.00.Tapi kalau aku park kat KLIA lagi save & mudah, park satu hari RM43.00 dan hari ke-4 cuma RM15.00 so total baru RM144.00. Lagi jimat!!tapi kalau ada orang boleh hantar lagi jimat :)
~ Pusing2 KLIA dulu sebelum tunggu ahli2 yang lain ~
~ flight Mata bulat yang pertama :) ~
~ Ada org kata kami kembar, ???????????????????????~
~ Seronok dapat bawak mak jalan2 lagi :) ~
~ My sistar :) ~
~ Di Awan Biru ~
~ Untuk Infant tiket tetap RM50.00 walaupun ada promotion ~
Along aku yang banyak handle percutian ni, kitorg tadah je..hahahahaha..kat sana kitorg ambik tour guide cum driver so sampai2 je kuching airport dia dah terpacak , aku lebih prefer kalau 1st tyme g kuching ni baik ambik driver tak yah nak drive2 sendiri...dalam masa 4 hari tu memang pack berjalan ke sana ke sini tentu malas nak drive bagai lagipun nak ke satu2 tempat tu jauh la jugak lainlah kalau ada relative or dah biasa ke sana. Kat Kuching bersepah2 tour guide search je dalam mudah.com.
Sampai je terus check-in kat Merdeka Palace, nak kata dekat dengan waterfront tu boleh tahan la tapi kalau nak lagi dekat dengan waterfront aku prefer ambik Tune Hotel, Grand Margherita @ Hotel Hilton turun2 terus ko boleh shopping :) tapi pengalaman aku masa kat kuching ni memang pack dengan aktiviti balik untuk tido so aku prefer baik ambik homestay lagi jimat. Konon ambik hotel nak bagi budak2 mandi swimming pool la konon tapi bukan dan mana pun...hahahahahaha
~ Bergambar sebelum dapat kunci apartment, 3 bilik & 3 bilik air serta pantry ~
~ Ruang tamu sangat selesa siap boleh masuk 2 extra bed ~
~ Master bed room ada tandas sekali ~
~ Room ke 2 dan ke 3 macam ni la lebih kurang ~
Kat sana masa kan cepat so lepas asar tu aktiviti kami ke Pasar Satok dan kemudian makan malam, along dah pesan dgn khairul tu kul 9.00 malam ke atas sebab tak nak ada aktiviti sampai tengah malam coz ada budak kecik...
~ Ambik Gambar dengan kuching paling femes kat malaysia ~
~ Jalan2 di Pasar Satok ~
~ Belacan Bintulu macam ipad dah aku tengok :) ~
~ Kek lapis sarawak, tapi baik beli kat kampung kek lapis :) ~
~ Orang cina pun pandai jual apam balik :) ~
~ Makam Malam siput di Topspot, kat sini makanan siput sangat segar dan sangat murah ~
~ Lobster :) ~
~ Umai, lebih kurang macam kerabu la...ini dari ikan tenggiri, marveles sangat !~
~ Abg zek jangan tunjuk sangat muka teruja tu :) ~
~ Ni apa ntah, aku pun lupa..tapi aku tak suka sangat ~
~ Udang masak black papper, paling2 marveles !!!!!!!~
~ Manadangkan 02 hb esoknya Birthday min, terus la celebrate, dia ngan aku satu bulan yang sama cuma terbalikkan 0 je :), ini kira hadiah besday in advance la...muahhahahaha, dah tuek pun nak besday2 ke...hahahahahaha ~
~ Kek ni sangat sedap from SR , apa ntah namanya, white choc apa ntah..hahahahaha ~
Notakaki : Selesai sudah aktiviti hari pertama kami di kuching, lepas makan2 kek terus tido sebab subuh di sini jam 530 pagi dan 0730 pagi nak mulakan aktiviti:)
No comments:
Post a Comment
Tukang Komen :)