Assalamualaikum...
Esok dah jumaat, wah tak sabar nak tempuh weekend :), sekejap je kan masa berlalu begitu jugak dengan kandungan aku ni, pejam celik dan pejam celik dah masuk 30++ weeks dah...
Isnin lepas pergi check up di tempat biasa la, actually date asal sabtu tu tapi memandangkan balik kampung so kenalah mintak tukar tarikh check up.
Kali ni check-up My BFF yang temankan, memandangkan hari tu si lin mintak aku teman dia cari kain & kain langsir untuk persiapan majlis kahwin dia....Alang2 nak keluar dengan dia pagi tu, so mintak kebenaran dengan hasben nak check up pagi tu dengan lin...dah lama sangat2 tak dating dengan lin :P
~ Aku pada minggu ke-33 :), alhamdulillah ~
Bila Dr. Norkaedah kata kandungan aku capai 33 weeks, rasa mcm "owh hampirnya!", betullah aku salah kira period date kot :P, EDD yang awal2 25 Julai 2012 tapi skrg dah berubah jadi awal @ tengah bulan julai kira EDD dah lari sikit la.So lepas ni check up setiap 2 minggu...erm, masa untuk mengira hari di kalender untuk isi borang cuti bersalin...
~ Doctor kata baby ni kecik, air ketuban ok, mungkin ikut abangnya (masa bersalin 2.98kg) sbb sekrang kiraan berat dalam 1.6kg, tap tak tahu la nak bersalin nanti beratnya boleh mencapai berapa, di luar bidang kuasa kita kan, tak kisah la berapa pun beratnya janji dia sihat dalam perut mamanya ini :) ~
~ Info tentang perkembangan fetus pada 33 minggu ~
Berat bayi anda sekarang 4.2 paun / 2 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 17 inci / 44 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Bayi anda sepatutnya sedang bersiap sedia untuk dilahirkan dengan menunggangbalikkan badannya - kepala harus sudah menjunam ke bawah.
Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Doktor anda akan memberi perhatian yang rapi kepada posisi bayi dalam minggu-minggu yang akan datang ini – sebab sesetengah bayi kadangkala suka memusing balik semula. Tengkorak bayi masih mudah dilentur dan belum lagi bertaut, untuk membolehkannya keluar dari kanal lahir yang agak sempit. Tetapi tulang di bahagian-bahagian lain dalam tubuhnya bertambah keras. Kulit bayi anda mula hilang kemerahannya dan kurang berkedut.
Jika anda ibu buat pertama kali, kepala bayi anda akan bergerak masuk ke dalam pelvis di minggu ini dan menekan serviks dengan kuat. (Ini sering berlaku kepada setengah daripada ibu-ibu yang melahirkan pertama kali.) Jika anda ibu buat kali kedua, ianya akan berlaku seminggu sebelum kelahiran - dan untuk sebilangan ibu, ianya tidak berlaku sehingga sakit bersalin dan melahirkan bermula.Adakah anda bercadang untuk menangani sakit bersalin secara natural? Di sini terdapat semua yang anda perlu tahu tentang kelegaan sakit secara natural.
Anda mungkin ternampak bahawa kaki dan pergelangan kaki anda menjadi bengkak menjelang ke petang. Retensi air, juga dikenali sebagai edema, adalah lebih teruk semasa cuaca panas dan di sebelah petang. Hairannya, banyak meminum air membantu mengurangkan retensi air. Badan anda - terutama sekali buah pinggang anda - dan bayi anda juga memerlukan banyak cecair, jadi minumlah air dengan banyak. Jika anda terasa bengkak-bengkak atau sembap di tangan atau muka dengan tiba-tiba, berhubunglah dengan doktor anda - ini mungkin tanda pra-eklampsia.
• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.
~ Dr. norkaedah bagi beg ni, cepat plak.Dulu masa 1st tyme bersalin kat sini dia bg beg ni lepas bersalin tu :) ~
~ Boleh spend voucher ni untuk HM2 :), tq pusrawi :) ~
Lepas je abis check-up HM2 terus ke destinasi si bakal pengantin ni :), teringat masa nak kahwin dulu...memang sangat bz mencari benda2 alah ni, pelan2 kayuh ye cik lin...
~ Mencari kain ela untuk ahli keluarganya :) ~
~ Hilangkan haus dengan ice blanded kat jalan tar :)
~ Makan dulu!!!, selera kami memang sentiasa sama, dari dulu kini dan selamanya :P ~
Notakaki : Terima berita baik BFF aina, tahniah disahkan hamil, sungguh teruja dengan berita kehamilan kamu, jom jumpa semua!!!!!
kejap je dah 33 mggu..msti baby kuar awal tu..mamanya bnyk b'jln..hehe..
ReplyDeletewah, apa temanya cik lin kt tu?
Insyallah..hahahahahahahha:)..
ReplyDeleteala takut nak ckp kat sini, ym eh...takut lin nak pnc dulu kot :P
pza,prut da bsr..comel sgt.pza da nk timang ank 2nd.arina xtau bile tp ade rezki insyallah :) dtg jb bgtau k.bole kite jmpa kan.
ReplyDeleteInsyallah la arina, ada rezeki boleh bagi rania adik :), insyallah kalau pza turun jb boleh melawat rumah baru dia, santik ok! :)
ReplyDelete