Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 30, 2013

Apa yang menarik di Perlis, Jom terjah :)

Assalamualaikum..

Pelan asal kami adalah nak ke perlis untuk menghantar adik ke matriks changlon, tp dia tolak matriks sbb dpt upu dan dia prefer buat diploma, uda rasa itu satu keputusan yang bagus, tahniah adik dapat buat kejuteraan mekanikal :)

Ingatkan pelan terbatal sbb adik tak masuk matriks canglon tp suami kata tak pelah teruskan jelah cuti2 malaysia, terima kasih suami sbb sentiasa ingin tunaikan hajat saya sbbnya aku pun tak penah langsung pergi ke perlis, kesian kan :P, ada sekali dulu hantar angah masuk UUM tapi masa tu darjah bpe ntah mana ingat dan masa belajar kat ipoh dulu pun tak sampai ke perlis, jauh2 pun penang jelah penah pergi....

Memandangkan hotel semua dah booked so takde masalah walaupun masa tu cuti sekolah, jom ke perlis 3 hari 2 malam :)


~ bergambar dulu depan umah sblm bertolak :) ~


~ Gerak dari rumah mak dalam jam 9 pagi, tengok2 anak2 mmg manja dengan papa nya :) ~


~ Gelagat si haikal dalam kete, adik dia bangun tdo bangun tdo dia tak tdo2..heeee :P~


~ Pemandangan ke utara, mmg sangat menyamankan, sesungguhnya Malaysia banyak tempat yang cantik. Jadi mari cuti2 malaysia :) ~



Kami sampai di Hotel Brasmana Putra Kuala Perlis dalam jam 04.00 petang, just nice la nak check-in, mmg penat wei, jauh jalannya perlis ni upanya...angah aku suggestkan hotel ni sbb dia dekat dengan jeti, dekat dengan kedai makan...


~ Sampai hotel terus rehat2 kan bdan skjp pastu petang tu nak jalan, memang kami ini tak de istilah duduk bilik lama2 kalau bercuti, haruslah pusing 1 perlis :) ~


~ Seronok main eh sayang ~

Petang & malam hubby plan cuma bersantai2 depan pantai dan makan seafood je, esok baru jalan2 ke wang kelian, gua kelam, padang besar & harummanis :)



~ Petang tu minum petang laska perlis dan cucur udang perlis :) ~


~ Bergambar depan dataran kuala perlis di petang hari ~


~ Makan malam layan seafood, betul kata azuwan seafood kat sini murah. Bayangkan la aku ambik seekor ikan siakap masa 3 rasa, ketam 3 ekor masak blackpapper, sotong goreng tepung 4 orang makan, sup sayur, ikan kembung bakar 2 ekor cuma RM110.00, sangat berbaloi2 isi ketam dia pun padat & segar sangat, memang puas hati ~

Kalau ditanya apa yang menarik di Perlis yang sempat aku pergi adalah :-
i. Wang kelian
ii. Gua Kelam
iii. Padang Besar
iv. Harum Manis(Hanya musim dari bulan 4-6 sahaja)

Esoknya pagi2 lepas breakfast di hotel, kami pergi bershopping di wang kelian(thailand), cuma ada pada hari ahad sahaja dan tanpa memerlukan passport..Kawasan sangat panas so g la awal2 pagi.


~ Sekarang lebih gemar mengenakan "shawl", minat plak pakai shawl skrg rasanya nak tambah koleksi shawl lg :) ~



~ Pemandangan nak ke wang kelian, indah!~


~ Jalan ke wang kelian agak "patuk ular" jugak, sangat pusing2 ~


~ Akhirnya sampai ke destinasi ~



~ Pintu masuk wang kelian ~


~ Sangat panjang, sangat murah, sangat panas & sangat penat ~



~ Peace yaw ~


~ Pasar wang kelian, pergi mampu berjalan kaki, tapi nak balik ke kereta memang kena naik teksi motor ni cuma RM2.00 je  ~

Lepas ke wang kelian, kami ke gua kelam...Gua kelam ni tempat reakreasi je...





Lepas tu kami ke padang besar iaitu tempat bershopping lagi, sebelum ke padang besar masuk thailand dulu :P. Padang besar ni tempat shopping dia lebih selesa dari wang kelian. 


~ Thailand sgt panas dan carca marba, lebih selesa duduk di malaysia.Alhamdulillah :) ~
Hampir setengah hari sahaja menghabiskan masa dengan melawat tempat2 ini dan destinasi terakhirnya tentunya, harummanis :). Ladang harummanis ni dekat dengan pusat reakrasi taman ular.


~ Senarai harga di cafe ladang harum manis ~





~ Sedap sangat, terlalu sedap! ~


~ Belikan hampir 20kg untuk keluarga,jiran & sahabatm sekarang dah hujung musim so tinggal sikit je, poko2 pun dah tak berbuah dah:) ~

Balik ke hotel hampir pukul 6, rancanganya mlam tu nak makan kat changlon tapi malam tu anak2 dah pengsan masing2, terlalu kepenatan agaknya sbb panas kan. kesian mereka nasib tak merengek dan tak demam, alhamdulillah. Jadi makan malam di bawah hotel sahaja.


~ Kesian haikal, kepenatan teramat sangat ~

Sekejap sangat kan 3 hari 2 malam dah nak balik kl balik..hukhuk..sebelum balik suami kata nak singgah kedah, ikut je mana jumpa singgah!...dia ni memang kaki jalan, mana boleh terjah dia terjah. Memang sporting hbs.


~ Mawar pagi2 dah bangun, tak sabar nak jalan eh sayang ~


~ Selamat tinggal perlis, perlis sungguh nyaman ~

Sebelum balik kl tu suami ajak singgah pekan rabu, pekan rabu pun aku tak penah g :P, pelan asal nak sambung bermalam 1 malam di kuala kangsar tp memandangkan keadaan kereta yang agak padat dengan barang kami buat keputusan untuk terus balik ke KL.

 

~ tengok kete ai, penuhkan :P ~


~ Pekan rabu ni ala2 pasar siti khadijah, tapi biasa je tak semeriah PSK :) ~


~ Kawan opis pesan serunding ~


~ Shopping lagi, tapi mak pesan jgn byk2 dia risau tgk kete dah padat sgt ~

Notakaki : Suami tanya puas hati tak jalan2 ke Perlis, aku cakap "sangat puas hati" :)

8 comments:

  1. assalam. wah bestnye jenjalan ke perlis :)

    ReplyDelete
  2. wslm miera, best sangat miera...g jejalan mana2 pun best kalau dengan family kan :)

    ReplyDelete
  3. salam.. nak tanye.. ni kira masuk thailand tak.. perlu bawak passport ke???

    ReplyDelete
  4. Meiazrie : Kalau takat nak masuk beli2 barang tu yak yah pasport
    Nur riduan :Ok :)

    ReplyDelete

Tukang Komen :)