Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 19, 2013

Sentiasa menginginkan menjadi yang terbaik..

Assalamualaikum...

Setiap isteri di muka bumi ini tentu ingin kelihatan cantik dihadapan suami kan???opcoshhh aku pun macam tu, walaupun di mulut suami ada benda yang dia tak kisah spt tubuh badan dan luaran tapi as a wife aku rasa benda tu wajib dijaga setelah menjaga rumahtangga.

Mana ada perempuan dalam dunia ni nak gemuk dan tidak cantik kan, tapi kadang2 ada sesetangah faktor mengakibatkan benda ini terjadi antaranya faktor bersalinkan anak. Dan tolong la jangan nak sound2 orang yang lepas bersalin ni tak pandai jaga pantang kalau bdan dia naik, kau betul2 nampak ke cara dia berpantang dan sebagai wanita kita patut lebih sensetif menjaga hati tentang isu2 ini. Nak tegur ada caranya dan bukan cara menyakitkan hati orang.

Aku suka tgk2 org yang berfikiran +ve dalam menjaga penampilan dan suka bergaul dengan diorg pendek kata aura postif tu boleh menyerap kat kita.

Ada kawan2 aku yang lepas pantang banyak mengadu berat badan naik, memang aku pun sama jugak dulu tp slow2 la kayuh, cuba cara diet yang betul, makan suppliment, bersenam dan isnyallah lambat laun turun la berat bdn tu, biar lambat asalkan selamat....

Aku teringat masa aku berborak dengan lin dengan laki aku, lin pun mengeluh pasal berat bdn dia dan aku teringat kata2 laki aku "nak ukur berat badan kita ukur mcm umur, ukur dengan sama umur dengan kita jangan bandingkan dengan umur yang muda dari kita"...well said sayang :)....

As long menjaga kesihatan bukan utk kurus adalah lebih baik, sbb kesihatan bukan diukur dengan size badan. Dan yang penting apa sebenarnya matlamat kita jangan nak ikut orang. Ikut kehendak hati kita, walaupun laki aku tak de kata apa tp aku rasa aku perlu buat untuk diri aku sendiri, betul tak sbb matlamat aku ingin menjadi yang terbaik utk diri aku sendiri.



~ Alhamdulillah hati mana tak melonjak bila matlamat yang diinginkan berjaya, yang penting istiqamah dan ikhlas ~

No comments:

Post a Comment

Tukang Komen :)