Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 30, 2011

Zaman Kini???kenapa sekejam ni???Masalah STRESS kah penyebabnya???

Assalamualaikum...

Jiwa ibubapa mana yang takkan menangis melihat anak2 diperlakukan sebigini, tak tahulah apa punca & mana silapnya????serius aku tak boleh terima..apakah dosa mereka???mungkinkah STRESS punca utama bapa mereka melakukan sedemikian rupa.Sedih, marah, geram pun ada...tapi tuhan mengetahui apa yang tersurat dan tersirat..



~ Sumber : Metro, difahamkan adik beradik berusia 2 & 6 tahun ini merampas makanan dengan rakus kerana kelaparan :( ~

BUTTERWORTH: Hanya kerana dua anaknya dikatakan nakal dan tiada orang menjaga mereka, seorang bapa bertindak kejam apabila mengurung kedua-dua kanak-kanak itu di dalam tandas dalam keadaan kaki mereka dirantai di sebuah rumah di Taman Mawar, Raja Uda dekat sini, kelmarin. 

Mujur penderitaan dua beradik, lelaki berusia dua tahun dan perempuan enam tahun, tidak lama apabila jeritan meminta tolong mereka disedari jiran sebelum kedua-duanya diselamatkan pada jam 8 malam selepas kira-kira lima jam dikurung.

Difahamkan, bapa mereka yang berusia 40-an, keluar bekerja pada jam 3 petang, namun sebelum meninggalkan rumah dia mengurung dua beradik itu di dalam tandas rumah mereka yang kotor serta busuk, malah kaki kanak-kanak itu turut diikat menggunakan rantai besi.

Disebabkan lapar, kesakitan serta tidak tahan dengan persekitaran yang kurang selesa selepas lima jam dikurung, dua beradik itu menjerit meminta tolong dan bernasib baik apabila jeritan mereka didengari jiran.

Jiran kemudian memanjat tangga dan mengintai melalui tingkap belakang rumah kedai dua tingkat itu sebelum ternampak dua beradik terbabit dalam keadaan lemah di dalam tandas rumah mereka yang terletak di tingkat atas.





Notakaki : ADakah masalah kewangan juga punca masalah sebegini????terus rasa bersyukur dengan apa yang tuhan berikan sekarang..

No comments:

Post a Comment

Tukang Komen :)