Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Monday, September 20, 2010

Al-Kisah Raya Tahun Ini =)


Tahun ni beraya ada ruang2 plak cuti tu kena datang kerja, laki aku la...aku cuti penuh....hari khamis hingga ahad kami beraya di pontian johor, walaupun giliran tahun ni di johor hanya aku & adik aku je beraya dengan mak aku, family angah join kami pada raya ke-2 & ke-3 memandangkan rumah mertuanya hanya di kluang johor so tak la sunyi sangat sebab raya ni seronok bila ada anak2 kecil, at least  ada la arrisa yasmin dan arriana yasmin  cuma baby hakimi je raya di ganu =)........

Di johor tiada lagi atok & nenek tapi sanak saudara sangat ramai....nasib kampung mak dan arwah ayah dalam daerah yang sama, jd mudah la nak berjalan ke sana dan kesini....cuma hajat laki aku je tak kesampaian nak ke Dangga Bay memandangkan masa yang sangat suntuk, takpe ye yang nanti kita g ye =)....

Raya di johor bagi aku biasa je, tpi laki aku luar biasa sikit sebab tanpa lemang, nasi dagang & dodol buatan "ma" dia tu...hehehehehe...kat johor menu utama mestilah ketupat nasi, ketupat palas, burasak, rendang daging, kari ayam, sambal goreng & lodeh...org johor kan :P


~ Ni kat kampung arwah ayah plak ~


~ Baju kurung ni dah sendat ok!~


~ Tengok yasmin macam dah jadi anak aku plak =) ~


~ Beria2 dia kauk duit raya =) ~


~ Asal macam juon je yasmin ni (ni la jubah butik mama tu) :p ~


~ Baby arriana pun nak raya jugak =) ~


~ Ok! tak cukup sorg kakak aku :p...takpe nanti kita tgkp gmbr studio ye mak long =P ~

Ok, story morry di johor habis smpi hari ahad, isnin & selasa laki aku kena keje lagi sebab "edah cutinya" masih belum habis sehingga 14hb sept.so rabu 15hb sept sambung beraya ke jengka plak sebab cuti laki mak tak kena beku dah =)

Di jengka tak ramai lagi adik beradik laki aku yang tinggal, cuma 3 orang je...memandangkan adik beradik laki aku kat area pahang jugak di lipis & kuantan kitaorg pun pusing2 la pahang dah alang2 cuti panjang kan & berkesempatan jugak menjenguk baby sarah aneesa yang dah makin comel dan sihat tu tp sgt lupa nak tgkp gmbr dengan dia =(....sangat comel ok, baby kepada kawan laki aku kat kuantan tu =)....

Balik jengka, sisa dodol pun habis sebab anak cucu mak mertua aku semua balik tahun ni, habis diorg sapu tinggal ketupat palas je..hehehehe..nasib mak mertua bekalkan nasi dagang untuk anak bongsu dia tu..hahahahahaha=) 






~ Baju kurung ni jelah satu2nya yang masih boleh dipakai yang lain dah diserah milik pada mak aku =P ~




~ Bergambar kat laman umah kakak ipar aku  ~


~ Di rumah mak mertua aku =) ~


~ Di laman mak mertua aku plak, kerabat2 belah mak mertua aku memang minat laman2 bunga dan kolam2 ikan ni =) ~


~ Baju glamour mak tahun ni, sapa kata ngandung tak leh nak vouge de vast, alaaa dah tak suprise dah baju raya paling vouge yang mak ada =) ~

Notakaki : Tahun ni beraya berdua, tak sabar nak raya ngan si honey madu  yang mana mula dah nakal menyepak2 pewot mamanya ini :P


3 comments:

  1. comelnye perut die da besarlah.. :) few months je lg..

    ReplyDelete
  2. auntie fiza: baby sarah ckp thanks sbb puji dia tau

    ReplyDelete
  3. arina : tqvm dear, ingat dah tak berblog lagi, lama tak update cerita kamu, rindu kamu :P
    itu baru perot, belum hidung lagi..hehehe,tp bdn kamu sungguh maintain ok!

    Incik Saiful : ralat tak tgkp gmbr ngan baby sarah :(

    ReplyDelete

Tukang Komen :)