Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 27, 2011

Kain Baju Raya 2011 Done:)...

Assalamualaikum...


Tarikh Nafas panjang2...baru balik dari shopping baju raya di jakel, dan paling menguntungkan aku dapat offer untuk peak hour!!!1/2 price...suka2 dan suka....mula2 kena beli & pilih warna kain baju melayu papa baru la boleh beli baju mama & khalish so dapat kain baju  untuk papa, khalish, aku, mak dan mak mertua!!!!best2...

Tahun ni raya pertama di pahang bersama khalish:).....

Tema???:P.....tapi excited tak mcm tahun lepas, tahun ni more2 excited!!..hehehehe:)

Time to tempah kat Madam Azra..so baju raya tahun ni done:)

Tangan di dada, nafas di hembus lega, hati seronok tak terhingga...

Assalamualaikum.

Tak pernah meminta2, suami menyatakan hasrat dan memberinya jadi saya dan khalish menerima sahaja :)

Perancangan awal tersasar dari landasan tapi tetap di landasan yang sama :)

Perancangan yang menarik perhatian semua ahli keluarga, apa salahnya kata suami dan suami mengizinkan..(thanks:)

Agak kelam kabut seketika pabila internet membuat "problemnya"...tapi sebelum jam 12.00 mlm dapat diselesaikan dan tangan pun di dada, nafas di hembus lega, hati seronok tak terhingga...sumpah saya suka!suka sgt2....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
 Motif?????hahahahaha, yeay! tak sabar nak tiup lilin hari jadi kat kek lapis sarawak..hahahahaha, peace :)

Tuesday, May 24, 2011

I'M PROUD TO BE A MOTHER :)



Assalamualaikum semua....
Sempena Hari Ibu, jom join contest yg dianjurkan oleh Puan Ainul.
Tarikh Tamatnya : 30 Mei 2011

 
Nama Ibu: HAFIZA BINTI ABDUL LATIFF
Nama anak: WAN KHALISH HAIKAL BIN WAN MOHD SANUSI

Syarat-syarat

1. Jadi follower blog ainul (Done)

2. Letakkan banner ni kt blog korang (Done)

3.Letak gambar korang bersama anak anda @ anak sedara ke.. (Done)

4.tag sekurang-kurangnyer 3 mama :)



5.tinggalkan link entry pada comment (Done)

Monday, May 23, 2011

Si Mata Bulat Si Kecil Ku Cak Pabila Tidur!

Assalamualaikum...

Dah lama tak update pasal si khalish @ si mata bulat ni...kena update laju2 sbb ada yang menjeling :P....

Khalish nak masuk 6 bulan kan, cepat betul masa berlalu...

Suka & jatuh Cinta tgk si mata bulat ni apabila tidur, sumpah comel (poyo puji anak sendiri :O)


 ~ Lena bersama ayahanda : ) ~


~ bertakafur :P ~

Notakaki : Si mata bulat gemar tidur meniarap di dalam buaian...best kot :P

Wednesday, May 18, 2011

English For Communication at Institut Latihan Islam Malaysia :)

Assalamualaikum...

Rasa lama menyepikan diri kerana baru balik dari kursus khamis lepas....ini kursus pertama aku attend untuk tahun ni...before this, dapat kursus kat PD tapi masa yang sama plak dengan akikah khalish so kena la minta pengecualian atas sebab2 yang munasah :)

Semua orang nak pergi kursus sebab nak cukupkan syarat 7 hari berkursus kan???ataupun nak lari dari kesibukkan kerja???betul tak??/kadang kala kita perlu melarikan diri dari kerja untuk meletakkan satu titik dalam kerja kita oleh itu kita akan segar dalam memulakan permulaan kerja yang baru..harap2 la begitu:)

Tidak dinafikan masa pertama kali nama aku naik untuk kursus ini aku berfikir "owh 4 hari so tinggal 3 hari je nak cari kursus jd cukuplah syarat kursus aku tahun ini"...huahuahuahuahua:)...dan mula2 nak pergi kursus ni macam bosan je, yelah kursus bahasa inggeris ok!....last2 ianya kursus yang sangat2 menyeronkkan dan aku enjoy, mana tak nya penceramah best & peserta kursus pun best....

Add caption

~ Khalish senantiasa di hati, w/pun kursus mama tetap menjalankan tugas pada si mata bulat (gelaran baru khalish :):)~

Add caption

~ Kak niza a.k.a Cikgu Shida (hanya kami dari MAIWP) :) ~

Add caption

~ Wif peserta kursus, really enjoy wif them :P~

Request From Someone :)

Assalamualikum...

Entry ni khas untuk "someone" yang request dari inbox saya, maaf hampir seminggu baru sempat nak publish this thing for u sbb saya terlalu bizi :)..maaf saya cuma tunjukkan beg ni tapi saya tak jual beg, tapi lately handbeg ni memang dah jadi trend...aku suka beg ni sebb boleh sling kat badan so senang boleh dukung si mata bulat tu sekali :)..aku beli seakan2 si dania ni punya tapi tak le semahal dia pakai tak mampu akak dik non, mahu cecah 2-3k kot!!!!!lagipun aku ni join group "pengumpul2 hanbeg dan kasut tegar"...hahaha, kalau aku belasah hanbeg 1k maunya setahun dua la aku tak tukar handbeg, :)
Entry sebelum ini berkenaan handbeg awan dania telah menarik perhatian si dia, memandangkan masa entry sebelum ini saya tak postkan gmbar handbeg ini tapi dlam fb ada je gmbr sy pakai handbeg ni cuma tak banyak dan tak perasan kot...



Hanbeg brand : Vincci (tak tahu la ada lagi ke tak sbb bulan 2 masa beli handbeg ni, vincci selalu tukar design dengan cepat tapi brand lain ada jugak mcm carlorino or nose kalau nak mahal tu coach berlambak mcm ni :P)
Price : RM100++(lupa la tapi bawah RM150)

Notakaki : Tgk beg coach cantik2, tapi mak ai sampai rm800 ko!

Wednesday, May 4, 2011

Khalish 5 bulan :)

Assalamualaikum,

Semalam khalish masuk 5 bulan, alhamdulillah dengan kurniaanmu anakku ini Ya allah dan nikmat yang kau masih beri pada aku sbg peluang bagi anak aku merasainya sehingga kini, jgn kau tarik nikmat & mukjizat ini lagi ya allah kerana kami terlalu  memerlukannya lagi...

Semalam mama cuti, saje je ambik cuti dan pagi tadi bawa si alish pergi cucuk untuk 5 bulan, ngagis kuat gle tapi sekejap je peluk dia terus senyap...dia anak mama, anak manja ok!.... beratnya 5 bulan  = 7.3kg, turun sedikit mungkin sebab dia aktif meniarap & menjalar2, skrg sibuk nak angkat bontot, x penah putus asa, tak dapat buat lagi tapi dengan nada yang marah la...huahuahuahu...nurse tak komplent apa2 pun sbb berat badan dia masa tahap ok, so kalau turun takde masalah sebab dia makin aktif kan...

Walaupun mamanye busy dengan bangun awal pagi, terkejar ke sana ke mari, tiada di rumah 8 jam/5 hari tapi disebabkan nikmat/mukjizat allah ini hubungan kami sangat rapat ya allah....disebabkan khalish masih fully bf, kami tidur berpelukan (tidur nak mengempeg), kami dah macam BFF (yelah sejak kawin BFF yang bujang2 ni lupa kat BFF dia yang ada anak ini :P, ni bukan ayat protes ok! Kuang2) , apabila berpelukan kami ketawa bersama2, menangis bersama2, aku paling suka tyme dia menyusu tibe pandang muka aku then senyum2, cair hati bonda ni taw , sumpah indah perasaan itu!, hilang segala penat mama & papa bile tgk alish suka senyum2 :P...macam slogan iklan tu "kongsi keriangan bersama''..cewah!...jadi ya allah jangan tarik nikmat ini dengan cepat....







~Pabila berdua2 dengan mama :P ~
~Ya allah kau pinjamkan la dia lebih lama pada ku ya allah, kerana dia wahai si anak...hidup kami suami isteri menjadi lebih bersinar2...amin :)~

Notakaki :8 Mei ini hari ibu, saya dah jadi mama so diklasifikasikan sbg "ibu", cuma anak masih kecil dan tak mengerti hari ibu tapi papanya mengerti bukan?????:)