Assalamualaikum...
Lepas je habis family day tu, raya ke-4 family suami I plan nak beraya rumah makcik2 & pakcik2 di besut...alang2 dah kat besut tu harus la berkunjung-kunjungan :)
~Ini kuih raya kegemaran i, biskut arab...kat terengganu ni every house aku pergi mesti ada kuih ni, best wo :) ~
~ Sedih je muka org berpantang ni :P ~
~raya, raya, raya...~
Lepas je habis beraya kat umah makcik pakcik kat besut, haruslah pergi ke kelantan..lawat la sapa2 yang ada kat kelantan tu, sedara mara i org kelantan :)...pastu pergi beraya umah officemate kat sana, mak mertua dia dah kenal kitorg, dialah org pertama yang teka aku mengandung masa tu, pastu nak la jumpa anak aku...dia kata khalish ni "anak pulau":P
~ Beraya di rumah uncle jeff, alang2 berjalan2 di kelantan singgah mentar :) ~
Tahun ni beraya suami i la orang yang paling puas hati la sbb dia dapat raya sakan tahun ni, tapi i pun tumpang sakan jugak..hehehehe...raya ke-5 tu kitorg plan nak balik dah...so ahad tu boleh berehat2 dan kemas2 baju2 dan kemudian untuk jumpa ibu terchinta plak, hehehehe...besut ke jengka 7 jam wo, berpetak bontot i :)
Balik tu, kitorg plan nak ikut jalan pantai, boleh JJCM keropok losong ke, sotong liat ke...mula tanya samada nak pergi pasar payang & taman tamadun islam, memandangkan ramai bebudak aku tak nak la selfish sangat lagipun kalau pergi pasar payang melayang duit raya i (Plan Nak beli C), x mo x mo :)
So kitorg plan ikut jalan pantai pastu singgah masjid kristal...kitorg bertolak dari besut jam 12.30 petang...
~ Jambatan kat belakang tu tengak sesak dengan kenderaan ~
~ Keindahan Masjid Kristal ~
~ Wif Tok Wan, haikal sangat mesra dengan tok wan berbanding tok ma, panai ye kamu haikal :P ~
~ Ini baru hot mama :P ~
~ Anak2 buah yang sangat hyperaktif, tak terkawal :) ~
~ Bergambar sebelum pulang ~
Cerita yang paling lawak, kitorg dah tercacak la dpn taman tamadun ni kul 0625 petang, budak2 ni dah excited tak terkira, last2 tutup dah pukul 0615 petang..wuahahahahahaha...kami sampai dijengka jam 01.30 pagi...letih ya amat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Ini lah kisah raya KAMI (Sanusi, Hafiza & Haikal) tahun ini yang aku rasakan raya paling sakan dalam hidup aku...so tahun depan punya raya, JOHORE I COME :) !!!!!!!
Notakaki : Tahun ni family aku buat tema raya warna hijau, aku pun sibuk nak ikut warna hijau padahal raya kat jengka...pagi2 raya kakak2 tu dah sibuk mms gmbar raya sedondon mereka tu...dasar!!!!!!!!!!!!!!!, takpe2 kat kl pun kita boleh sedondon2 plak :P
No comments:
Post a Comment
Tukang Komen :)