Assalamualaikum....
Entry Marathon betul hari ini...fuhhh!!!gambar ada 300 lebih tapi upload sikit2 ajelah...hehehehehe:)...nipun ada lagi banyak part...hahahahahaha
Raya ke-2 tu, jam 5 pagi dengar ketung, kentang kat dapur kemudian dengar suara ipar duai dan mak mertua terus terjaga dari lena..ini mesti tengah menyiapkan juadah bekalan untuk perjalanan ke terengganu nanti...terus bangun dan tolong apa yang patut kerana berjanji akan bergerak dari jengka jam 9...dah dimaklumkan awal oleh suami yang perjalanan mungkin mengambil masa selama 8 jam!!!!!!!!!!!!!!!!gile kentang...biasalah janji melayu kul 9 pagi bergerak jam 10.30 pagi...
~ Berehat sebentar di bandar al-muktafi billal shah dengan bekalan nasi kerabu ma yang paling terbaik in town :) ~
Sampai di tenang jam 6.30 petang macam tu, sampai2 je terus ternampak banner hari keluarga dan berderet2 kereta, meriah betul...seronok jugak ada keluarga besar, maklumlah keluarga i pun kecik je....
~ Meriah dah umah Mak Tenang (Panggilan Manja Nenek Suami I ) ~
~Tentatif program sepanjang perhimpunan keluarga ~
Program dimulakan dengan solat magrib dan bacaan tahlil...kemudian sesi bergambar dan cabutan bertuah...
SESI BERGAMBAR
~ Ini keluarga Ma, anak pertama dalam keluarga ~
~ Ini keluarga che ngah, anak kedua dalam keluarga ~
~ Keluarga Ayah chik, anak ketiga dalam keluarga ~
~ Keluarga Mak su, anak bongsu dalam keluarga ~
~ Keluarga nan besar ~
SESI CABUTAN BERTUAH
~ Sesi mencabut no :) ~
~ Excited mak long haikal dapat cadar :) ~
~ Mak teh dapat toto :) ~
~ Kesian budak ni kena buli : ) ~
~ Seronok sekali sekala duduk ramai2 ni, meriah! ~
~ Haikal yang tak sempat didandan dan mamanya yang gila dengan polkadot~
Part 2 : Sukaneka dan berpesta di kolam air panas to be continue :)
No comments:
Post a Comment
Tukang Komen :)