Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Monday, September 12, 2011

Coret Coretan Raya Sakan Aidilfitri 2011 - 9 Bulan & Sedondon :)

Assalamualaikum...

Hari ini sudah masuk hari ke-14 kita beraya, masih lagi dalam kunjung mengunjung rumah saudara mara....alhamdulillah Wan Khalish Haikal genap 9 bulan masa raya ke-5 hari tu...terlalu bersyukur dengan kehadiran si cilik yang manja & cergas tak terhingga ni "memaniskan" lagi rumahtangga kami...Aksi nya setiap detik menjadi ubat gembira pada kami...kalau bekerja tu tak sabar nak tunggu balik kerja kul 5 nak ambil dia, umur 9 bulan ni orang kata umur paling seronok dia bermain2, kita agah dia ketawa, kita buat2 kejar dia plak buat2 lari..manis!!!..kalau nak hantar rumah pengasuh tu dah pandai tarik baju papanya kuat2, hehehehe...cerdik budak2 zaman moden ni...

Perkembangan dari perkembangan bersamanya membuat hidup ini terasa indah, manis!!!!...bila org ckp "eh cepatnya dah besar dah khalish", aku pun kadang2 tak pernah perasan cepat betul dia membesar :)

~ Bab mengemas paling dia hebat & menjadi kesukaannya ~


~ Muka naughty boy :) ~

Bila rujuk Perkembangan Bayi Mengikut Bulan ni, khalish masih berada di landasan lagi....if tiada di landasan tidak menjadi masalah besar & jangan sesekali memaksa bayi membuat sesuatu yang dia tak boleh lagi buat, biar dia belajar sendiri***.Alhamdulillah , pada usia 9 bulan masih lagi berkesempatan merasa ASI pemberian Allah....walaupun kadang2 gigi 4 batang dia tu sering mengigit puting mamanya ini ;)

Pastu ada terbaca kenapa bayi menangis, tertarik dengan 1 sebab ini nak tahu apa??bayi menangis sebab BOSAN...BOSAN asyik duk rumah je...hahahaha, so tue la sebab mama tiap minggu mesti bawa mata bulan jalan2 (alasan) ..hehehehe, ini fakta bukan auta :)

Hari sabtu lepas, turn mama plak nak beraya dan kunjung mengunjung,hehehehe...ikutkan sabtu lepas officemate i ada buat open house, tapi masih tak berjaya nak pergi...sabtu tu je 5 buah rumah pergi, rumah sepupu2 dan makcik2 i, tu pun ada lagi tak habis lg..jumaat ini insyallah akan ke kuala kangsar plak nak beraya ke perak rumah abg kepada mak i (boleh la makan mee udang kuala sepetang;P)...

Sabtu lepas, telah didondonkan budak2 ni...jgn kata warna, patern baju pun sedondon, macam boria kot :)


~ Mana si haikal, mana si haris ;P ~


~ Tentu la yang agak Montz tu haikal ;) ~


~ Thanks to nenek, dia la belanja baju raya ni kat budak2 ni, kak min & nana baju gedik2 ~


 ~ Haikal paling bam2 ;P ~

Ahad plak, duk rumah je belah pagi & petang, malam tu beraya rumah kawan  i..sedara mara kata nak datang beraya...so mak masak2 sikit untuk jamu orang datang beraya.

 ~ Nasi tomato & Mee Kari :) ~

Notakaki : Bersyukur kita mampu beraya dengan aman damai, terima kasih MALAYSIA, hargailah dan selamat hari merdeka :)

No comments:

Post a Comment

Tukang Komen :)