Assalamualaikum.....
Pesanan keras : entry ni sangat panjang dan memuatkan lebih kurang 60 gambar ;O
Hari Malaysia hari tu sangat best & sangat penat, mak ajak kami beraya kat rumah abg dia kat kuala kangsar, aku & suami on je kalau bab berjalan2 ni lagipun belah suami dah habis raya, along pun ok je sebab abg kamal pun takde kat darat je & angah plak tak boleh nak ikut sebab ada hal lain...so kami naik kete baru along je ;) ...lagipun sambil menyelam sambil minum air ;)
16 September - Destinasi JJCM Pertama : Ipoh
Rasanya tahun lepas masa cuti depavali last kitorg tengok cik amad kat kuala kangsar, masa tu aku mengandung dan mengidam sangat nak makan nasi ayam RHB...last2 masa pergi tutup...so suami i tanya nak masuk tak ipoh, mak ok je;)....masuk2 ipoh rhb bukak, suke2..terus msg lin & aina nak kongsi kegembiraan ;P
~ Restoran memang nampak cokia je, biasalah tempat penuh sesak dengan student, tapi nasik ayam dia terbaikk!~
~ Khalish tak sabar nak makan dah tu;) ~
~ Nasi ayam rhb, RM3.00 je ;) ~
~ Selain nasi ayam, ayam percik pun menjadi kegemaran, saya, puan aina, cik timah & cik linda masa kat sini dulu, RM2.50 je ;) ~
~ Along dengan hero2 nya ;)~
~ Muka puas hati, Thanks semua ;P ~
Lepas je melepaskan mengidam di ipoh, terus je bergerak ke kuala kangsar pergi rumah cik amad terus sebab petang tu mahu JJCM lagi;)
16 September - Destinasi JJCM kedua :Kuala Kangsar
~ Kuala kangsar, sayong merupakan trademark nya ;) ~
~ Khalish kepenatan berjalan;) ~
Kat kuala kangsar ni yang femes d' amos nya laksa la apa lagi kan...laksa dia sedap wei!!! RM2.50 je.
~ ABC dia pun sedap bangat seh ~
~ Pasembor pun not bad tapi sedap lagi kat penang ~
~ Lepas makan boleh la jamu mata anda, kat sebelah medan selera tu berderet2 jual barang2 macam ni, murah wo...~
~ Pasu dia cantik2 & murah2 harganya berbanding dengan air hitam, tak beli pun tunggu pindah umah la nanti baru datang sini balik ;P ~
~ Ambik seketul untuk hadiah si pengantin ahad tu ;) ~
~ Pedang ke parang ni ;P ~
~ Bangun dah khalish, ye ~
~ Bakul baby, comel tapi sesuai untuk butik2 yang sediakan perkhidmatan "berendoi" je kot...~
~ Tudung saji ~
~ Ok ni rasa geram nak makan2 je ;P ~
17 September - Destinasi JJCM Ketiga: Taiping
Memandangkan dah ada kat KK, suami secara berianya menyatakan hasratnya nak makan "mee udang kat Kuala Sepetang" & along plak nak ke "zoo taiping"...so adalah aktiviti pada hari sabtu tu, memandangkan aina ada kat taiping rumah mak mertua dia terus roger2 ajak chill sama2 sebelum tu beraya dulu umah mak mertua dia dulu...
Kat zoo taiping ni ada safari night, masa kat zoo naik train je, memandangkan masing2 ada anak so susah nak jalan pusing 1 zoo, cukup syarat je nak memuaskan hati si kimot ni...jom layan gmbr kitaorang melawat bintang di zoo...
Lepas je habis melawat binatang2 kat zoo tu kami pun ke kuala sepetang, senang bawak orang dah biasa kat sini...so dia suggest mee udang mak teh, mengancam ko!!!!
Mee udang kuala sepetang ni memang sangat terkenal, mana tak nya boleh bagi pepatah la kat mee udang ni "disebalik udang ada mee"...Harga dia ada yang RM6.00, RM10.00 & RM12.00, kalau yang RM6.00 tu udang bela, yang RM10.00 tu udang laut, so of course la pilih yang laut nya.....
~See, sampai2 je udang yang banyak atas mee;P ~
~ kuis2 baru jumpa mee;) ~
~ Tengok ada 8 ekor udang ko, kelas ko mariaa!! ~
Selesai pencarian JJCM, ahad tu kiorg gerak lepas sarapan sbb tenghari dah janji dengan timah & aina nak pergi kenduri lini...seronok sambil beraya sambil makan angin ;)..sebelum balik gambar kenangan dulu bersama cik amad & cik peah ;)
~ Khalish nak drive gantikan papa ;) ~
Notakaki : Next plan JJCM wif aina, timah & linda ;)
No comments:
Post a Comment
Tukang Komen :)