Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 8, 2013

Kulit yang sihat idaman setiap wanita...

Assalamualaikum...

Betul tak semua perempuan nak kulit yang cantik, sihat dan bersinar2 kan??? tak terkecuali bagi aku jugak dan bagi aku masa aku duk memikirkan hal itu kalau boleh tak nak pakai foundation bagai dah...aku ni masa anak dara dulu dikategorikan sebagai kulit yang ada masalah jerawat yang serius jugak, memang make-up masa tu tebal tak hinggat, anak dara kan.Bukan tak cuba tapi tak ada yang berkesan atau aku suka jump2 produk yang menyebabkan kulit muka makin jadi teruk.

Pastu lepas bersalin, kulit muka aku makin sihat, alhamdulillah mungkin masa tu aku dah mula amalkan pemakanan supplement shaklee masa tu.

Lepas bersalin mawar aku makin berminat tentang kecantikkan ni dan aku aku ada terbaca tentang satu fakta kolagen ini.

"Kolagen ialah struktur protein paling terdapat dalam badan manusia. 

Kajian mendapati bahawa kandungan kolagen dalam badan manusia merosot pada kadar 1.5 peratus setiap tahun seawal usia 25 tahun. 

Sebagai sebahagian daripada proses penuaan, kulit akan beransur-ansur hilang keanjalan dan kejelasan berikutan kehilangan kolagen. 

Kolagen membentuk sehingga 75 peratus struktur kulit dan bertindak seperti blok binaan juga pelekat yang membina dan menghubungkannya dengan tulang, di samping melindungi dan menyokong tisu lembut."



~ Ini gambar sebelum ambik kolagen, hati2 memilih kolagen kalau boleh biarlah ada kelulusan dari KKM supaya tidak memudartkan kesihatan. Masih dengan foundation dan tidak menggunakan kamera 360 dan takde la masalah kulit yang serius sangat tp aku rasa kulit agak kusam.~



~ vco dan collagen dari catalyst ni kawan aku edora yang kenalkan, barang baik kena kongsi kan, aku tak boleh simply je suggest kat org kalau khasiat tu aku tak dapat lagi kan , so bila dh nampak hasil boleh bgtahu khasiat tu kat org kan ~


~ Aku dah lama amalkan vita c shaklee ni(aku pengguna setia shaklee). Manaka vita e dan kelapa dara dan collagen dari catalyst aku baru amalkan 3 bulan secara konsisten so far alhamdulillah rasa segar dan sihat luar dan dalam ~


~ 2 bulan lepas pakai vco & collagen catalyst dan vita e shaklee, tanpa secalit make-up lepas basuh muka, asal putih sangat ni.hahahahahahahahaha ~


~ 3 bulan selepas menggunakan vco & collagen catalyst dan sedikit penggunaan bedak asas ~





~ Sekarang nak g mana2 pakai pelembap dan bedak asas dah memadai, dan selepas solat zohor kat opis tak pakai make-up pun dah confident nak2 depan cik abang :)~


~ Aku memang minat gila dia ni, kadang2 rasa tergugat nak cuba collagen yang lain plak:P ~

Notakaki : Produk collogen ni masing2 ada kelebihan dan kesesuaian pada individu so terpulang nak cuba produk daripada mana asalkan ianya selamat dan paling penting mendapat kelulusan KKM :)

1 comment:

  1. Always like falling back on conservatism to make product replica watches as it would be fun to see more people out there with purple and green watch dials. With that said, I know white or rolex replica uk dial choices tend to be a bit more widely appealing and for that reason I think replica watches was a good idea for Rolex to introduce. Hublot wrist watches tend to be acclaimed for his or her various styles which arranged all of them very far through abounding additional types of wrist watches. Every rolex replica sale is done having a turning deejay agreement that is dependable as well as creative. It offers the actual individual by having an recommend method to admeasurements period. Every Hublot view rolex replica uk reality may be created using the greatest from the recycleables, which may be commissioned within home from the aboriginal supplies.

    ReplyDelete

Tukang Komen :)