Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 8, 2013

Majlis Tahlil Arwah Ayah...

Assalamualaikum...

Rasanya tahun ni kali pertama adakan majlis tahlil dan di rumah, selalu hantar ke surau je...Seronok plak rasa mcam ada kenduri masa aku tunang dulu plak, bak kata hakimi :). Tahlil arwah diadakan selepas zohor dengan menjemput ahli2 surau untuk bacaan tahlil, yasin dan sedikit doa kesyukuran (sempena mak & adik nak menunaikkan ziarah umrah esok, alhamdulillah)

Rasanya sudah 4 tahun arwah ayah tinggalkan kami, kalau dia balik ke rumah mungkin dia sudah senang hati sbb anak2 perempuan dia dah dijaga oleh laki2 yang bertanggungjawab seperti arwah ayah juga dan ank bujangnya alhamdulillah dah habis spm (result yang sangat baik, tahniah adikkk) dan bakal lanjutkan pelajaran nanti inshaallah dan alhamdulillah arwah ayah meninggal tanpa meninggalkan apa2 hutang puitang untuk mak. AL-fatihah.



~ Kuih-muih sumbangan jiran tetanga, tq makcik2 & tq jijah ~



~ Sate kassim, memang menu wajib keluarga kami ~



~ Nasi tomato dari mak dan juga pulut kuning & rendang (tiada dlm gmbr ), memang masakan mak terbaik ~


~ Laki2 yang bertugas di luar, melayan tetamu dan mengemas, kami wanita tugas di dalam..:P, ni la tempat membesar aku dan aku teringat kata2 sesorg jgn lupa dari mana asal kita :) ~



~ Mak dan anak laki bongsu dia, hahahahahahaha. Haikal panggil nenek dia mak (kadang2) ~



~ Bersama mawar & nana ~


~ Mak ngh dan nana ~




 ~ Alamak seksi plak mawar ni ~



~ Budak sombong ni terus baik dengan aku lepas aku basuhkan poo-poo dia :) ~


~ Besar dah anak dara mak ngah ~


~ Kakak2 aku ~

Notakaki : Seronok macam hari raya plak, ramai sepupu2 dan jiran tetangga yang hadir dan kawan2 opis jugak yang datang sampai ke malam, terima kasih ye :)

No comments:

Post a Comment

Tukang Komen :)