Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 16, 2013

Anugerah Raya 2013

 Assalamualaikum..

Bersyukur kerana masih boleh menyambut hari raya dengan aman ketika bumi mesir dalam keadaan yang amat memilukan. Kita makan sehingga senak perut sedangkan mereka tengah menahan segala keperitan di sana. Jadi bersyukur lah dengan apa yang kini miliki kini.

Tahun ni giliran beraya di pahang, actually kami takde lah mengamalkan sangat isu giliran ni. Sbb merasakan bukan raya je boleh balik kampung kan. So kalau nak bergaduh balik kampung mana memang tak de. Lagi satu kami amalkan balik raya kalau belah aku, belah aku je tahun tu kalau belah dia belah dia je kampung tu nanti minggu2 depan boleh balik kampung masing2 sbb aku tak suka rushing2 atas jalan nak balik pahang pastu johor plak at last kat kg sehari dua je.... Lagipun kampung mak aku je kat Johor tu tapi menetap tak sampai 1km dari kawasan perumahan aku, nikmat sangat!Lepas balik pahang nak balik kl terus je singgah umah mak.hahahahahahahhaha. Lagipun mak aku ibu tunggal so kalau semua nak balik tahun depan takde peneman dia plak so kena pandai2 la manage ikut keperluan keluarga.

Aku cuti raya 3 hari je, aku balik jengka rabu dan balik kl semula isnin depannya...balik awal sehari boleh kemas2 rumah tu :P


~ Gigih mak kau mengemas baju nak balik raya, 3 beg ko!hahahaha..tahun ni excited sbb mawar dah besar tahun lepas baring je lagi..hehehehehehe ~


~ Bertolak dari kl thg hari sampai jengka dalam petang, tak jem sangat. Balik2 tengok ketupat dah siap tinggal nak merendang je malam tu ~


. Tahun ni suami kata tak yah buat sate sendiri, kita beli yang mentah kat kassim sate, so malam tu bakar sate ramai2... ~


~ Tolong menolong apa yang pandai :P ~

Raya Pertama 


~ Ma selalu akan pastikan makan siap terhidang sebelum mereka nak g sembahyang raya, nasi impit, ketupat rendang, kuah kacang  dan nasi beriani. Tahun ni tak balik terengganu cuma beraya di jengka sahaja ~


~ Anak ramai maka kuihnya pun ramai :P ~


~ Sedia untuk menerima tetamu :) ~



~ Kanak2 sudah siap menunggu duit raya, kanak2 paling seronok apabila raya. Tunggu tok wan, tok ma & makcik pakcik mereka balik sembahyang raya. Aku pagi2 raya tu haruslah col mak aku :P ~




~ Budak sekarang tak lekang dari tablet ~


~ Yeay dah balik sembahyang raya, cantik kan pink ^_^ ~


~ Anak2 buah nan ramai, anak buah ada 25 orang dan 2 orang anak buah sahaja yang tak beraya di pahang tahun ni :) ~


~ Masa untuk bersalam2man, hamboi haikal paling awal ye ~


~ Haikal dah pandai cakap "duit raya", "lagu raya " ~


~ Tengok la nak mintak duit raya pun main tablet lagi, haih la budak2 ~



~ mAwar pun nak duit raya gak ~


~ Tyme mawar bagi duit raya plak ~



~ Haikal biasalah melasak dah skrg ~


~ Kepenatan dah ~


~ Bergambar dulu ~


~ Masa untu beraya, ramainya anak2 ~


~ Beraya di rumah jiran tetangga ~


~ Memandangkan di jengka adalah felda maka banyak negeri duduk di situ, jiran depan umah memang terkenal dengan pecal dia ~



~ Sakan beraya ~


~ kalau anak2 balik kete penuh la kat laman ~


~ Masa untuk bergambar ~





~Petang tu beraya di temerloh plak ~


~ Tukar uniform masing2, merah plak ~



~ Adik beradik baju haruslah sama  kan :P ~

RAYA KE - 2


~ Raya di jengka banyak beraya di rumah jiran dan kawan2 suami je, sbb keluarga semuanya di terengganu ~


~ Nak g beraya rumah kawan2 suami ~


~ Suka sangat baju sama2 dengan mawar, selagi mawar tak pandai jalan so jangan la aku nak buatkan dia baju kurung, seksa kepanasan budak tu nanti,hahahahahaha ~





~ Puas hati sangat dengan jahitan kamu kakak medan mara :P ~



~ Raya ke-2 baru pakai kan baju melayu ungu ni.heheheheehe ~

~ Tengah hari kakak ipar buat sambalhitambelimbing buluh, sambal ni makanan orang pahang. ya allah sedap gila sbb dah bosan makan ketupat semalam, makan lauk2 gini tambah dua pinggan :P ~


~ Malam tu buat bbq plak..hahahahahaha.memang heaven makanan tau kat sini ~

RAYA KE-3


~OOTD anak & emak raya ke -3 :P ~


~ Actually baju ni untuk raya pertama tp sbb bertukar pink so pakai hari lain la ~


~ Suami pun kata baju mawar yang purple ni klasic sangat ~


~ Haikal pakai tshirt la kan, takkan baju melayu plak. Panas plak kang. ~


~ Sedondon jugak adik beradik ni, kain ni mesti mak korang beli kat vietnam kan hari tu ~


~ Pastinya anak buah ni mesti rapat dengan mak usu mereka, pergi mana pasti nak ikut.hahahahahaha ~


 ~ Macam baju malam berinaikan :)~ 


~ Diorg buat gahtering sekolah rendah, sekolah rendah ok :P, buat kat rumah kawan mereka, kawan dia orang JAWI :P ~


~ Petang tu maksu mereka rajin membuatkan mereka triffle ~


~ Biasalah budak kampung mereka tak pernah makan triffle, suka sangat masak2 kan diorg sbb diorg sangat excited nak makan triffle aku buat tu, licin kau 2 mangkuk besar dalam masa 1 jam :P ~


~ Siap ckap "terror nya mak usu pandai buat kek macam ni". hahahahahahaha. dia tak tahu agaknya benda paling senang buat benda ni la tapi paling digemari budak2 ~


~ Ma buat nasi dagang di raya ke-3, gendang gendut la ma macam ni makan je hari2 ~
RAYA KE-4 


~ Raya ke-4, tak beraya kemana, banyak beraya di dapur. Masak dan Makan Lagi :P, Bak kata azuan aku raya keje upload gambar makan dan baju :P ~


~ Kali ni kakak ipar aku nak buat apam polka dot ~


~ Budak2 ni biasalah, selagi tak siap selagi tu menunggu ~






~ Yeay dah siap, tapi tak sempat nak buat air diorng makan lepas letak kat bawah.hahahahahahaha ~




~ Kakak ipar adalah  cikgu bahasa inggeris di S.M.K Clifford, graduasi universiti di UK. Sapa kata anak2 felda tak berjaya???? :) ~




 ~Ma buat nasi kerabu pulok di raya ke -4 :P ~, makin lama di jengka makin mcm belon la aku :P ~



~ Ni plak kepakaran  kakak ipar aku yang sulong. Pandai buat kuih raya ~




~ Sebalang aku habiskan, sedap sangat ~



~ Paling aku tergelak, ma gunakan selipar ni kat dapur tau, hari tu aku g jelly bunny masa iftar dengan Muchacheze beli selipar ni kat situ, lebih kurang, orang kl bukan main bangga pakai selipar getah buat jalan2 :P.hahahahahaha ~




~ Raya ke-5 aku balik kl, maksudnya hari isnin. Saja balik awal, selasa tu boleh lepak2 dan bergumbira dengan anak2.hehehehehehe. Aku balik malam kul 8 mcm tu, jalan agak jem sampai kl dalam kul 11.30 malam. Bekalan dari kampung ma tak penah tinggal, ada je bekal setiap kali kami balik. Happy me have 2 mom sekarang :) ~



~ Dah siap kemas rumah, start enjin kete kita enjoy!!!!!!!!!!.hehehehehehehhe ~



~ Ni menu umah mak aku semalam, lakso johor uolsssss dan cempedak uollssss, cempedak ni cik jijah bagi made dari kampung mak mertua dia, Jijah kan jiran mak ai..hehehehehehehehe ~



~Pintu rumah sentiasa terbuka untuk tetamu yang sudi datang menziarahi ~


~ Quran baru suami bagi yeay!!!!, moga walaupun bukan bulan ramadhan lagi tetapi masih istiqamah untuk memperbaiki bacaan al-quran, Amin :) ~

Notakaki : Alhamdulillah raya penuh kesederhanaan tetapi penuh erti :), syawal memang sebulan ye uolls tetapi tetap pagi raya paling bererti. Tahun depan beraya di johor dan mungkin rumah baru nenek, inshallah :) 

3 comments:

  1. cantik sgt baju mawar n dress ko tu pza...bleh aku tiru ni..hehehe..xpe kan??tiru ckp nan tuan die..xciplak kan..hehe

    ReplyDelete
  2. ha...ni syg pn.pza niee...hehehehe

    ReplyDelete

Tukang Komen :)