Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 1, 2012

Raya Korban 2012 serta Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Wan Mawar Adawiyah

Assalamualaikum...

Bestnya baru balik cuti panjang, 6 hari duk kampung rasa malas nak balik kl...ngeee


Actually raya korban hari tu memang husband dah plan nak buat aqiqah mawar kat kampung, ma plak nak jugak panggil group marhaban dan buat belah mulut & cukur jambul tu pun ma kata mula2 nak tempah buaian tapi harga mahal sangat, memang mahal kot dari mak andam masa buat buaian haikal dulu sampai RM3rat dia nak charge.ai tak kisah je janji yang wajib diutamakan, yang sunat tu nak buat pun ok lagi meriah nak2 kat kampung pastu family husband ai ramai tu yang meriahnya...

Kira adil la masa majlis aqiqah haikal kat kl, mawar kat jengka...ngeee :)

Raya korban kali ni meriah la sikit sebab ada kenduri kan, sibuk sikit la...pastu jamuan semua masak sendiri...kesian family husband masak tak henti2 dari raya sampai majlis aqiqah, tq so muchest.

Aku balik kampung khamis petang lepas husband ai balik keje, jalan tak jem sangat.Alhamdulillah...Balik2 tu family sibuk2 bakar membakar, juadah raya banyak dah siap.ngee :)


~ Tradisi keluarga husband aku, malam raya rajin buat BBQ, ayam sampai 4 ekor, sotong, udang semua...tapi ai kan jg body wajiblah makan sikit..muahhahaha..yeke??bukan makan berketul2 ke jaga sangat la body!!..ahaks ~ 


~ Menu pagi raya, mcam2 ada.Ketupat palas, ketupat biasa, rendang daging, kuah kacang,  serunding ikan, tapai pulut pun buat sendiri u'olls belum kunyah2han lagi ~

Rasa sayu dengar takbir raya tanpa mak disisi..agagagagagaga.poyo lah. Serius sayu la sikit...Lepas sembahyang raya, terus g sembelih lembu:)


~ Suami ai, aww tak sangka pandai juga dia siat lembu2 ni :)~




~ Pak aji2 felda :) ~


~Langsing tak lembu mawar :P ~

Majlis Aqiqah Mawar buat pada raya ketiga, ari ahad tu...Pagi2 tu dlm kul 10 pagi group marhaban datang. Pastu tetamu mula datang kul 11 pagi.Thanks pada mak & keluarga yang datang dari KL untuk memeriahkan majlis Aqiqah Wan Mawar Adawiyah, siap bawak sate kassim & pulut kuning kegemaran ramai.Thanks Mak!!!& Abang kamal walaupun kena g kemaman sempat singgah jengka dulu :)



~ Doorgift ikhlas dari kami kepada kumpulan marhaban, orang dapur, keluarga dan tetamu ~




~ Sebelum majlis bermula, tdokan mawar dahulu ~



~ haikal & papa ~



~ Anak2 buah husband, ada yang satu umur dengan aku..ngeee ~




~ Makcik2 marhaban jengka 10  ~




~ Anak papa ~


~ Bahan2 untuk cukur jambul & belah mulut ~




~ upacara belah mulut, belah dengan air zamzam & kurma ~




~ Semangat makcik ni, dia kata mawar suka rasa kurma tu ~





~ uPacAra Cukur Jambul, tak cukur habis sbb masa hari ke-10 Mawar dah cukur jambul & rambut sekrg rambut baru dia.Ma risau je tengok org cukur jambul cucu dia ~



~ Harith :) ~



~ Along pun turut cukur jambul ~




~ Basah dah rambut mawar ~



~ ANak2 buah husband lagi ~


~ Nenek & cucu mengada dia ~



~ Kesian mawar habis basah lenjun ~





~ Sesi menjamu selera ~




~ Faiz yang nakal ~




~Terima kasih makcik2 kerana sudi hadir majlis anak dara saya ~




~Masa untuk balik kl semula, terima kasih semua sebab majlis aqiqah berjalan lancar...~




~ Papa kecik hati sbb mula2 lahir mawar ikut muka dia, skrg habis ikut muka mama dia...ala u ni, dengan ai pun u nak jeles ke??ngeeee~


~Durian kampung, nyum2 ~


~ Bekal dari ma, semua ma buat sendiri.Kerepek pisang, serunding daging, dodol, serunding ikan , kuih gunting..~

Notakaki : Ruih rendah seketika masa kenduri aqiqah Wan Mawar Adawiyah dengan mengejutkan kami menunjukkan gaya meniarapnya untuk pertama kali, god job sayang  :)

No comments:

Post a Comment

Tukang Komen :)