Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 29, 2010

Alhamdulillah =)


Penyanyi : Opick
Tajuk : Alhamdulillah

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasannya
Semoga dirimu, semoga langkahmu 

Diiringi oleh rahmatNya
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurilah
Besyukur padamu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indah dalam kebersamaan

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu 

Semoga diberkahi Allah
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diriringi oleh rahmatnya

Alhamdulillah wasyukurilah
Besyukur padamu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indah dalam kebersamaan

Alhamdulillah wasyukurilah
Besyukur padamu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Hilanglah semua perbedaan

Alhamdulillah wasyukurilah
Bersyukur padamu ya Allah
Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu

Sekarang minat kat lagu2 opick, bila dapat tahu perkara ini serach ada tak lagu yang related ngan post aku ini :P

Hari ini penat sangat, tapi bila dapat berita gembira ini terus hilang penat...sebab tak sanggup nak penat lagi menghadap benda tu lagi...hehehehehehehe=)....alhamdulillah ya allah.......

NoteKaki : Mungkin ini rezeki buat honey madu, moga selepas ini mempermudahkan pekerjaan hambaMu ini :)

Friday, November 26, 2010

Check Up Honey Madu Minggu2 Terakhir =)


Tarikh Check Up : 26.11. 2010
Doktor : Dr. Norkedah
Kandungan :39 Minggu (tinggal menunggu hari)
Next Check Up : 02.12.2010
Due Date : 03.12.2010

Actually tadi masa g check up dah risau sikit sbb ingat dah kena tahan or wut sbb tinggal seminggu je dari due date, 7 day from today je wei :0....tapi doktor kata takde tanda lagi, jadi khamis akan dtg dia suh dtg & akan buat C.T.G scan....owh doktor kata tinggal tunggu hari je, kalau dah ada tanda2 terus g hospital tak yah tunggu khamis depan...

Tanda-tanda Hampir Bersalin

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

* sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
* kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
* sakit perut, memulas
* kerap buang air besar
* kerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

* Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
* Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit belakang

* Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
* Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
* Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
* Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis

Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan

Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel "Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"

Bila Perlu ke Hospital

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

* kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
* keluar air ketuban.
* pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
* keluar darah dari vagina.
* apa saja masalah yang dialami.



~ Kebiasaan, dalam toilet kat pusrawi tadi masa ambik ujian air kencing...asal boleh :P ~

Nota Kaki : Ya allah permudahkan la segala urusan hamba mu yang lemah ini....

Akhirnya ku temu jugak kamu - Opick :P


Actually dah lama sangat cari lagu ni untuk jadi background blog aku...rasa terjatuh hati sesangat bila dengar lagu ni...serius sangat jatuh hati okey...akhirnya ketemu jugak dirimu ini :P ....aku tak sure penyanyi dia malaysia atau indon, tapi lagu dan bibit liriknya sangat buat aku jatuh hati okeh :)


Penyanyi : Opick
Tajuk : Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Notakaki : Lagu yang sangat menginsafi di pagi jumaat yang mulia ini....:)

Thursday, November 25, 2010

Mari Mula Menggunakan Olay :)


Kalau dah nama wanita tu wanita jugak, mudah terpengaruh...hehehe, aku memang sangat mudah terpengaruh....Aku dah kata kulit aku kusam, bila tgk gadis ni pakai Olay White Radiance, terus jatuh hati nak mencuba...tak salah kan mencuba..at least cuba...kita kena la menghargai & menjaga anugerah tuhan ni, cewah!!

Semalam petang g la JJ Setiawangsa kena g secepat mungkin coz takut dah beranak :P, g la cari produk olay kat bahagian farmasi...alahai mak jakun aku & laki aku mencari produk olay mana nak pakai...maklumkan 1st tyme cuba...kalau produk Safi aku memang expert :P

Pilih punya pilih aku beli empat jenis produk olay white radiance ni:-


1.Cream clenser
- Harus Pakai sebagai mencuci make up, sesuai digunakan setiap hari :)

2.Foaming Clenser
- Memastikan kulit senantiasa kelihatan bersih :)



3. Intensive Brightening serum

Kegunaan : Membantu menyamarkan noda hitam pada wajah, mencerahkan kulit gelap & meratakan warna kulit.
Cara Pemakaian : Guna selepas membersihkan wajah dengan meletakkan mengoleskan dan meratakan pada wajah


4.Protective Cream

Kegunaan : Membantu mengawal daripada cahaya
Cara Pemakaian : Guna selepas memakai Intensive  Brightening Cream dengan meletakkan mengoleskan dan meratakan pada wajah

Nanti nak lihat kesannya dalam masa sebulan, sm ada berjaya atau tidak :P

 ~ My 1st day with Olay ~

NotaKaki : Harapan agar menjadi kenyataan :)

Wednesday, November 24, 2010

Kulit Kusam....nak berseri kan balik....


Sejak2 kebelakangan ni, kulit muka makin kusam tak berseri2....Pastu selalu la tgk2 blog gadis ni, rasa macam terpengaruh nak cuba produk ni sbb dia berjaya menserikan muka dia wei ....

~ Olay White Radiance ~
~ Cakap kat laki aku nak beli produk ni.....ckp kulit bini kamu sudah kelihatan kusam ~

Ngak percaya???tgk nih.....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

~ Adus rasa kulit  apa ntah dah ni ~

P/S  TO HUBBY : AWAK (DENGAN NADA GEDIK),HAHAHAHAHA:P........ BALIK NI JOM G FARMASI NAK CARI INI PRODUK OLAY...

Tuesday, November 23, 2010

Impian untuk memiliki rumah merupakan Impian Sejagat :)


Erm...Selamat Pagi Semua....

Mulakan hari anda dengan senyuman walaupun kadang kala terpalit & terselit rasa "kekeciwaan"...eceh ayat :P....tapi memang kecewa pun.....huhuhuhuhuhu


~ Sekadar gmbr hiasan tetapi cukup untuk menggambarkan entry ini :) ~

Setiap orang terutama pasangan yang dah berkahwin pasti memiliki impian untuk memiliki rumah sendiri, tak kiralah teratak tersebut kecil atau besar rumah tersebut, tak kisah cepat atau lambat janji rumah sendiri dengan gaji sendiri dan berada dalam tahap kemampuan kami....

Last week officemate aku ada beritahu ada orang nak jual rumah kat area umah dia....suami aku excited ajak g tengok, sebab dia fikirkan kalau tangguh beli maybe harge rumah akan naik nak2 yang bertanah ni....betul jugak kan....so kitaorg pun g tengok....sangat jatuh chinta ngan rumah tersebut okeh!!!!!!!!!!!!!tersangat jatuh cinta, mana tak nya laki aku sampai mimpi2 dalam tido nak memilik rumah tersebut.....teratak tu tak la terlalu besar tetapi  cukup la untuk kami sekeluarga berteduh....

Jadi laki aku suruh tanya owner rumah tu berapa harga dan kami sangat berminat nak beli....tapi lastly semlm dia kata dia tak jd nak jual!!!!!!!!!!!!!!TAK JADI NAK JUAL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.........atas sebab2 tertentu....

Tak dapat dinafikan hati ni kecewa ok, aku suka rumah itu...."AWAK, SAYA PUN SUKA SANGAT2 RUMAH TU"...tapi nak buat camne bak kata kak niza "tak kan nak ugut paksa org tu jual rumah dia :P"

 ~Macam ni la perasaan nak memiliki rumah impian itu...takpelah kalau rezeki itu bukan milik kita :) ~

Notakaki : Rasa malas je nak col agent rumah yang lain sbb masih rasa kecewa :(

Monday, November 22, 2010

Balik dari cuti panjang raya aidiladha......


Ok, today pagi isnin....bangun2 untuk koje....aku masih sihat walafiat, alhamdulillah belum tiba saat untuk melahirkan lagi okeh :)

Argh!!!!!!!!!!!!ini lah sintom bila dah berehat & bercuti panjang nak memulakan langkah kakiku ini semula...

Memandangkan raya aidilfitri hari tu, raya pertama di kampung aku makanya raya aidiladha aku bagi laluan la kat laki aku lagipun family laki aku nak buat kenduri korban tahun ni....memandangkan adik beradik dia ramai makanya cukup la kowt seekor lembu untuk dikorbankan....hehehehehehe=)

Ok, kalau di KL (tempat aku), hari raya korban tak le semeriah mana....mungkin di bandar kowt tapi hati tetap sayu ok berjauhan ngan mak (anak mak katakan) nak2 bila dengar takbir raya :(, setiap saat aku col mak masa kat jengka, huhuhuhuhu....

Tapi di kampung laki aku meriah kowt raya hajinya...mungkin faktor keluarga tu sendiri..keluarga laki aku ramai okeh...adik beradik je dah 7 orang pastu semua dah berkahwin plak tu dan laki aku merupakan anak bongsu, anak buah pun  ada lebih drpd  20 orang...hari tu masa raya haji semua balik...bayangkan lah macam ne keadaannya...buat ketupat satu periuk mcm ni pun langsai okeh dalam masa sehari!!!!!!!!!!!!....:P , sup tulang tu sekali hidang je seperiuk, sangat meriah ok....keje aku kat sana adalah makan, makan dan makan....:P


~ Hari selasa dah siap2 masak, hari rabu pas solat raya terus boleh serbu :P ~

~ Sekuali ni dalam masa sehari (tak smpi pun) dah habis :) ~

Pagi raya tu mcm biasa, kaum2 lelaki & kaum2 ibu pg ke masjid balik tu terus serbu makan then terus g untuk berkorban...aku tak la ikut kan, tak larat kowt...ikutkan hati nak  sgttgk lembu tu dikorbankan tp next tyme je la kowt....

Masa berada kat kampung tu, perot ni dah mula rasa sakit2...mak mertua aku mula2 nak panggil bidan...aku ckp tunggu dulu la sampai nampak tanda....mak mertua aku kata baby tu ngah cari jalan, alamatnya tak lama lagi kowt aku nak bersalin...

Cuti lama di jengka tidak disia2 begitu sahaja....sebut je pahang, orang mesti terfikirkan ikan patin kan?nak2 kampung mak mertua aku dekat jugak dengan bandar temerloh tu...along aku awal2 siap dah pesan nak ikan patin....makanya, kami pun ke pasar tani la mencari ikan patin mak buyong sorang ni =)


 ~ 1st tyme aku tengok ikan patin okeh!....:P ~


~ Eleh dia ni pun 2x5 ngan aku :P ~

Pastu kakak2 ipar aku ni bila dah ramai2 mula la nak ke hulur hilir kan...hehehehe, jadi kami pun bersantai disini , memandangkan dekat je ngan umah mak mertua aku...cadangnya saja2 nak tengok tempat tapi bila dah bawak ramai anak2 ni mula masing2 nak terjun dlm kolam tu....hehehehehe:P


~ Ok la untuk budak2 melepaskan gian nak bermandi manda :P ~

Ok, cuti panjang di jengka kali ni sangat mengerunkan sebab dlm otak asyik terfikir nak bersalin je kalau sakit2....due date lagi 2 minggu je okeh...sangat takut...mak mertua aku ada bagi ayat kepada para2 ibu yang nak bersalin boleh amalkan....


~ Insyallah ianya boleh membantu :P ~

Notakaki : Hari ni kena memulakan langkah untuk menjalankan tugas semula untuk menverifikasi stok ( mungkin boleh dijadikan terapi mudah bersalin ) :P