Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 29, 2010

Alhamdulillah =)


Penyanyi : Opick
Tajuk : Alhamdulillah

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasannya
Semoga dirimu, semoga langkahmu 

Diiringi oleh rahmatNya
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurilah
Besyukur padamu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indah dalam kebersamaan

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu 

Semoga diberkahi Allah
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diriringi oleh rahmatnya

Alhamdulillah wasyukurilah
Besyukur padamu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indah dalam kebersamaan

Alhamdulillah wasyukurilah
Besyukur padamu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Hilanglah semua perbedaan

Alhamdulillah wasyukurilah
Bersyukur padamu ya Allah
Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu

Sekarang minat kat lagu2 opick, bila dapat tahu perkara ini serach ada tak lagu yang related ngan post aku ini :P

Hari ini penat sangat, tapi bila dapat berita gembira ini terus hilang penat...sebab tak sanggup nak penat lagi menghadap benda tu lagi...hehehehehehehe=)....alhamdulillah ya allah.......

NoteKaki : Mungkin ini rezeki buat honey madu, moga selepas ini mempermudahkan pekerjaan hambaMu ini :)

Friday, November 26, 2010

Check Up Honey Madu Minggu2 Terakhir =)


Tarikh Check Up : 26.11. 2010
Doktor : Dr. Norkedah
Kandungan :39 Minggu (tinggal menunggu hari)
Next Check Up : 02.12.2010
Due Date : 03.12.2010

Actually tadi masa g check up dah risau sikit sbb ingat dah kena tahan or wut sbb tinggal seminggu je dari due date, 7 day from today je wei :0....tapi doktor kata takde tanda lagi, jadi khamis akan dtg dia suh dtg & akan buat C.T.G scan....owh doktor kata tinggal tunggu hari je, kalau dah ada tanda2 terus g hospital tak yah tunggu khamis depan...

Tanda-tanda Hampir Bersalin

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

* sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
* kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
* sakit perut, memulas
* kerap buang air besar
* kerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

* Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
* Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit belakang

* Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
* Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
* Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
* Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis

Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan

Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel "Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"

Bila Perlu ke Hospital

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

* kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
* keluar air ketuban.
* pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
* keluar darah dari vagina.
* apa saja masalah yang dialami.



~ Kebiasaan, dalam toilet kat pusrawi tadi masa ambik ujian air kencing...asal boleh :P ~

Nota Kaki : Ya allah permudahkan la segala urusan hamba mu yang lemah ini....

Akhirnya ku temu jugak kamu - Opick :P


Actually dah lama sangat cari lagu ni untuk jadi background blog aku...rasa terjatuh hati sesangat bila dengar lagu ni...serius sangat jatuh hati okey...akhirnya ketemu jugak dirimu ini :P ....aku tak sure penyanyi dia malaysia atau indon, tapi lagu dan bibit liriknya sangat buat aku jatuh hati okeh :)


Penyanyi : Opick
Tajuk : Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Notakaki : Lagu yang sangat menginsafi di pagi jumaat yang mulia ini....:)

Thursday, November 25, 2010

Mari Mula Menggunakan Olay :)


Kalau dah nama wanita tu wanita jugak, mudah terpengaruh...hehehe, aku memang sangat mudah terpengaruh....Aku dah kata kulit aku kusam, bila tgk gadis ni pakai Olay White Radiance, terus jatuh hati nak mencuba...tak salah kan mencuba..at least cuba...kita kena la menghargai & menjaga anugerah tuhan ni, cewah!!

Semalam petang g la JJ Setiawangsa kena g secepat mungkin coz takut dah beranak :P, g la cari produk olay kat bahagian farmasi...alahai mak jakun aku & laki aku mencari produk olay mana nak pakai...maklumkan 1st tyme cuba...kalau produk Safi aku memang expert :P

Pilih punya pilih aku beli empat jenis produk olay white radiance ni:-


1.Cream clenser
- Harus Pakai sebagai mencuci make up, sesuai digunakan setiap hari :)

2.Foaming Clenser
- Memastikan kulit senantiasa kelihatan bersih :)



3. Intensive Brightening serum

Kegunaan : Membantu menyamarkan noda hitam pada wajah, mencerahkan kulit gelap & meratakan warna kulit.
Cara Pemakaian : Guna selepas membersihkan wajah dengan meletakkan mengoleskan dan meratakan pada wajah


4.Protective Cream

Kegunaan : Membantu mengawal daripada cahaya
Cara Pemakaian : Guna selepas memakai Intensive  Brightening Cream dengan meletakkan mengoleskan dan meratakan pada wajah

Nanti nak lihat kesannya dalam masa sebulan, sm ada berjaya atau tidak :P

 ~ My 1st day with Olay ~

NotaKaki : Harapan agar menjadi kenyataan :)

Wednesday, November 24, 2010

Kulit Kusam....nak berseri kan balik....


Sejak2 kebelakangan ni, kulit muka makin kusam tak berseri2....Pastu selalu la tgk2 blog gadis ni, rasa macam terpengaruh nak cuba produk ni sbb dia berjaya menserikan muka dia wei ....

~ Olay White Radiance ~
~ Cakap kat laki aku nak beli produk ni.....ckp kulit bini kamu sudah kelihatan kusam ~

Ngak percaya???tgk nih.....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

~ Adus rasa kulit  apa ntah dah ni ~

P/S  TO HUBBY : AWAK (DENGAN NADA GEDIK),HAHAHAHAHA:P........ BALIK NI JOM G FARMASI NAK CARI INI PRODUK OLAY...

Tuesday, November 23, 2010

Impian untuk memiliki rumah merupakan Impian Sejagat :)


Erm...Selamat Pagi Semua....

Mulakan hari anda dengan senyuman walaupun kadang kala terpalit & terselit rasa "kekeciwaan"...eceh ayat :P....tapi memang kecewa pun.....huhuhuhuhuhu


~ Sekadar gmbr hiasan tetapi cukup untuk menggambarkan entry ini :) ~

Setiap orang terutama pasangan yang dah berkahwin pasti memiliki impian untuk memiliki rumah sendiri, tak kiralah teratak tersebut kecil atau besar rumah tersebut, tak kisah cepat atau lambat janji rumah sendiri dengan gaji sendiri dan berada dalam tahap kemampuan kami....

Last week officemate aku ada beritahu ada orang nak jual rumah kat area umah dia....suami aku excited ajak g tengok, sebab dia fikirkan kalau tangguh beli maybe harge rumah akan naik nak2 yang bertanah ni....betul jugak kan....so kitaorg pun g tengok....sangat jatuh chinta ngan rumah tersebut okeh!!!!!!!!!!!!!tersangat jatuh cinta, mana tak nya laki aku sampai mimpi2 dalam tido nak memilik rumah tersebut.....teratak tu tak la terlalu besar tetapi  cukup la untuk kami sekeluarga berteduh....

Jadi laki aku suruh tanya owner rumah tu berapa harga dan kami sangat berminat nak beli....tapi lastly semlm dia kata dia tak jd nak jual!!!!!!!!!!!!!!TAK JADI NAK JUAL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.........atas sebab2 tertentu....

Tak dapat dinafikan hati ni kecewa ok, aku suka rumah itu...."AWAK, SAYA PUN SUKA SANGAT2 RUMAH TU"...tapi nak buat camne bak kata kak niza "tak kan nak ugut paksa org tu jual rumah dia :P"

 ~Macam ni la perasaan nak memiliki rumah impian itu...takpelah kalau rezeki itu bukan milik kita :) ~

Notakaki : Rasa malas je nak col agent rumah yang lain sbb masih rasa kecewa :(

Monday, November 22, 2010

Balik dari cuti panjang raya aidiladha......


Ok, today pagi isnin....bangun2 untuk koje....aku masih sihat walafiat, alhamdulillah belum tiba saat untuk melahirkan lagi okeh :)

Argh!!!!!!!!!!!!ini lah sintom bila dah berehat & bercuti panjang nak memulakan langkah kakiku ini semula...

Memandangkan raya aidilfitri hari tu, raya pertama di kampung aku makanya raya aidiladha aku bagi laluan la kat laki aku lagipun family laki aku nak buat kenduri korban tahun ni....memandangkan adik beradik dia ramai makanya cukup la kowt seekor lembu untuk dikorbankan....hehehehehehe=)

Ok, kalau di KL (tempat aku), hari raya korban tak le semeriah mana....mungkin di bandar kowt tapi hati tetap sayu ok berjauhan ngan mak (anak mak katakan) nak2 bila dengar takbir raya :(, setiap saat aku col mak masa kat jengka, huhuhuhuhu....

Tapi di kampung laki aku meriah kowt raya hajinya...mungkin faktor keluarga tu sendiri..keluarga laki aku ramai okeh...adik beradik je dah 7 orang pastu semua dah berkahwin plak tu dan laki aku merupakan anak bongsu, anak buah pun  ada lebih drpd  20 orang...hari tu masa raya haji semua balik...bayangkan lah macam ne keadaannya...buat ketupat satu periuk mcm ni pun langsai okeh dalam masa sehari!!!!!!!!!!!!....:P , sup tulang tu sekali hidang je seperiuk, sangat meriah ok....keje aku kat sana adalah makan, makan dan makan....:P


~ Hari selasa dah siap2 masak, hari rabu pas solat raya terus boleh serbu :P ~

~ Sekuali ni dalam masa sehari (tak smpi pun) dah habis :) ~

Pagi raya tu mcm biasa, kaum2 lelaki & kaum2 ibu pg ke masjid balik tu terus serbu makan then terus g untuk berkorban...aku tak la ikut kan, tak larat kowt...ikutkan hati nak  sgttgk lembu tu dikorbankan tp next tyme je la kowt....

Masa berada kat kampung tu, perot ni dah mula rasa sakit2...mak mertua aku mula2 nak panggil bidan...aku ckp tunggu dulu la sampai nampak tanda....mak mertua aku kata baby tu ngah cari jalan, alamatnya tak lama lagi kowt aku nak bersalin...

Cuti lama di jengka tidak disia2 begitu sahaja....sebut je pahang, orang mesti terfikirkan ikan patin kan?nak2 kampung mak mertua aku dekat jugak dengan bandar temerloh tu...along aku awal2 siap dah pesan nak ikan patin....makanya, kami pun ke pasar tani la mencari ikan patin mak buyong sorang ni =)


 ~ 1st tyme aku tengok ikan patin okeh!....:P ~


~ Eleh dia ni pun 2x5 ngan aku :P ~

Pastu kakak2 ipar aku ni bila dah ramai2 mula la nak ke hulur hilir kan...hehehehe, jadi kami pun bersantai disini , memandangkan dekat je ngan umah mak mertua aku...cadangnya saja2 nak tengok tempat tapi bila dah bawak ramai anak2 ni mula masing2 nak terjun dlm kolam tu....hehehehehe:P


~ Ok la untuk budak2 melepaskan gian nak bermandi manda :P ~

Ok, cuti panjang di jengka kali ni sangat mengerunkan sebab dlm otak asyik terfikir nak bersalin je kalau sakit2....due date lagi 2 minggu je okeh...sangat takut...mak mertua aku ada bagi ayat kepada para2 ibu yang nak bersalin boleh amalkan....


~ Insyallah ianya boleh membantu :P ~

Notakaki : Hari ni kena memulakan langkah untuk menjalankan tugas semula untuk menverifikasi stok ( mungkin boleh dijadikan terapi mudah bersalin ) :P

Monday, November 15, 2010

Owh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Pureen Baby Sale :)


Actually aku tak rancang pun nak g pureen baby sale memandangkan perot dan membuyut dan barang semua dah hampir settle....tapi along aku bersungguh2 ajak teman dia g pureen baby sales....Ok, u now what ni kali pertama aku g pureen baby sales ok....pureen sales ni selalu 2 kali setahun kakak aku kata...selalunya bulan 4 dan 11 selalunya...so boleh la rancang2 kalau rasa nak membeli pada harga yang murah kan....:P

Along aku ajak g pagi2 buta, last2 kul 9 jugak gerak dari rumah...ok sampai je simpang kilang pureen dah tau keadaan yang bakal aku tempuhi karang, sangat la teramai orang okeh!!!!

Aku ckp kat laki aku "kita beli pampers baby, mama baby dengan segala tok nenek punya shampoo", tapi bila g sana dengan harga yang durian runtuh tu buat aku kelabu mata...hehehehehe......adalah beli yang tak patut tu, tapi still ok lagi sbb baju2 baby ngan barut2 baby....murah okeh, tak tipu punya...hehehehehe:P

Antara harge yang aku ingat yang boleh dikongsikan :-
1.Macam barut baby kan, hari tu beli kat manjaku RM5.90 tapi kat pureen sale rm3.00 sahaja...
2.Baju baby boleh dapat dalam RM6.00 - RM 10.00 je sepasang...
3.Dry 5 yang warna biru tu size s = 48 pcs just RM24.00 je, kalau kat manjaku RM34.50...
4.Paling teruja harga bagi pureen nursing pad 36 pcs = RM8.00 je!!!!kat luar rm2+ okeh!


~ See!!!berpusu2 orang di sana okeh !~


~ Tugas memilih aku bg kat laki aku jolah, dah tak larat & pening la nak berpusu2 tu ~


~ Kaunter dia banyak, tapi kalau lambat sikit nak bayar beratur punyalah bapak panjang okeh ~


~ Muka i sangat pucat okeh!, kemalasan dah nak melawa :P ~


~ Lucu okeh muka awak!!!!hahahaha, ngah menunggu along membayar di kaunter , dia sangat sakan membeli okeh....~


~ Berehat sebentar, parking jauh ok dari kilang....lin, jgn jeles mak minum air ini...slurppppppppp!!!!!~


~ Barang2 yang diborong di Pureen Baby Sale, berbaloi2 okeh hargenya ! ~


So boleh la update checklist, yipee!semua dah settle okeh!

BAJU-BAJUAN
 
1.Baju lengan pendek Newborn(NB) - 6 Done
2.Long sleeves NB  - 8 Done
3.Seluar pendek NB  -6 Done
4. Seluar pjg NB   - 8 Done 
5.Baju outing ke clinic - 2 Done (WangsaWalk)
6.Barut baby – 13 Done
7. Handkerchief   - 4 done
8.Rompers - 2 Done (Wangsa Walk) 
9.Mitten+Booties - 10 done 
10.Socks    - 10 done
11.Hat - 3 Done


FEEDING
1. Breast pump - Done (pinjam angahnye pump spectra electrik kalau tak ok baru nak beli baru)
2.*Termos
3.Bottle 20z - Done ( Avent )
4.*Teat
5.Sterilizer * (x beli pon,kalo nak beli boleh je…)
6.Teat brush - Done

NURSERY

1.Baby cot/playpen (x yah beli, ada turun temurun dari cousin dia, ngeh2)
2.Mattress - Done
3.Pillow &Bloster - Done
4.Mosquito net
5.Blanket and receiving blanket - Done

BATHING

1. Bath tub - Done
2.Toiletteries-travel pack - Done
3.Cotton balls - Done
4.Cotton buds - Done
5.baby comb/brush - Done
6.Baby manicure set - Dobe
7.Nasal aspirator -PENTING!!

DIAPERING

1.Changing mat - Done
2.Baby wipes – Done.
3.Diapers NB- Done (Pureen Sales)
4.Napkins  - Done    
5.Balm - Done     
    
OTHERS
1.Nappy Kleen - Done
2.Myk telon - Done
3.Toy
4. Towel - Done
5. Hooded towel - Done
6. Penyangkut kain utk baby - Done (JJ Sales)

MOM’S

1.Socks - Done (JJ sales)
2. Nursing bra-  Done (MomsLittleones
3. Nursing pad - 3 Done (MomsLittleones - Washable)
                     - 1 Done (Anakku - Disposible)
4. Maternity pad - Done
5.Disposable panty- Done (Pureen Sales)
6.Nipple cream- Angel Baby - Done
7. Barut 
8. Myk panas utk confinement
9. Minyak selusuh
10.Air selusuh
11.Jamu set selepas bersalin

Notakaki : Sangat penat okeh membasuh segala benda honey madu semalam dan sudah belikan almari kecik & comel baru berwarna putih untuk honey madu...hehehehehe:P 

Psst !!!!!!!!!: Hari yang sama ada game bola tampar okeh makanya aku tak dapat nak g nak menyokong sahabat2 aku tu :) & skuad kami (BPP&U2) jd juara okeh!!!!!!!tahniah u all's.....bertambah2la pingat emas untuk pasukan kita....hehehehehe :P

Friday, November 12, 2010

Check Up Honey Madu Masuk Trismeter ke-3 # 4rd Tyme =), Anytime boleh bersalin :P



Tarikh Check Up : 12 November 2010 (11.00 pagi)
Doktor : Dr. Norkedah
Kandungan : Dekat 9 bulan ( Doktor kata anytyme boleh bersalin)
Berat Honey Madu : 2.6 kg (Doktor kata kecik je baby, nada mcm perli aku ok!!!)
Berat Mama Honey Madu :Naik, naik dan naik (Cepatlah bersalin sebelum kegemukkan ni melampaui batasan :P)
Next Check Up : 26 Nov 2010 (Maybe it's my last check up coz due date maybe 03 Disember 2010)


~ Oleh ini, sy mengumumkan bahawa saya akan/boleh pakai baju kebaya ini selepas bersalin :P ~

Tadi masa sebelum g check up berdebar2 je hati ni, Serius perasaan aku mula bercampur2 bila ingatkan nak dekat2 tarikh bersalin, menghitung minggu je.....manalah tau kena tahan wad ke tapi alhamdulillah doktor norkedah kata takde tanda2 nak bersalin lagi tapi peluang nak bersalin akan wujud bila-bila masa =) honey madu tak sabar2 nak muncul di dunia ni =).....

So doktor ada bagitahu hubby aku antara tanda2 nak bersalin :-
1.Pecah air ketumban
2.Keluar lendir bercampur darah
3.Perot mengeras dan sakit berkerapan selama setengah jam sekali

Doktor pun dah bg surat permohonan GL, so nanti suh laki aku bg kat HR dan nak suh dia apply atas nama dia...so bila dah ada GL boleh la simpan dlm kereta untuk persediaan untuk bersalin pada bila-bila masa sahaja :)...jadi kawan2 semua doakan saya selamat ye harapnya nak2 minggu depan nak menyambut raya aidiladha di kampung suami aku di pahang =)....


Notakaki : Moga masih sempat nak meraikan majlis potong jambul arriana yasmin nanti harapnya :)

Thursday, November 11, 2010

Cuti2 Sakan Gila Kentang Deepavali With Honey Madu#Part 2 - Penang :P# edisi sambungan.......


Cuti2 Sakan Gila Kentang Deepavali With Honey Madu#Part 2 - Penang :P# edisi sambungan  cuti2 deepavali di penang.......edisi sambungan???hehehehehe:P

Malam tu kitaorg bershopping2 di batu feringgi, kan aku ckp dulu batu feringgi bila malam sangat havoc mengalahkan bukit bintang....sangat happening ok!....g market dia pun best2, tapi tak la jalan sepanjang malam, aku masih sedar diri tahap kebesaran perot aku ini...hehehehehehe....kat batu feringgi tu barang2 dia lebih kurang mcm kat petaling street tu, barang jenama yang local tu banyak la....

~ JALAN2 DI BATU FERRINGI ~ 


~ Kat sini banyak jual gelang2 & cincin2 batu yang gedik2 tu :P ~


~ Anak dara ini pilih gelang gedik ini okeh :) ~


~ Kemeriahan night market di sini ~


~ Kedai yang menarik perhatian :P ~


~ Jam ben 10 untuk kimot, gelang dan cekak gedik untuk yasmin ~


~ Tempat jual cd yang termurah di m'sia...hehehehehe:P ~

Lepas keletihan bershopping & mencuci mata di batu ferringi makanya perot kami sekeluarga sudah lapar...mana tak nya jam sudah menunjukkan pukul 9.00 mlm okeh....nak cari makanan terbaik di penang dan kembali pulang ke KK sbb mesti smpi KK tgh malam, kesian plak para driver yang keletihan  & kelesuan kalau masih nak berjalan. & esok pagi nak kena bgn awal lagi nak berjalan ke cameron highland:)....lagipun cukup puas hati la g penang hari tu...sakan betul jalan di sana :P.......tq aik :)

~ MAKAN MALAM DENGAN MAKANAN TERBAIK ORG PENANG ~ 


~ Pasembor yang terangkat :P ~


~ Tgk, menggunung ambik pasembor...penjual dia sangat best ok....siap nyanyi2 masa potong pasembor ni :P ~


~ Char Kway Teow pun bestkan ~


~ Dah kenyang jd haruslah balik ke KK...habis makan pun dah kul 11.00 mlm okeh ~

Notakaki : Akibat bercuti2 sakan ni sangat seronok, kami sekeluarga maybe akan plan  g bercuti2 sakan lagi & kena tunggu honey madu lahirla kan....sangat seronok okeh bercuti2 bersama keluarga, sangat meriah seh!!!!

Wednesday, November 10, 2010

Hadiah hari jadi lagi???...Pandainya auntie2 honey madu ni :P

Kelmarin auntie lin datang umah aku....dia kata nak turun, aku pun kata ok, lagipun nak bg ole2 manis kat dia..hehehehehe:)..rupa2nya dia nak bg hadiah buffday...dari dia & auntie yan...TQ alot la you all!!!! =P...laki aku siap ckp "dah tua2 pun diorg bg hadiah lagi"....hello!ini tradisi nenek moyang kami ok!.hahahahahahahaha...kebiasaan aku,lin & yan akan memberi hadiah pada hari jadi masing2...cuma tahun ni tak dan nak celebrate atas kekangan masa ngan aina, timah & linda...sbb ngan budak2 ni pun akan dihidangi ngan kek buffday kalau buffday masing2 ....:P

Laki aku yang sibuk2 suh bukak & nak tgkp gmbr sbb dia tahu bini dia ni sangat minat tgkp gmbr dan mengabdikan di dlm blog :P(Tq awak kerana so memahami apa yang sy minat :P) 

Nak tgk hadiahnya :P ????
-
-
-
-
-
-
-

~ Jari-jemari yang mula mengembang :P ~
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

 ~ Tada, pandai mereka2 ni...2 in 1 hadiah buffday aku ye :P, tq alot kawan2....~

Notakaki : Walaupun hadiah telah diberi namun tiada pengecualian untuk melihat aku semasa bersalin nanti ye :P

Selamat Pengantin Baru :)


Nak wish selamat pengantin baru kat Kak Sue, moga perkahwinan akak hingga ke akhir hayat dan senantiasa sabar & redha dengan dugaan alam perkahwinan ini ok :)...sorry sangat tak dapat nak datang sebab ada urusan keluarga masa wedding akak tu  la :)


~ Kak sue, dress sgt cntik & akak kelihatan cantik bangat okeh!!!!!!!!...i like...pza memang suka bile sanding2 ni  pakai dress moden macam gituw, teringat plak pza tyme sanding dulu...ahaks! ~

Then kak sue kata pasni akan alami PJJ kan (Perkahwinan Jarak Jauh)....Pza ada terbaca dalam satu blogger pasal tips ni pasal PJJ....sangat2 berguna akak yang PJJ dan ini dan juga pada yang dah berkahwin juga.....Tipsnya adalah????

-
-
-
-
-
-
-
-
-


JANGAN AMALKAN SEBARANG TIPS!!!!!!!!

INI KERANA JIKA MENGAMALKAN SEBARANG TIPS HIDUP KITA AKAN TERKONGKONG!DALAM BAB HATI & PERASAAN MANA BOLEH DIKONGKONG BEB!BE NATURAL JE OK!MANA BOLEH DIPAKSA, SEMUA PUN DATANG DARI DIRI SENDIRI JUGAK KAN????SO JADILAH DIRI SENDIRI...LAGI TIPS YANG TERBAIK BUKAN????:P


Notakaki : Sangat berguna tips di atas kak, tak yah nak guna tips2 ni....yang peting "kerjasama":P.hahahaha(acah je)...yang penting kita fahami apa yang dibacakan oleh tok kadi masa nikah tu.

Thursday, November 4, 2010

Tips Mudah Bersalin :P


Morning semua!!!....sekarang kandungan aku kira peringkat2 dah boleh nak bersalin la, hehehehehehe...so sekrg kena la rajin search2 mana2 blog yang ada tips yang memudahkan proses bersalin...antaranya :P

Tip mudah bersalin

"1. Selepas 7 bulan banyakkan berjalan. Saya ketika kerja dulu, akan naik tangga ke pejabat di tingkat 2(atau tingkat 3). Jarang naik lif. Semakin hampir tarikh bersalin, saya akan kerap berjalan. Namun untuk keadaan tertentu seperti uri di bawah, kerap berlaku kontraksi atau berlaku pendarahan, jangan banyak berjalan. Jangan juga lakukan terlalu awal sebelum 4 bulan.

2. Jaga makanan. Elak makanan yang tidak menyenangkan perut seperti makanan pedas atau terlalu manis ketika hampir bersalin. Ketidakselesaan ini mengganggu proses bersalin.

3. Ketika menunggu dalam bilik bersalin, jangan berbaring. Duduk. Saya sendiri masa anak sulung berbaring, dan mengalami sakit. Untuk kali ke-2 saya baca tip-tip, dan salah satunya adalah jangan baring. Untuk bersalin seterusnya saya berjalan-jalan dalam bilik bersalin. Bila tidak larat berjalan saya akan duduk. Baca tip mengurangkan sakit.

4. Berbincang dengan doktor cara mengurangkan sakit. Apa yang boleh diambil seperti ubat tahan sakit dan lain-lain. Semasa anak sulung saya memang mengambil ubat tahan sakit, untuk anak seterusnya saya tidak mengambil sebarang ubat dengan teknik yang betul mengatasi sakit secara fizikal.

5. Baca ayat-ayat Al-Quran seperti 3 Qul dan ayat kursi. Si suami pula boleh bacakan Yassin untuk mengurangkan kesakitan.

6. Berborak-borak dengan teman samada ibu atau suami(jika dibenarkan masuk ke bilik bersalin). Ini akan mengalih tumpuan dari sakit tadi.

7. Penting mempelajari teknik bersalin yang betul, dapat elak berada lama di bilik bersalin dan meneran dengan lama. Ini boleh menyebabkan keletihan dan kehabisan tenaga untuk meneran.

8. Pengalaman saya, memang sakit ketika bersalin. Namun sakit tiba-tiba hilang ketika pertama kali melihat bayi saya. Dan ketika itu juga terasa mampu lagi untuk bersalin untuk seterusnya. Lupa rasanya sakit bersalin itu."


Ok!....bila baca tips2 di atas ternyata, aku tak salah kalau berjalan2 di shopping kompleks  sebabnya kan salah satu treatment untuk memudahkan bersalin :)

Selain itu, kerja aku sekarang boleh dijadikan treatment jugak!mana tak nya mak sarat2 pun rajin nak site visit....kalau setakat 1, 2 tempat sehari mak larat la...kalau dah bertempat2 aku undur diri la gamaknya...:P


~ Hahahahaha, lucu la gambar site visit ni...kak reen ni perli aku sbb suka sgt tangkap gambar kan :P ~


Today ada majlis perletakkan batu asas kat jinjang, actually we all harus g tapi mak dah tak larat la nak g :P

Notakaki : Esok nak cuti2 depavali kat perak...jalan2 family aje....harap2 dapatlah makan nasi ayam RHB kat IPOH ma!!!!!!!!!!!!!!!!