Morning semua!!!....sekarang kandungan aku kira peringkat2 dah boleh nak bersalin la, hehehehehehe...so sekrg kena la rajin search2 mana2 blog yang ada tips yang memudahkan proses bersalin...antaranya :P
Tip mudah bersalin
"1. Selepas 7 bulan banyakkan berjalan. Saya ketika kerja dulu, akan naik tangga ke pejabat di tingkat 2(atau tingkat 3). Jarang naik lif. Semakin hampir tarikh bersalin, saya akan kerap berjalan. Namun untuk keadaan tertentu seperti uri di bawah, kerap berlaku kontraksi atau berlaku pendarahan, jangan banyak berjalan. Jangan juga lakukan terlalu awal sebelum 4 bulan.
2. Jaga makanan. Elak makanan yang tidak menyenangkan perut seperti makanan pedas atau terlalu manis ketika hampir bersalin. Ketidakselesaan ini mengganggu proses bersalin.
3. Ketika menunggu dalam bilik bersalin, jangan berbaring. Duduk. Saya sendiri masa anak sulung berbaring, dan mengalami sakit. Untuk kali ke-2 saya baca tip-tip, dan salah satunya adalah jangan baring. Untuk bersalin seterusnya saya berjalan-jalan dalam bilik bersalin. Bila tidak larat berjalan saya akan duduk. Baca tip mengurangkan sakit.
4. Berbincang dengan doktor cara mengurangkan sakit. Apa yang boleh diambil seperti ubat tahan sakit dan lain-lain. Semasa anak sulung saya memang mengambil ubat tahan sakit, untuk anak seterusnya saya tidak mengambil sebarang ubat dengan teknik yang betul mengatasi sakit secara fizikal.
5. Baca ayat-ayat Al-Quran seperti 3 Qul dan ayat kursi. Si suami pula boleh bacakan Yassin untuk mengurangkan kesakitan.
6. Berborak-borak dengan teman samada ibu atau suami(jika dibenarkan masuk ke bilik bersalin). Ini akan mengalih tumpuan dari sakit tadi.
7. Penting mempelajari teknik bersalin yang betul, dapat elak berada lama di bilik bersalin dan meneran dengan lama. Ini boleh menyebabkan keletihan dan kehabisan tenaga untuk meneran.
8. Pengalaman saya, memang sakit ketika bersalin. Namun sakit tiba-tiba hilang ketika pertama kali melihat bayi saya. Dan ketika itu juga terasa mampu lagi untuk bersalin untuk seterusnya. Lupa rasanya sakit bersalin itu."
Ok!....bila baca tips2 di atas ternyata, aku tak salah kalau berjalan2 di shopping kompleks sebabnya kan salah satu treatment untuk memudahkan bersalin :)
Selain itu, kerja aku sekarang boleh dijadikan treatment jugak!mana tak nya mak sarat2 pun rajin nak site visit....kalau setakat 1, 2 tempat sehari mak larat la...kalau dah bertempat2 aku undur diri la gamaknya...:P
~ Hahahahaha, lucu la gambar site visit ni...kak reen ni perli aku sbb suka sgt tangkap gambar kan :P ~
Today ada majlis perletakkan batu asas kat jinjang, actually we all harus g tapi mak dah tak larat la nak g :P
Notakaki : Esok nak cuti2 depavali kat perak...jalan2 family aje....harap2 dapatlah makan nasi ayam RHB kat IPOH ma!!!!!!!!!!!!!!!!
tapau tok aku k
ReplyDelete