Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 30, 2010

Tahun 2011, Tutup buku lama, buka buku baru???Owh tidak aku tak akn tutup aku nak simpan je :P


Kalau ikut calender barat masih ada lagi 2 hari je nak masuk tahun 2011....setiap kali tahun baru mesti ada azam baru...normal la tu bagi setiap orang kan???Ada jugak kata tutup buka lama buka buku baru...tapi aku tak nak tutup buku 2010, aku nak simpan elok2 agar boleh tatapnya sebagai kenangan & pengajaran dalam hidup aku ni...

Setiap orang mesti ada pencapaian peribadi dia kan, begitu juga aku....aku merasakan tahun 2010 banyak pencapaian peribadi yang aku perolehi dri sudut kerjaya, personal & juga keluarga.....boleh katakan "PERFECT  2010"....mana ada dlm dunia ni perfect???tapi perfect bagi aku adalah bersyukur dengan apa yang kita perolehi sekrang & cuba untuk menjadi yang terbaik =)

OK!bercakap pasal azam 2011 aku ni, actually banyak dalam list aku ni....erm adakah azam nak kurus??owh tidak, susah nak berazam macam tu...hehehehe:P
1. Berazam untuk menjadi khalifah yang lebih baik kepada TuhanNya..
2. Berazam untuk menjadi seorang Isteri yang lebih solehah & menyokong kerjaya suaminya....
3. Berazam untuk menjadi seorang Ibu yang sempurna untuk anaknya...
4. Berazam untuk menjadi seorang anak yeng lebih solehah & sentiasa berbakti untuk dia.....
5. Berazam untuk menjadikan sebuah keluarga yang lebih erat ......
6. Berazam untuk menjadi seorang pekerja yang lebih komitet & berdedikasi...
7. Berazam untuk menjadi saudara islam yang lebih baik & disenangi oleh saudara2 yang lain....
8. Berazam untuk memperbaiki hidup yang lebih baik & lebih tenang dengan lengkapnya hidup sebuah keluarga yang dimiliki sekarang...


Itu jela list untuk azam aku untuk tahun depan yang ada dlm otak aku buat masa ni, harap2 semuanya dapat aku buat untuk tahun 2011, AMIN =)

Notakaki : Tahun 2011 akan aku buka entry dengan cerita yang sangat menggembirakan kami sekeluarga & impian yang telah tercapai di saat2 akhir tahun 2010 ini, AMIN atas rezeki mu ini Ya Allah :)

Wednesday, December 29, 2010

Anak lelaki Wan Mohd Sanusi =)


Masuk Hari ke-27 aku berpantang, meniti saat2 berpantang dengan rasa sabar, gelak tawa & cembeng bersama-sama anak lelaki kepada Wan Mohd Sanusi =)


~ Dengan rasa penuh kesabaran saya berpantang dengan anak lelaki kamu sayang (thanks pada awak kerana bersama-sama sy menjaganya  & memahami situasi hati ini semasa hati tak menentu sewaktu awal berpantang) :P & tak lupa pd nenek kamu khalish :)   ~
;

Sapa lagi kalau bukan bersama-sama Wan Khalish Haikal :)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


~ Hati riang bila menatap aksi2nya :) ~

Notakaki : Sekarang bila tengok kat paper pasal buang anak pun boleh menitik air mata....betapa sucinya dan cukup menyayat hati bayi tak bersalah tu.....

Tuesday, December 28, 2010

Posisi nyenyaknya tidur si Khalish......


"Haikal skrg dah pandai buat akal" : Kata nenek =)

Mana tak nya skrg dia pandai dera mama dia, dia nak tdo pun nak berdodoi bagai...bila letak pandai buka mata....sangat!!!

Tengok jelah dia  tak lena tdo bila diletakkan selepas menyusu...



~ Mula2 dia buat2 mamai, pastu dia melalak =) ~


~ Kalau letak kat sini lagi segar mata dia :) ~

Rupa2 nya dia akan nyenyak tdo kalau dibuat macam ni :P

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


~ Tengok!nyenyak tdo si kecil ini bila posisi dierengkan :P ~
Notakaki : Khalish dah makin berisi :)

Saturday, December 25, 2010

Sangat mendukacitakan =(


Hari ini 25 Disember 2010....hari ke-22 aku berpantang....

Hari yang agak mendukacitakan atas 2 sbb :-

Sebab pertama :-

My Bestfriends kat PUO bertunang hari ini, sapa lagi kalau bukan "Cik Faatimah Zahra"!!!!!!!!!!!!!!!!!...owh timah mula2 kamu kata nak bertunang, sangat menerujakan & memeranjatkan....dalam diam2 ye, bagus2, i like =)....diam lagi bagus dari bercakap benda yang mengarut & kelaut2.......tapi yang mendukacitakan aku tak dapat nak duk seblah kau teman kan kau disarungkan cincin oleh ibu mertuamu...hahahahahaha, selamat menjadi tunangan org ye :).....apa pun cik tim, kau kahwin aku mesti datang & aina sila pastikan dan rancang agar tak beranak masa tu okeh :P


~ U look gorjes dear!, nice gile baju tu...tq cik panjang coz melawat td sempat bg gmbr ni =) ~


~ Tahniah timah & taufiq...so sweet u'olls, teringat plak aku tyme tunang2 dulu, heehehe tak sangka dah ada khalish, cepat2 la ye boleh bg khalish kawan :P ~

Sebab Kedua :-

Aku ditinggalkan =(....
Mereka bersuka ria di PD =(



~ Amboi korang sakan ye bermandi manda, min situ bukan swimming pool la :P ~


~ Nana tinggalkan khalish ye:( ~

Notakaki : Better jugak aku dlm pantang, kalau tak mesti dalam dilema nak pergi yang mana satu :)

Thursday, December 23, 2010

Masalah Sembelit selepas bersalin....


Masalah sembelit selepas bersalin sering dialami oleh ibu-ibu, termasuk jugak aku :)....macam2 petua aku tanya dari kakak aku suh makan buah oren/prun, kak izan plak suh beli ubat picit kat kedai ubat cina, mak mertua aku suh minum air suam dulu lepas bangun tido, suami aku plak urutkan kat bahagian betis sbb dia kata kalau sakit perot urut situ dan siap buat air penawar lagi =) & aku search kat internet untuk mengatasi masalah tersebut....ini kali pertama aku kena sembelit, sakit ya amat tak yah cakap la dicampur plak rasa ketakutan sebb takut jahitan tu menetas....rasa tak bermaya je badan ni bile dilanda sembelit....

Dipetik dari artikel my bengkung,com :-
Jika anda terus mengalami masalah usus anda selepas itu, penyebabnya adalah seperti berikut:
  • Narkotik systemic yang diambil ketika mengurangkan kesakitan semasa atau selepas bersalin boleh melambatkan sistem penghadaman anda
  • Mengalami luka pada perineum kerana buasir, episiotomi, atau terkoyak  boleh menyebabkan sembelit jika takut kesakitan pada jahitan jadi anda menahan tidak membuang najis.
Kebanyakan sembelit akan hilang dalam beberapa hari jika anda mengambil langkah- langkah berikut:
  • Tidak membiarkan keinginan untuk membuang walau anda berasa tidak selesa untuk beberapa kali yang pertama. Lagi lama anda tunggu, lagi keras najis itu dan menyebabkan sakit yang lebih buruk.
  • Makan makanan yang tinggi fiber seperti bijiran ‘whole grain’, roti ‘whole grain’ dan buah-buahan segar dan sayur-sayuran setiap hari.
  • Minum banyak air - sekurang-kurangnya 6 – 8 gelas air sehari.(lebih air diperlukan jika anda menyusu badan). 1 gelas jus buah-buahan sehari terutama jus prun. Setengah orang mendapati memulakan pagi dengan  meminum air suam pada setiap hari turut membantu.
  • Berjalan-jalan, mungkin sakit pada mulanya terutama yang menjalani pembedahan atau episiotomi, tetapi pergerakan yang sedikit dapat membantu pergerakan usus anda.
  • Tanyalah doktor jika anda memerlukan ubat untuk melembutkan najis. Ia juga patut anda lakukan jika anda mengalami buasir atau anda mengambil pil yang mengandungi zat besi yang tinggi untuk anemia atau narkotif untuk melegakan kesakitan kerana sembelit juga boleh berpunca dari kesan ubat-ubatan ini.

Notakaki : Sila amalkan meminum air suam bagi mengelakkan sembelit dan juga untuk menjaga badan :)

44 hari perpantang....


Hari ini masuk 20 hari aku berpantang..berpantang dengan memakan jamu, memakai pilis, param, barut berubat & bengkung, memakan makanan sup2 tanpa bergoreng2 & ais batu, bermandi dengan mandian daun2 hijau, apapun yipee!!!!!!!!!!!!!!.....tinggal 24 hari je lagi Pn. Pza....harap bersabar la ye dengan semua pantang larang di atas...hehehehe=)

Berat badan?uh biarlah rahsia buat masa ini...hehehehehehe, harap dapat turunkan berat badan yang diimpikan pada hari ke-44 =)....



~ khalish pada hari ke-20  ~


NotaKaki : Result PMR dah keluar today...alhamdulillah, pak usu khalish dapat result yang agak baik!!!tahniah syafiq!!!..nanti bila khalish & mama khalish dah habis pantang, we all belanja makan besar kat luar ye :)

Psst => : weekend ni adik beradik, ipar2 & anak buah aku nak berhola2 di PD, memandangkan aku ngah berpantang (dengan nada bengang) dengan mak2 aku tak dapat nak ikut..sian mak, nanti kita plak g hola2 ye :P

Tuesday, December 21, 2010

Air Longan Kering Alternatif termurah untuk banyakkan susu ibu


Actually aku dengar pasal benda ni masa angah aku ngah berpantang, dia suruh carikan longan kering...puas aku & laki aku carikan kat giant tapi takde  jual kat situ, tgk2 supermarket la kalau ada, adalah.....rupanya kakak office aku kata jual banyak kat kedai ubat cina...apa lagi masa hari aku  berpantang kt umah aku suh laki aku beli, tak mahal sekilo around RM48.00 tapi boleh banyak kali minum.....

~ ini longan kering yang belum direbus ~


~ Ini la air longan kering yang dah direbus, cuci dulu ye longan kering tu ~

Air longan kering ni rasa dia macam air buah mata kucing....mula2 aku minum sekali, hasilnya memang baik, susu memang boleh tahan banyak....kalau nak banyakkan susu sangat2 kena rajin minumla, minum waktu pagi, petang & malam.....khalish sangat kuat menyusu, every 2 hours memang dia akan bangun mintak susu...so aku kena la cari cara nak banyakkan susu...alhamdulillah longan kering ni pun dah cukup nak banyakkan susu buat masa ni...
Bagi ibu-ibu yang nak cuba, boleh cuba...hasilnya sangat berbaloi dengan kos yang dikeluarkan....dah ianya pun diperbuat daripada buah2an...sangat bagus bukan...
Notakaki : Sharing Is Caring

Monday, December 20, 2010

Pabila Wan Khalish Haikal dibotakkan =)

 

Bila nak update je, khalish mintak susu....khalish sangat kuat menyusu, every 2 hours kadang2 1 hours pun ada mintak susu...kalau lambat je mula la dia mengamuk2....hehehehehe=)

Khalish dah masuk 17 hari, sunatnya adalah mencukur rambut pada hari ketujuh, tapi tak dan.....tapi khalish dah cukur rambut, habis licin kepala dia...hehehehe


~ Makin bambam bila botakkan rambut, tgk sarung tgn pun muat2 muatan je dah khalish sayang :) ~

MASA, tolanglah berlalu dengan pantas....alangkah bosan nya berpantang......hehehehe....khalish tak sabar2 nak berjalan2 & bershopping2 dengan mama...hahahahahaha...


~ TQ alot kat mak long, pak long, mak ngah & pak ngah coz bagi hadiah sweet ni kat khalish, ni buat makin tak sabar mahu bersiar2 ni =)


Notakaki : Wan Khalish Haikal sekeluarga nak ucapkan terima kasih teramat sangat pada yang melawat khalish, memberi hadiah, angpaw dan ucapan kelahiran pada khalish =) ....

Friday, December 17, 2010

Khalish kena demam kuning @ Jaundis


Erm , kelmarin khalish g check up....mesti pelik kan bukan cukup sebulan lagi kan nak g cucuk...khalish bukan  cucuk tapi g check up jaundis nya....alhamdulillah takde pe dan paling menarik khalish dah semangat, 3.77kg!!!!!!!!!!......terkejut mama khalish dah semangat sangat ni, alhamdulillah ya allah =)

05 Disember 2010 ( Hari Ke-3)

Aku dan khalish boleh discharge dihospital....3H2M jugak kami sekeluarga berkampung dihospital....

06 Disember 2010 (Hari Ke-4 )

Hubby aku pergi report kelahiran khalish kat klinik kerajaan ibu & anak....once bila kita dah report, nurse akan datang ke rumah untuk lihat ibu&anak...sangat bagus bukan.....nurse datang check aku dah ok, tapi khalish dia kata kena kuning so kena refer hospital......

Jadi kami membawa khalish ke hospital, bacaan jaundis nya 12.6, kesian khalish ngagis2 kena cucuk kat hujung jari kaki, aku maintain padahal nak ngagis tgk khalish tak sihat =(....doctor kata tak tahan pun takpe, tapi better tahan sebab takut naik....pastu nurse kata anak awak kena tahan wad....tibe2 air mata keibuan ni jatuh melimpah2 depan kaunter pendaftaran tu.....sedih la, anak sulong..berjurai2 air mata ni masa menyusu kan khalish kat  nursery sebelum balik tinggalkan khalish sorang2 & dia seakan2 paham tgk mama dia sedih nak tinggalkan dia =(, smpi kan nurse kat situ kata jgn la ngagis kak...siap pesan kat laki aku jgn bg stress...huhuhuhu...sedih la, kena tinggal pastu kena balut bawah lampu tu takpelah untuk kesihatan dia jugak...at least aku kena bersyukur, tgk baby lain ada lagi terok....masalah jantung la, otot la....kesian sgt tgk baby2 tu..

Masa tu takde beli lagi set breastpump lagi, cuma beli botol untuk simpan susu, boleh tak?hehehe....manual pun tak beli, elektrik pun tak beli...nasib la angah punya penyelamat keadaan....malam tu aku berusaha pump susu untuk si khalish.....so boleh papa dia hantarkan susu untuk dia minum....tu la 1st tyme aku pump susu, macam tak sangka susu boleh sebanyk tu untuk perahan pertama....mungkin otak aku terlalu pk kan khalish.....tengah2 pump pun boleh menangis....


~ TQ angah sebab bg pinjam & ajarkan pakai breastpump ni, sangat brjasa ok ! ~


  ~ Alhamdulillah ya allah yg permudahkan segala urusanku ~

Sepanjang 3H2M jugak la papa ke hospital ulang alik bagi stok susu kat khalish, dan mamanya akan bagi BF pagi tengah hari.....

08 Disember 2010 (Hari ke-6)

Bacaan jaundis khalish dah turun 10.4, maka khalish dah dibenarkan balik...alhamdulillah, seronok sangat...nurse kata kea banyak BF kat khalish untuk turunkan lagi kuning dia tu...

15 Disember 2010 (Hari ke-13)

Alhamdulillah, khalish dah makin sihat, harap2 tak berbalik kuningnya...3.77kg sekarang berbanding ketika lahir 2.98kg =)


Notakaki : Setelah menjadi ibu, baru la tahu bagaimana betapa sayangnya ibu kepada anaknya....betapa berbagai dugaan perlu ditempuhi selepas ini....

Wednesday, December 15, 2010

Khalish dengan "rompers" nya :P



Sementara tunggu papa balik untuk ambik mama & khalish ke hospital untuk  follow up cek up, actually banyak cite nak update, tapi masa takde nak mengupdate cite2.....

Khalish dah muat pakai rompers, cepat betul membesar ini budak :)


~ Khalish dengan "rompers" nya, cute nya anak mama :) ~


~ Nanti khalish dah besar cikit boleh pakai rompers yang pak ngah bagi :), tq pak ngah :) ~


~ dan rompers dari uncle din & auntie ros :) ~

Notakaki : Ada masa nanti banyak cite khalish nak update :)

Friday, December 10, 2010

Detik 3.00 P.M pada 03 Disember 2010 :)


Rasa agak lama tak update blog, tak macam di hari2 menanti kehadiran Wan Khalish Haikal, mesti ada je benda nak di update....maklumlah, commitment sekarang lebih pada khalish dan alhamdulillah aku mampu untuk fully breastfeading buat masa ni.....

Banyak al-kisah nak di update cuma tak berkesempatan je.....

Wan Khalish Haikal permata hati aku yang pertama, makanya takde pengalaman langsung kami suami isteri macm ne pengalaman saat melahirkan, tapi pengalaman ini adalah pengalaman paling manis dalam hidup aku, takde pengalaman lain dapat mengatasi pengalaman saat melahirkan.....

Ingat tak entry masa aku buat C.T.G Scan ni?, tak terdetik pun aku akan melahirkan khalish keesokkan harinya....

02 Disember 2010 - Malam tu aku dah mula sakit2 perot, memang aku tak boleh nak tdo langsung sampi ke suboh tu....
03 Disember 2010 

0600 Pagi - Subuh2 tu aku tgk dah ada lendir bercampur darah, mak aku kata tanda la tu....terus laki aku bersiap nak hantar ke hospital....lepas dan sempat makan nasi lemak pagi tu sebelum pergi ke pusrawi sebab tak rasa sakit sangat lagi pun =)

0730 pagi - daftar di emergency hospital pusrawi dan cakap tanda2 nak bersalin, then aku ditolak dengan kerusi roda dan terus masuk ke wad bersalin.....nurse datang untuk check  bukaan (sakit & terkejut) dan dia kata dah buka 3cm!!...aku terus rasa takut tapi masih tak sakit....laki aku suruh relax...hohoho...ms tu dia boleh cakap macam tu...hehehehe

0900 Pagi - Doktor Norkedah masuk untuk check aku dan dah buka 4cm dan dia kata nak pecahkan air ketuban & masukkan ubat untuk galakkan contraction....ok! lepas tu sangat sakit, dia kata anak 1st akan ambik masa mungkin malam baru bersalin.....mula2 contaction tu 15 min then contraction balik....aku asyik mengadu ngan laki aku cakap sakit2...doktor & nurse tak habis2 kata ambik epidural....tapi aku tahan sakit ni tak nak seboleh2 ambik epidural....

11.30 Pagi - Nurse tukar air, kali ni makin kerap contraction, ya allah tuhan je tahu mcm ne sakitnya, macam2 doa dan surah diajar oleh suami aku sambil urut2 belakang....nurse kata memang sakit sebab baby nak cari jalan..dalam hati aku terfikir mcm ne nak tahan sampai malam....

1.00 ptg - Aku sangat sakit dan mintak laki aku tanya nurse dah buka bpe cm, dan nurse kata dah buka 6cm....dia mula aku bagi gas, sedut kalau tak tahan sakit....aku mula sedut gas tu...aku ternampak sekilas pandang laki sedih melihat aku dalam kesakitan mcm tu...

2.00 ptg - Aku mula rasa macam nak berak & suh panggil nurse...dan nurse kata dah buka 8 cm dan dia ngah sediakan peralatan untuk bersalin dan panggil Dr. Norkedah.... doctor & nurse mengajar aku cara push dan bermula la untuk push...maklumlah anak sulong, aku tak pandai push, tanggan laki aku genggam kuat2.....push dengan bantuan suami tercinta, doctor dan nurse...alhamdulillah berjaya dikeluarkan secara normal...

3.00 ptg - Nurse angkat & tunjuk kat aku jantina baby tu dan hanya airmata sahaja dapat aku sambut ketika itu....hilang segala sakit selepas melihat anak kecil yang suci itu....alhamdulillah ya allah...syukur dengan anugerah mu yang tak terhingga nak di ungkap dengan kata2...cukup besar nikmat yang diberiMu...Dia ambik baby balutkan dan bagi papanya mengazankan....alhamdulillah....


~ Syukur alhamdulillah Ya Allah ~

NotaKaki : Detik 03 Disember 2010 masih tak dapat kami suami isteri lupakan, masih lagi teringat2 sampai sekarang....terima kasih pada suami kerana berada di sisi  dari mula hingga bersalin ketika itu...=)

Monday, December 6, 2010

KebesaranMu....Alhamdulillah =)


Syukur kepadaNya......

Aku Selamat melahirkan anak lelaki dengan berat 2.98kg pada 03122010 yang lalu di Hospital Pusrawi dengan selamatnya....

KebesaranMu yang aku sambut dengan air mata kesyukuran ya allah, Alhamdulillah :)

Permata hati kami ~ Honey Madu ~

Wan Khalish Haikal Bin Wan Mohd Sanusi



Note Kaki : Terima Kasih pada semua.......Will Update soon &
to becontinue.........................................

Thursday, December 2, 2010

C.T.G Scan:)


Aku dah mula MC today....sebab due date untuk bersalin esok je, jadi mahu berehat2 sementara ini kan, kang bila honey madu dah kuar pasti kena berjaga siang & malam kan :P....hehehehehe...alasan kot :)...

Tadi g check up untuk buat CTG scan, aku pun tak tahu sangat benda ni..dengar2 dari orang2 yang dah bersalin kat office tu je...rupanya dia macam alat untuk dengar nadi bayi dan tgk hasilnya sama ada dah ada contraction ke belum & akan tentukan aku boleh bersalin ke belum....alat dia macam bawah ni...ni la hasil CTG scan aku tadi...

 

~ Lama jugak CTG scan ni & kami sangat teruja dengar denyutan baby yang sangat kuat tadi, masanya dalam 45 minit ok ~


Hasil dari CTG scan tu, doctor kata :-

"elok je lagi denyutan & x de contruction lagi pun buat masa ni...kalau tak rasa sakit lagi isnin ni masuk wad...."


Hasil dari scan baby hari ini, doctor kata lagi :-
" Relax je baby ni masih baring2, takde tanda nak keluar...dia pun tahu hura hara kat dunia luar tu :)" 


Notakaki : Makanya hari isnin ni nak tak nak kena masuk wad kalau takde tanda nak bersalin dalam masa 4 hari ini, jd honey madu sayang sila la rajin mencari jalan keluar sebelum kena paksa bersalin plak dengan doktor okeh!!!jgn nak malas2 dan bersenang lenag dalam perot mama kamu ni okeh sbb kamu dah cukup bulan dan dalam perot mama ni :)

Wednesday, December 1, 2010

Jom Tukar "Blog Title" & "Blog Description" :P


Mood nak bersalin ni membuat kan aku nak tukar Blog title & Blog Description la....dulu "Just Me", masa kahwin tak tertukar2 blog title tu dr zaman anak dara...skrg nak tukar la sebab dah ada suami & dan bakal timang anak kan, so nak tukar ke title yang baru la, tapi buat masa ni idea sangat ketandusan wah, so gunakan blog title ni dulu kan " Puan Pza Blog" ......baru sesuai sikit deh :P


~ Pastu tepek gambar aku yang tgk ditata hias lawa ni, bila la nak make up2 mcm ni kan :P~

Notakaki : Nanti akan pk kan blog title yang lebih sesuai :P