Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 23, 2010

Masalah Sembelit selepas bersalin....


Masalah sembelit selepas bersalin sering dialami oleh ibu-ibu, termasuk jugak aku :)....macam2 petua aku tanya dari kakak aku suh makan buah oren/prun, kak izan plak suh beli ubat picit kat kedai ubat cina, mak mertua aku suh minum air suam dulu lepas bangun tido, suami aku plak urutkan kat bahagian betis sbb dia kata kalau sakit perot urut situ dan siap buat air penawar lagi =) & aku search kat internet untuk mengatasi masalah tersebut....ini kali pertama aku kena sembelit, sakit ya amat tak yah cakap la dicampur plak rasa ketakutan sebb takut jahitan tu menetas....rasa tak bermaya je badan ni bile dilanda sembelit....

Dipetik dari artikel my bengkung,com :-
Jika anda terus mengalami masalah usus anda selepas itu, penyebabnya adalah seperti berikut:
  • Narkotik systemic yang diambil ketika mengurangkan kesakitan semasa atau selepas bersalin boleh melambatkan sistem penghadaman anda
  • Mengalami luka pada perineum kerana buasir, episiotomi, atau terkoyak  boleh menyebabkan sembelit jika takut kesakitan pada jahitan jadi anda menahan tidak membuang najis.
Kebanyakan sembelit akan hilang dalam beberapa hari jika anda mengambil langkah- langkah berikut:
  • Tidak membiarkan keinginan untuk membuang walau anda berasa tidak selesa untuk beberapa kali yang pertama. Lagi lama anda tunggu, lagi keras najis itu dan menyebabkan sakit yang lebih buruk.
  • Makan makanan yang tinggi fiber seperti bijiran ‘whole grain’, roti ‘whole grain’ dan buah-buahan segar dan sayur-sayuran setiap hari.
  • Minum banyak air - sekurang-kurangnya 6 – 8 gelas air sehari.(lebih air diperlukan jika anda menyusu badan). 1 gelas jus buah-buahan sehari terutama jus prun. Setengah orang mendapati memulakan pagi dengan  meminum air suam pada setiap hari turut membantu.
  • Berjalan-jalan, mungkin sakit pada mulanya terutama yang menjalani pembedahan atau episiotomi, tetapi pergerakan yang sedikit dapat membantu pergerakan usus anda.
  • Tanyalah doktor jika anda memerlukan ubat untuk melembutkan najis. Ia juga patut anda lakukan jika anda mengalami buasir atau anda mengambil pil yang mengandungi zat besi yang tinggi untuk anemia atau narkotif untuk melegakan kesakitan kerana sembelit juga boleh berpunca dari kesan ubat-ubatan ini.

Notakaki : Sila amalkan meminum air suam bagi mengelakkan sembelit dan juga untuk menjaga badan :)

No comments:

Post a Comment

Tukang Komen :)