Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 14, 2013

Percutian yang tidak dirancang

Assalamualaikum...

Jumaat lepas, dapat mms dari abang joe (sepupu suami) anak buah arwah jugak yang ada di hospital dan hantar gambar arwah yang sedang tenat...pastu terus husband bagitahu yang ma col suh balik sbb dah tenat sgt, so aku pun macam tak kisah je nak temankan suami balik terengganu kesian plak dia nak drive jauh2 takde peneman...


~ Keadaan arwah jumaat lepas ~

Kami bertolak ke kt petang jumaat tu, dia ditempatkan di hospital kt. Memandangkan kami tiada saudara di KT dan kami pk senang jenguk kami sekeluarga pun menyewa di batu buruk beach resort, memandangkan adik beradik suami ramai maka dekat 7 bilik jugak la kami tempah....


~ Kalau nak stay kat besut 2 jam jugak ke KT, kang pape jadi jauh plak kan...senang stay je kt KT, nasib gilir2 drive dengan fahmi(abang sanusi) so takde la penat sangat, wife dia tak dapat ikut maklumlah paham2 la kerja swasta ni macam ne ~
 ~ Kami sampat di kt jam 12 tgh malam, kesian anak2 keletihan...jam 12 tgh malam tu pihak hospital benarkan masuk sbb dah kritikal dan lepas sarapan ingat nak g tgk tp dapat panggilan dari ma, ayah chik telah meninggal dunia ~

Jadi pagi2 tu lepas sarapan terus check-out dan bergerak ke besut untuk urusan pengebumian jenazah dan tahlil arwah ....



Alhamdulillah semuanya telah selesai, maka ari ahad tu kami sekeluarga konvoi balik ke kl, jengka, kuantan & lipis memandangkan jalan yang sama dan isnin tu kan semua dah start kerja dan sekolah...dah lama tak konvoi2 macam ni.Tapi kalau dah ke terengganu tak sah la tak singgah pasar payang & losong :P, nak2 kakak2 ipar aku pun suka shopping jugak(dah kata pun perempuan kan)
 ~ Haikal & mawar bersama sepupu mereka, nasib sepupu suami banyak yang dah besar2 so takdela penat mana jg budak2 ni sbb ada yang tukang tengok2 kan ~



~ Edisi menjamu mata ~



~ Edisi merembat batik, ada untuk aku ada jugak pesanan :P ~


 ~ Wajib beli walaupun tak banyak ~

Sampai kl dekat kul 01 pagi, basuh baju, gosok baju ding dong kul 2.30 pagi jugak tdo. Pagi ni gagahkan jugak kerja pagi ni sbb sayang sangat nak cuti sbb baru awal tahun kan...


~ Gambar kenangan arwah ayah chik bersama keluarganya, semoga rohnya dirahmatiNya, Al-Fatihah ~

 Notakaki : Copy & past dari fb farhan (sepupu hubby jugak) "kita selalu ingat yang jodoh itu rahsia Allah. Kita selalu lupa yang mati itu juga rahsia Allah... "...Al-fatihah.

No comments:

Post a Comment

Tukang Komen :)