Assalamualaikum...
Entry pertama untuk tahun 2013 :), semalam kami pergi cucuk mawar untuk 5 bulan tapi doktor terus bagi untuk 6 bulan terus, double injection la kan. Dr. kata jumpa cucuk umur setahun nanti....
Alhamdulillah berat badan dia naik la sikit, dr. kata takpe sbb dr. lata dia lasak dan aktif memang naik sikit..mana tak nye dah mula nak merangkak. Lasak tak yah cakap la :). Aku pun tak kisah sangat pasal berat badan dia asalkan dia sihat tu dah cukup membahagiakan bagi aku.
Perkembangan dalam 5 bulan ini :-
Perkembangan dalam 5 bulan ini :-
- Handal bab meniarap dan dah berbalik semula
- Pandai kedepan untuk mencapai objek yang diletakkan di hadapan
- suka didukung dan dibawa berjalan
- suka ketawa (paling suka bila papanya layan dia)
- suka bercakap(mungkin ikut gen papanya:P )
- Suka memasukkan jari dalam tangan
- suka memberikan senyuman (macam mama dia :P )
- suka bila abang dia layan dia(dari nak ngagis tak jadi ngagis kalau abangnya pujuk dia)
- Mula untuk mengangkat bontot
- Pandai buat sit-up
~ Cili padi ini budak, kecik2 tapi sangat aktif ~
~ Anak mama kali ni menangis sekejap je, sebelum ni kalu cucuk mesti nagis satu klinik dgr...tak kisah la dik mama tak kisah nak nangis kuat2 atau lama pun sbb mama tahu mesti adik sakit kan :) ~
Notakaki : Azam tahun baru????Memperbaiki azam2 dan nilai2 murni tahun sebelum2 ini kerana semua yang dihajati dah dapat, Alhamdulillah :)
No comments:
Post a Comment
Tukang Komen :)