Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 28, 2013

Duduk, Merangkak, Baring & Nenen

Assalamualaikum...




~ Mawar dah belajar duduk dah ~




~ Macho muka abang peluk adik ~




~ pandai abang jaga adik ~




~ Mawar dah pandai merangkak ~



 ~ Habis satu umah dia jelajah, memang hari2 keje vakum umah, mop umah :) ~


~ Adik jom baring dik ~


~ Pengaruh mama, adik nah tetek ...tuttttt :P ~

Notakaki : Doa ibu sentiasa ada untuk anak2 nya, Amin :)

Pak Ucu!

Assalamualaikum.....

Selasa Lepas (26 Feb) birthday adik bongsu saya, umur dia dah lapanbelas uollsss...omg!dah terunanya ko dik, arjuna gitu hakhakhak!!! :P...Boleh la dapat kunci kebebasan, hahahahaha...

Semalam makan kat pizza hut, ikut selera buzday boy la. Punyala baiknya adik aku dia mintak kfc je mula2, along aku kata "kfc jekkkkkkkk", hahahahahaha.


~ Selamat hari jd, wish addik dapat result spm best2 pastu  masuk u pastu belajar rajin2 pastu keje best2, AMin :) ~



~ Family dinner tyme ~



 ~ ANak buah nana yang comel ~


~Mari Minum ~




~ Hari meraikkan pak ucu kesayangan min, kimi, haikal, nana, harith dan mawar :)~


~ Duck face:P, muahahahaha...dia tak kasi aku masuk dlm instagram gmbr ni tapi aku masuk dlm blog sbb aku rasa chomel...:P ~


~Muah2222 ~

~Shine Bright Like A Diamond in the sky :) ~

Tuesday, February 26, 2013

Baby Learning

Assalamualakum...

Masa kini kanak2 banyak yang bijak kan sbb mungkin education banyak boleh didapati, kadang2 aku tengok haikal banyak dpat belajar benda baru kat umah pengasuh dia...

Sekarang dengan "telefon bijak" pun boleh membijakkan anak anda :P. Paling pandai main benda ini si harith, memang respect aku tengok. Terpegun dia boleh skip mainan yang dia tak suka, cari mainan baby learning ni dalam tab mak dia pastu dia boleh buat semuannya dengan relax je :P...basguihhhhh



~ Tekun je main benda ni ~




~ Jangan terlalu bagi dia main benda alah ini kerana anak anda akan jadi "anti sosial" :P ~



~ Bagusnya mainan ni, so ko kena ajar anak ko mana barang yang bentuk bulat dan masukkan dlm kotak tu ~




~ Pastu ajar dia bentuk2, mainan yang fisher price pun ada gak ni ~




~ Wah pandai anak bujang mama, sekali ajar dah cepat paham, good boy :) ~


Notakaki : Cepatnya haikal membesar, cakap pun aku dah paham....selalu gaduh manja dengan bapak dia, bahagia tengok :)

Monday, February 25, 2013

Terima Kasih yang baik hati :)

Assalamualaikum...

Semalam berjanji nak jumpa idora kat sogo sbb nak hantarkan baju peplum yang diauter dan ambik barang aku dari dia...

Sebelum tunggu dia, kami laki bini minum2 dulu kat kafe kat LG sogo tu, laki aku belikan haikal teh o ais tapi aku suh dia ambikkan tutup air tu sedang dia ambik tutup air tu mawar tercapai air tu dan tertumpah. Aku pun terus capai wrislet aku dan bawak mawar ke toilet untuk basuhkan diri...

Keluar je dari bilik air, idora pun sampai dan paling best aku lupa bawak peplum dia, so aku kata balik umah aku then aku drop dia balik kat lrt sentul...

~ Yeay jumpa mummy idora :) ~


~ Mawar seronok ~

Balik umah aku sekejap, lepak2 sbb lepas tu aku ada janji plak dengan mummy lin & mummy yan nak lunch lgpun mummy yan nak jumpa mawar...Lepas siap2 nak keluar tu aku cek2 wrislet aku takde, aku sengih lagi idora yang panik habis dan aku rasa aku tertinggal dalam toilet sogo atas tong sanitary tu masa nak bersihkan mawar....apa lagi bergegas ke sogo dengan suami & idora dah membebel2 dalam kete. fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

Sampai sogo je tanya dengan makcik jg toilet tu "ada nampak dompet warna pink tak cik", makcik tu terus jawa "makcik puas cari sapa punya, tadi ada orang jumpa & makcik dah pulangkan kat reception"..ya allah terima kasih makcik, terima kasih pada orang yang baik hati tu, sesen pun dia tak ambik dalam purse aku tu....terima kasih sangat, saya akan doakan kesejahteraan puan!!!

Last2 hantar idora balik ke sogo, lawak ok. Ok thanks jugak suami layankan si isteri punya tabiat pelupa ni :)

  
~ Alhamdulillah, masih banyak lagi orang yang ikhlas skrg :) ~

Wednesday, February 20, 2013

Berpantang anak ke-2 :)

Assalamualaikum...

Anak dah masuk 7 bulan baru nak story pasal berpantang, si aina sibuk suh aku share dalam blog, sorry aina tak sempat je...hahahahaha. Yelah ai baru je melanggar pantang minum ais, tp tak la selalu dalam seminggu ada la 2, 3 kali gagah kan aku kali ini :P, bukan apa aku ni jenis perut tebal senang buncit kalau minum ais banyak2.

Ikutkan berpantang anak ke-2 ni aku yakin nak jaga sendiri je. Lagipun mak aku keje, tak boleh nak jaga kesian plak dia nak cuti, mak mertua aku boleh je nak jaga aku masa berpantang sbb biras aku dia jugak yang jaga, tapi aku tak terbiasa la duk jauh2 dengan suami sbb aku rasa tyme pantang aku nak suami ada disisi.

Last2 suami upahkan orang jagakan aku sampai habis pantang...dia tolong mandikan baby, siapkan baby, siapkan air mandian aku, urutkan badan, bertungku, masakkan menu berpantang aku. Tq suami: ).

Kak ida la yang menjaga aku dari mula pantang sampi hari ke-36 berpantang sbb lepas tu aku duduk seminggu kat umah mak aku sbb masa tu pun raya. Penutup pantang la kena jaga betul2, so nak penutup tu mak aku jaga. Kadang2 hujung minggu mak & family aku ada dtg jagakan aku jugak, kira sabtu ahad tu kak ida tu cuti la. Tq mak, family & kak ida :)

Bila kita dijaga orang yang diupah automatik kita akan ikut ckp orang tu, ko bayangkan aku boleh gagahkan diri pakai bengkung 24 jam untuk 7 hari pertama dan buka bengkung bila nak mandi je dan hasilnya seminggu perut aku memang nampak perubahan nak2 kak ida tolak mentah2 set2 bersalin moden ni, dia tak percaya dan menggunakan kapur makan & limau untuk disapukan di perut aku, owh yeh hati gembira perut nampak perubahan yang baik...


~ Aku guna bengkung mcm ni, sumber pakcik goggle ~

Aku berurut 3 hari berturut-turut sahaja, kemudian bertungku selama 7 hari.. masa anak pertama aku tak bertungku. Best bertungku, anak ke-2 ni aku tak sembelit pun. Best sangat sbb panas, rasa sedap je perut sbb perut lepas bersalin kan sakit.



~ Kak ida guna batu sungai k, berat ya amat ~



~ Mandian herba, aku mandi mandian ni sampai dua minggu jugak, best rasa segar je~


Makanan untuk berpantang plak, aku dah 30 hari baru ambik ayam. Sebelum tu ikan, tak ikan merah ikan tenggiri, itu jelah..jemu????owh tidak kak ida masakkan macam2 jenis, grill kukus panggang semua ada.hahahahahaha:). Sayur kegemaran plak lobak putih, sawi dan pria tu untuk banyakkan susu dan bagi zat pada tubuh bdan..

Aku ni tyme pantang kan mawar tido je, so keje aku kalau tak tengok tv tgk internet dan kena bisingla dengan kak ida, mana boleh tengok tv main internet nanti mata locak rosak :P. Siaran kegemaran aku masa tu, pagi2 dengar bacaan al-quraan dari budak2 apa ntah nama siaran tu lupa la masa tu puasa ko, pastu dilema wanita, pastu diari rafiq, pastu cite korea, pastu drama "takdir qismah" sedih wo smapai ngagis, over kan, pastu korea balik pastu tunggu kul 5 laki balik, yeay!Tu sbb kalau org dtg jenguk aku masa pantang aku suka sangat2, sbb aku tak tahu nak buat apa.

Pastu dah habis pantang aku masak je sendiri tapi yang lawak nya aku masak 2 jenis lauk main untuk aku lain, suami aku lain, mula2 la. Sbb lauk aku kan rebus2 sampai hari  60 hari ko aku makan lauk rebus2, percaya tak??mata kelip2..hahahahahahaha. Sbb perut mawar sensetip pernah makan kari tak tido dia semalaman. Lepas tu aku dah belasah dah lauk pedas2 tapi tak terlalu pedas.

Selain kita berpantang untuk nak jg bdn selain tu menjaga kesihatan, sbb apa org tua buat berpantang2 ni mesti ada kebaikkan nya, jgn la terlalu memprtikaikan. Lagipun selagi tak melanggar hukum apa salahnya kan.

Notakaki : Ingat kata2 ustaz azhar idrus, perempuan ini untung, masa kecil sehingga kahwin ayahnya jaga, lepas kahwin suaminya plak jaga. Alhamdulillah :)

Monday, February 18, 2013

Repeat JJCM #Jombali# #Sabarestaurant# # Aroma ikan bakar, jeram#

Assalamualaikum...

Dari hari jumaat tu makan besar, membesar la plak aku kang :P, jumaat lepas masa lunch ikutkan nak makan dim sum, tapi susah nak cari tempat best last2 kami lunch di jombali. Ini kali pertama makan kat branch di setapak selalu makan kat care4 wangsa maju je...



~ Hari jumaat lepas berpeplum..ngeee :P ~




~ Menu kami, ni separuh je, separuh lagi tak tengok...memang best makan ramai2.macam2 boleh rasa :) ~


~ Lunch dengan mereka, sorry kak ina tak de dlm gambar :) ~


Malamnya plak berjanji dengan family nak makan kat saba' restauran... Act ada makcik ,kakak sepupu dan mak mertua angah dtg dari kampung. Belanja mereka makan makanan arab sebab tak penah rasa katanya, ada duit lebih apa salahnya belanja keluarga makan besar, besar jugak pahalanya kan :)

Aku dah banyak kali makan makanan arab ni so tak kisah sgt, menu dia pun rasanya semua dah rasa...so takde la edisi JJCM sangat :)



~ Keluarga besar kami ~




~ Nasib duk kat private room dapatlah melasak budak2 ni ~






~ Antara makanan kegemaran aku ~


Sabtu petang plak, mak buyung nak belanja makan kat jeram. Aroma ikan bakar mungkin mengidam kot siap tempah tempat lagi...




~ Jalan lenggang je ke jeram ~



~My doll dah 7 bulan..oh yeah! ~



 ~ My doll with pakchu ~




~ Makan ramai2 ~



~Ikan cencaru untuk mak, mak ai tak makan ikan besau2 :P ~



~ Antara lauk2 ~


~ Aku bukan penggemar ketam :( ~ 




~ haikal sibuk nak main pedang ~




~ Melayan abang ngah makan :P ~



~ Ngan nenek ~



~ papa wif haikal ~
~ Angah yang comel, susah nak jumpa orang yang benar2 ikhlas bahagia bila bersize 'plus', angah satu2 nya....aku & mak buyung :)...tq angah & along belanja kami makan :) ~

Notakaki : Along makan puas2 ye, ngah mengandung ni tak yah pk nak jg bdan :)