Assalamualaikum..
Jumaat lepas aku yang ambil haikal balik dari kerja, kebiasaan haikal akan diambil oleh papanya sbb aku akan ambik mawar. Tapi papanya balik lambat jadi aku la yang ambil dia. Terkejut aku tengok bla dia keluar dari rumah nenek salmah badan dia penuh bintik2 satu badan..
Nenek salmah kalau anak aku tak kritikal dia takkan telefon, tu sbb dia tak col aku padhal dari pagi badan haikal naik bintik2. Sbb haikal tak demam, tak merengek, tak meggaru so dia tak la telefon kami...so dalam fikiran aku ingatkan dia kena ruam.
Lepas hubby balik je terus g klinik pusrawi, dan Dr. Razlan sahkan haikal kena demam campak. Aku laki bini pelik tapi dia tak merengek. Dr. kata selalu budak lelaki dia lasak, so dia susah nak merengek...
Dr. kata campak ni nak kesan tekan pipi dia kalau keras tandanya kena campak...pastu tengok dalam tangan/ kaki dia ada bintik2..
Simptom kebiasaan demam campak :-
Demam campak berpunca daripada virus campak. Ia sangat mudah dijangkiti oleh orang lain, selalunya disertai dengan demam, selesema, batuk yang agak teruk serta mata kemerah-merahan.
Ini akan disusuli ruam merah yang bermula di bahagian muka dan leher, merebak ke badan, kaki dan tangan. Apabila ruam keluar, suhu badan selalu tinggi dan boleh mencecah 400C (1040F).
Demam campak boleh dicegah dengan pemberian suntikan imunisasi (MMR) yang selalunya diberikan apabila kanak-kanak berusia setahun dan kemudian dos booster pada usia lima hingga tujuh tahun.
~ Habis penuh satu bdan, cepat betul naik ~
~ Anak lelaki, memang melasak je ~
Alhamdulillah cuti 3 hari ini walaupun haikal campak takdela demam, menggaru dan merengek...Syukur ya allah, syukur yang amat sangat.Hari ini bintik2 dia dah surut. Tak sampai hati nak tengok anak2 sakit biarlah penyakit tu pindah kat kita yang tua ni...
No comments:
Post a Comment
Tukang Komen :)