Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 29, 2011

Jom SENYUM :)

Assalamualaikum...

Hari ini MAIWP melancarkan kempen senyum...sebagai kakitangan yang berdedikasi (ayat!!!!!) kena la support memakai batch ini dan sentiasa memberi senyum kepada sesiapa sahaja :)...so jom kita senyum...SENYUM ITU SEDEKAH :)


~ Tag dah nak reput aje :P ~



~ Sentiasa memakai batch sebagai tanda sokongan :P ~

Notakaki : Senyum :)

Tuesday, April 26, 2011

Kejutan Buat Si Suami :0

Assalamualaikum...

Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Suamiku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Suamiku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi

Psstttt, hari ini kan hari jadi suami aku taw...hehehehehe....dia bukan la jenis yang sambut2 hari jadi ni sangat tapi bila dengan aku je dia kena sambut jugak...hahahaha...aku tanya dia "awak nak apa untuk bufday," dia kata "tak payah, awak dah bg wan khalish haikal kan."..owh sweet la plak!...tapi sebenarnya dia nak ipad taw!!!!!!!!!!!!!!!gile mahal tu, gaji dia mampu la nak beli hadiah gitu2, kalau takat gaji aku ni apa yang termampu jelah....hahahahahaha, tapi suami aku tak berapa kisah sangat hadiah2 ni, dia terima je apa yang aku bagi..hehehehe..

Bufday tahun ni rasa nak bagi kejutan plak kat dia...bukan kita2 si isteri yang suka "benda" ni, suami pun suka tapi dia EGO nak cite...huhuhuhuhu...aku ni tak minat bunga ok!, aku rasa mcm membazir tapi bile pk2 sebenarnya ada "sentimental value" kalau "kadang-kadang" kita bagi, apa salahnya kita si isteri membazirkan duit gaji kita untuk  si suami yang tak pernah keluh kesah menunaikan nafsu membeli belah kita yang serakah ni...huahuahuahuahuahua...bagi ianya sebagai satu penghargaan pada suami yang penat lelah bekerja untuk menaikkan taraf ekonomi & memberi keselesaan pada keluarganya..


~ Hehehe, aku posing dulu...suami terchinta aku g meting so boleh la suruh "flower girl" hantar & aku posing2 dulu, aku dah pesan kat staff dia jgn bgtahu..hehehehehe , picture kredit to kak jamimah :) ~

Lagipun officemate aku yang buat bisnes penghantaran benda2 ni, apa salahnya kita support member kita kan?:), kalau berminat boleh jengah blog si Alin BPP ni :)..harga berpatutan ok...serius!!..aku order pakej kek & bunga so boleh la makan kek tu beramai2 :)





~ Ini la keknya nak tgk dalam nya tak??hehehehe, picture kredit to alin~

-
-
-
-
-
-
-


~ Kek bufday awak untuk tahun ni...nyum2 :) ~



"Mawar pink secara umumnya membawa maksud kegembiraan. Makna pada mawar pink bergantung kepada kepekatan warnanya. Warna pink pucat/muda (light pink) simbolik kepada kekaguman terhadap penerima. Warna yang lebih pekat/tua (deep pink) memberi simbolik kepada penghargaan dan terima kasih".

Akhir kata, selamat hari lahir..semoga segala matlamat dalam kerjaya termakbul...semoga ikatan perkahwinan ini makin beerkembang sesegar bunga mawar merah jambu ini....:)

Notakaki : Nanti lepas papa balik dari langkawi baru sambut bufday papa khalish ye, khalish dah besar cikit baru mama bawa khalish ikut papa g kursus luar kl sbb skrg mama tak berapa nak berani sangat bawak khalish jalan jauh2...:)

Monday, April 25, 2011

Majlis Aqiqah Wan Khalish Haikal, Mohammad Danial Harith & Arianna Yasmin

Assalamaualaikum...

Firstly nak ucapkan bebanyak terima kasih pada sesiapa yang sudi menghadiri majlis, yang penat lelah bergotong royong, melapah, memotong, dan memasak semalam...thanks bebanyak...masa aku kawin aku buat katering, tapi majlis aqiqah buar gotong royong...laki aku kata seronok gotong royong mcm kenduri kawin plak, memang sangat heppening :)...mana tak nya seekor lembu...tapi share satu family,tu yang buat seekor lembu tu....kalau setakat khalish seeorang tak de la buat smpi seekor lembu...hohoho

Alhamdullilah majlis berjalan lancar & tetamu tak putus2 yang datang, pada sedara mara, kawan2 di rumah, kawan2 di sekolah, kawan2 di PUO, kawan2 & bos2 di MAIWP , kawan2 suami, thanks alot...alhamdulillah murah rezeki....biasalah mana ada kenduri yang perfect adalah cacat celanya harap dapat dimaafkan & mana yang tak terlayan tu maaf ye sebab banyak plak tetamu yang datang malah kami sekeluarga sangat berterima kasih & mengalukan kedatangan semua..

Majlis berendoi hanya khalish & harith je sbb arianna dan buat lagipun dia admit wad..kesian dia tak dapat nak join :(

Aturcara majlis pada Majlis Aqiqah :

10.00 pagi - 11.00 pagi - Marhaban, cukur jambul dan berendoi.

11.00 Pagi - Tahlil buat arwah ayah dan sedara2 yang lain...

12.00 - 5 petang - Jamuan Makan

 Pelamin Deco oleh Kak Mimi


Makanan : Masak oleh persatuan penduduk

Macam2 nak cite tapi tak tercerita, huahuahuahuahua so Jom jelah layan picture Majlis Aqiqah Si Alish & Harith ni 


~ Wan Khalish Haikal, insan yang diraikan semlam..mama & papa love u sayang :) ~


~ Pelamin untuk khalish & harith~



~ Khalish & Nenek salmah...ni la yang dok jaga dia masa mama g kerje :) ~



























Notakaki : Disaat kami sekeluarga berkenduri kendara, nana admit di hospital...semoga nana cepat sembuh ye sayang =)

Saturday, April 23, 2011

Hanya Keranamu Khalish :)

Assalamualaikum...

Entry pendek pada jam 12.30 pagi..baru je nak tdo...baru siap kan bunga telur dan paper beg untuk majlis aqiqah khalish, harith & arianna  pada ahad ni...mama so tired khalish tapi bile balik tgk muka khalish hilang semua penat ni sayang :)...thanks alot pada auntie lin yang membantu mama khalish dari jam 830 mlm td siapkan paper beg & bunga telur khalish :)

~ Thanks Auntie Lin...dari mama merisik, bertunang, kahwin dan sampai majlis anak pun auntie lin la banyak tlg mama..heheheh, thanks darl :) ~

Dari pagi tadi mama & nenek bergegas ke shopping mall feveret nenek alish nak beli perkakas2 untuk memasak esok...al maklumlah gotong royong (kerjasama), tak mcm katering dulu semua dah sedia, ni semua kita kena siapkan...takpelah hanya keranamu khalish ku sayang...hahahahaha..hari ini baru masak air & rebus telur..besok baru mula nak masak2 & pasang pelamin...khalish naik pelamin u!..hahahahaha....

P/S : Semua dijemput hadir pada ahad ni bagi memeriahkan majlis :)

Wednesday, April 20, 2011

Pekerja cemerlang, terbilang, gemilang & mengembang :)

Mesti org mencik baca tajuk entry aku, suka provoke2 orang...hahahaha....rezeki si khalish aku ckp hari tu inilah...mama dia dianugerahkan perkhidmatan cermelang tahun 2010...terima kasih kepada kawan2 sekerja & bos unit aku, MAIWP & kerajaan...(motif????tibe2 je)....alhamdulillah wang yang direward kan tu boleh digunapakai untuk majlis aqiqah si wan khalish haikal ahad ni...alhamdulillah sangat2 ya allah...:)

Sebelum ini hadir dan meraikan pada majlis gembira kawan2 officemata dahulu,  tapi kali ni aku plak...memang tak sangka pun...sumpah!..tapi kalau dah namanya rezeki tu tetap rezeki kan...alhamdulillah :)

Majlis berlangsung kat dewan toh puan norasihikin cheras dan dirasmikan oleh mejar jeneral dato' seri jamil khir (ada nada bangga x?hahahahaha, sewel mama khalish ni :P)

MAIWP2 pun vouge ok :O...majlis perkhidmatan cermelang pun ada tema okeh!...tema merah, hitam & putih...gorjes & hot gituw :P 


Apapun tahniah diucapkan pada semua staff MAIWP :)..chaiyok2..mari kita berkerja lebih keras :P


~ Ketika majlis raptai Dewan Toh Puan :p ~


~ Aku & Kyn before majlis :).~


~ Ngan officemate :P ~



~ Ketika majlis wif  Dato' Seri, Datuk Che Mat & Dr. Yamin :) ~


~ Persembahan nasyid & pertunjukkan fesyen dari Taska TTDI, jgn main2 :)...~


~ Hot gituw, kelakar tgk diorang..agak2 khalish kalau dah besar macam ni jugak agaknya :P ~


 ~ Wif Staff Pembangunan & Pelaburan ~



~ Wif Mas Razi, Staff Kewangan ~


~ Picture From MAIWP ~

Notakaki : Apa yang penting dalam mencermelangkan organisasi..."KERJASAMA" ...renung2 kan & selamat beramal...

Monday, April 18, 2011

Waktu sendat & padat hujung minggu seorang perempuan bekerjaya :) (Seronok + Sedih)

Assalamualaikum...

Ketika jari-jemari ini menaip satu-persatu huruf dia keyboard milik syarikatnya, matanya agak kuyu dan kehitaman, inilah seorang perempuan yang bekerja pada hari isnin apabila hujung minggunya tiada rehat buatnya...huhuhuhu...merepek!ni akibat apabila kengantukkan melanda hari isnin, mana tak nye smlm smpi KL pukul 0130 pagi...kul 530 pagi kena bangun untuk uruskan keluarga :)

Hari sabtu lalu, aku pergi ke rumah aina & nazrul, pasangan baru kawin tu ajak makan tgh hari umah dia, macam kebiasaan la...aku, laki aku, dan my lil alish & timah dan tunangnya...cik linda tak dapat nak dtg...maka kami pun bergosip2 la, tp enggak puas dong sebb petang tu aku nak bergegas ke JB sebab pagi sabtu dapat panggilan telefon dr sepupu aku yang pak uda aku (masa aku kawin dia jadi wali aku) sakit tenat dan dah kat icu....

So lepas je makan2 dan gosip terus balik rumah, kesian laki aku kepentan baru balik dari labuan kena pergi ke JB plak...kelam kabut hari tu, smpi tak sempat & lupa nak ambik picture kami2 & makanan yang dimasak oleh pn. aina...tq ye pn aina...marveles sambal udang ko!..nanti sotong goreng tepung plak ye :P


~ Auntie aina, tq masakkan kami2 ni...timah plak lepas ni kena masakkan untuk kami :) ~

Lepas je balik dari umah aina, bersiap2 nak balik JB, sampai di JB dalam 10.30 malam..keadaan pak uda masa tu dah terlalu kritikal...dalam kul 2.30 pagi kak sham(anak pak uda) col cakap pak uda dah takde...nasib la kami sempat untuk dia, sempat nak tgk dia dikebumikan ...semoga rohnya dicucuri rahmat...

Masa kat JB kami check in rumah ayah cik (adik ayah aku), lepas je selesai urusan pengebumian kitorang pun melepaskan hajat makan kacang pool dan abc spesial kat larkin...huhuhu.. 


~ Ni la namanya kacang pool :) ~

 ~ Kuah dia sedap sgt seh~ 


~ ABC special, spesen je muka...hukhukhuk ~


~ Bila dah jd mak bapak ni kena la jgn selfish, nak makan kena ikut turn...kalau khalish tak meragam nak nenen, aku kena makan laju2..hahahaha pastu baru papa dia pas si khalish yang lasak sgt sekrang ni kat mama dia plak :0 ~

Balik dari makan2, kami rehat2 dulu lepas magrib baru bertolak ke kl, dalam kul 1.30 kami sampai kl...smpi kl, takdenya nak terus tdo...kemas2 baju, basuh2 kain...siapkan barang2 khalish baru la boleh tdo....so pagi2 nak kena bangun nak siapkan diri & suami....huahuahuahua...tapi yang pelik makan shaklee tak la penat sangat bandan ni...kadang kala terfikir seronok jugak jadi suri rumah sepenuh masa:)

Notakaki : Minggu bertungkus lumus untuk khalish :)