Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 18, 2011

Waktu sendat & padat hujung minggu seorang perempuan bekerjaya :) (Seronok + Sedih)

Assalamualaikum...

Ketika jari-jemari ini menaip satu-persatu huruf dia keyboard milik syarikatnya, matanya agak kuyu dan kehitaman, inilah seorang perempuan yang bekerja pada hari isnin apabila hujung minggunya tiada rehat buatnya...huhuhuhu...merepek!ni akibat apabila kengantukkan melanda hari isnin, mana tak nye smlm smpi KL pukul 0130 pagi...kul 530 pagi kena bangun untuk uruskan keluarga :)

Hari sabtu lalu, aku pergi ke rumah aina & nazrul, pasangan baru kawin tu ajak makan tgh hari umah dia, macam kebiasaan la...aku, laki aku, dan my lil alish & timah dan tunangnya...cik linda tak dapat nak dtg...maka kami pun bergosip2 la, tp enggak puas dong sebb petang tu aku nak bergegas ke JB sebab pagi sabtu dapat panggilan telefon dr sepupu aku yang pak uda aku (masa aku kawin dia jadi wali aku) sakit tenat dan dah kat icu....

So lepas je makan2 dan gosip terus balik rumah, kesian laki aku kepentan baru balik dari labuan kena pergi ke JB plak...kelam kabut hari tu, smpi tak sempat & lupa nak ambik picture kami2 & makanan yang dimasak oleh pn. aina...tq ye pn aina...marveles sambal udang ko!..nanti sotong goreng tepung plak ye :P


~ Auntie aina, tq masakkan kami2 ni...timah plak lepas ni kena masakkan untuk kami :) ~

Lepas je balik dari umah aina, bersiap2 nak balik JB, sampai di JB dalam 10.30 malam..keadaan pak uda masa tu dah terlalu kritikal...dalam kul 2.30 pagi kak sham(anak pak uda) col cakap pak uda dah takde...nasib la kami sempat untuk dia, sempat nak tgk dia dikebumikan ...semoga rohnya dicucuri rahmat...

Masa kat JB kami check in rumah ayah cik (adik ayah aku), lepas je selesai urusan pengebumian kitorang pun melepaskan hajat makan kacang pool dan abc spesial kat larkin...huhuhu.. 


~ Ni la namanya kacang pool :) ~

 ~ Kuah dia sedap sgt seh~ 


~ ABC special, spesen je muka...hukhukhuk ~


~ Bila dah jd mak bapak ni kena la jgn selfish, nak makan kena ikut turn...kalau khalish tak meragam nak nenen, aku kena makan laju2..hahahaha pastu baru papa dia pas si khalish yang lasak sgt sekrang ni kat mama dia plak :0 ~

Balik dari makan2, kami rehat2 dulu lepas magrib baru bertolak ke kl, dalam kul 1.30 kami sampai kl...smpi kl, takdenya nak terus tdo...kemas2 baju, basuh2 kain...siapkan barang2 khalish baru la boleh tdo....so pagi2 nak kena bangun nak siapkan diri & suami....huahuahuahua...tapi yang pelik makan shaklee tak la penat sangat bandan ni...kadang kala terfikir seronok jugak jadi suri rumah sepenuh masa:)

Notakaki : Minggu bertungkus lumus untuk khalish :)

No comments:

Post a Comment

Tukang Komen :)