Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 10, 2011

Sumpah Saya Jatuh Cinta Ngan Kehebatan Pulau Nami!!!

Assalamualaikum....

Dah beberapa bulan impian & hasrat ni terpendam di dalam hati, impian ni wujud bila tgk drama "seruan pulau nami" di astro prima masa tu aku tengah pantang, cantik sangat & jatuh cinta dengan keindahan tuhan tu....dan lately ni asyik menghadap youtube tgk "winter sonata" walaupun dah penah tgk dulu...sumpah! aku jatuh cinta dan kepingan sangat nak pergi pulau nami tu dengan suami terchinta dan anak yang dikasihi :P (walaupun laki aku kata kat korea toilet dia mcm geli2 tapi please dong buat kali ini sahaja)


~Poster besar kedua-dua pelakon utama Winter Sonata juga menjadi kegilaan dan sasaran pengunjung merakam gambar kenangan. Bagi peminat setia drama popular itu, kunjungan ke Pulau Nami memberi kepuasan tidak terhingga kerana setiap langkah pelakonnya bagai boleh dirasa.~



~ Boleh tangkap gembar pastu buat aksi2 mcm ni, awww romantik u ..kahkahkah..:P ~


~ Teringin nak berdiri di sini (serius), pastu naik basikal ngan laki aku smbil pegang khalish, hahahaha...bile la dapat pergi kan?? ~


Info

Pulau Nami

* Kira-kira 63 kilometer atau dua jam perjalanan dari Seoul.

* Keluasan sekitar 460,000 meter persegi dan kelilingnya sekitar lima kilometer.

* Memiliki lebih 300 spesies pokok pelbagai jenis. 
* Satu lagi perkara menarik mengenai Pulau Nami ialah tiada sebatang pun tiang telefon di situ kerana semua kerja pendawaian dilakukan di bawah tanah untuk memulihara alam semula jadi.

*Ada juga Tasik Cheongpyeong yang amat sesuai untuk perkelahan keluarga, namun anda dilarang membawa bersama peralatan memasak bagi memelihara keindahan alamnya.

Notakaki : Bangun2 pza, jangan asyik nak berangan2 je :P,hahahahahah!!!!!!!

No comments:

Post a Comment

Tukang Komen :)