Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 6, 2014

Baju Raya dari Bak The Tailor

Assalamualaikum...

Tak habis2 lagi cite raya kan...

ekceli pasal baju raya den tahun ni tak plan langsung nak warna merah fushia ni, plan asal kami warna kuning diraja tu, aku & mawar dah siap2 beli baju warna kuning, tapi bila g Bak The Tailor stok raya tahun ni takde warna kuning y ada warna kuning y dull sangat. memang tak memenuhi spek aku.

So kami decide beli jelah baju 1 family, aku & mawar beli jelah sekali.

Aku 1st time cuba baju bak ni tahun lepas, sbb org kata jahitan dia kemas dan kain dia pun selesa..dia jarang pakai satin, dia akan pakai sb line dan tahun ni dia pakai material shantung.

Tahun sebelum2 ni aku tempah, tapi bila pk2 harga tempah sm dengan harga siap so baik beli siap, dan laki aku mmg puas hati dengan bak ni, so tahun ni dia nak bak jugak.

Yelah raya pertama kita bz memasak kat dapur dan melayan org, aku rasa pakai baju bak ni selesa, tak panas, sejuk je, sesuai utk budak2.



~ Tahun ni mengenakan kaler merah fushia~




~ Laki aku pakai memang kemas, terletak elok je, tak menggelebeh dan makin mengancam pakai songket terengganu, awww puji laki sendiri...hahahahahaha , Tapi cutting utk perempuan susah sikit mcm aku kain kena alter banyak, baju sedap2 pakai biar beli longgar2 nanti lepas raya kan banyak makan.haha ~




~ Aktiviti sepanjang duduk kat kg, main kucing..anak2 nak lasak2 pun tak kisah sbb diorg selesa ~







~ Kalau budak perempuan dia letak manik sikit ataupun ada lace ~








 ~ Haikal pakai pun kemas je ~



~ Baju raya mak aku, aku dah beli siap2 warna kuning untuk mil plak aku beli warna hijau, so adik aku kata takpe belikan je dia baju melayu warna kuning, baju dia ni aku beli Zizan Razak by Jakel, dia jenis ombre sikit ~

Notakaki : Aku baru perasan, kebanyakkan raya aku banyak pakai baju kosong takde corak2.

1 comment:

  1. tengah consider nak beli bak, so memang puas hati le kualiti ya?

    ReplyDelete

Tukang Komen :)