Assalamualaikum..
Tengok, kalau mood rajin 2, 3 entry mampu buat kalau malas dekat 3 bulan tersadai..hahaha.
Raya aku mcm biasa, tahun ni turn aku. Actually laki aku tak amalkan sangat turn2 ni, dia tak kisah tp aku tak pernah ambil kesempatan. Macam raya tahun pertama johor tahun ke-2 pahang tahun ke 3 johor tahun ke-4 pahang tahun ke-5 johor (mak ai dah 5 kali raya rupanya) dan tiap2 tahun selalunya memang kami akan ambil cuti seminggu...
Laki aku ckp kalau raya kat jengka sehari pun cukup, sbb raya kat jengka takde adik beradik mak bapak dia semua kat terengganu (raya tahun ke-2 aku balik terengganu memang best gile berjalan), kalau sehari pun dah cukup sbb rata2 la adik beradik laki aku (7 org) tiap tahun dlm 5 keluarga mesti raya kat umah PIL aku, sbb 3 org kakak dia takde PIL (meninggal), tapi aku tetap tak nak cuti sekejap2 dah alang2 raya kan cuti la seminggu terus kan baru la raya kan, lagipun family laki ni ramai gile kalau tak beraya ke mana2 pun masak banyak2 hari2 mesti licin.hahahahaha :)
Lain keluarga lain la cara berayanya kan, mcm keluarrga aku adik beradik tak ramai (4 org je dan yang dah kahwin 3 orang), bapak plak takde, so memang akan buat perjanjian ngan kakak2 aku, macam aku ngan along masing2 balik jauh, aku pahang along aku terengganu, so kami akan bergilir2 supaya ada la cucu2 yang beraya dengan mak, angah aku mmg laki dia kluang dekat sangat dengan pontian if gilir2 pun dia tetap jejak pontian(raya pertama sibuk balik pontian tayang lauk yang dia masak hahahaha). Lagipun laki aku tak suka rushing2, 2 hari sini 2 hari sana mmg dia tak gemar sbb dia kata penat kat jalan, biar nak beraya tu puas2, tu aku cakap lain orang lain caranya beraya kan.
Kalau aku beraya di johor minggu berikutnya mesti aku balik jengka, tapi bila aku beraya kat jengka aku tak balik johor la sbb mak aku dah kat kl.hahahaha
Apapun kesefahaman tu perlu ada, tq suami y memahami dan mertua yang memahami.Bab raya ni tak pernah jd isu la, psttt!! (ma jgn lupa nasi dagang nak balik minggu ni hahaha).
~ Raya pertama beraya di Johor, masa ni dah menggandungkan haikal ~
~ Raya tahun ke-2 di jengka & terengganu, masa ni dah ada haikal ~
~ Raya tahun ke3 di sentul sahaja, sbb masa ni tengah pantang mawar ~
~Raya tahun ke-4 dijengka ~
~Raya tahun ke-5, di johor ~
Notakaki : Dah 5 tahun aku beraya tanpa ayah. Al-fatihah.
No comments:
Post a Comment
Tukang Komen :)