Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 30, 2012

Dah lama...

Assalamualaikum..

Dah lama tak jumpa Lin, yelah skrg lin keje shift skrg, aku plak dah duk area lain memang jarang jumpa, kalau jumpa pun sebab selisih nak anta si mawar&haikal dan dia baru balik shift malam...Dah macam burung hantu dah siang tdo malam jaga :P

Dahla lin nak kawin bulan depan, satu hapak aku tak tolong dia..Serba salah sangat, masa aku kahwin, tungkus lumus kot...macam2 dia buat masa wedding aku, dari awal sampai menghantar umah suami aku, semua dia ada...:(

So bila diri debelenggu rasa bersalah, aku sms dia tanya bila dia cuti so aku boleh dtg umah dia, kebetulan selasa lepas dia cuti, tengok ruang tamu dia dah penuh dengan goddies & kad kahwin macam ms dia buatkan goddies aku dulu...touching plak tetiba :(, sorry lin....

Aku dah pesan n mintak izin suami aku, lepas ambik mawar nak lepak umah lin....ngee:), sempat sampai makan malam la sebab mak dia kata aku dah lama tak makan kat umah dia(dulu lepas spm aku rajin makan kat umah dia, kikikiki)...

~ Yeay dapat makan kek batik cik tinah ~

Pastu sesi berborak2 mcm dah lama gila tak jumpa (memang lama pun), tp selalu bersms...
tanya pasal pengapit, nasib ada kawan dia anak dara nak jd pengapit, kalau tak dia nak suh aku!!!boleh tak mak dara nak duk atas pelamin...adoyai lawak tau ko ni lin....pastu nanti ai ditugaskan menginaikan dia, yeay dapat pakai inai, dan masa nikah dia nak aku ada sebelah dia, touching balik :(, inysallah lin....

~ Tengok!kad kahwin ko aku lekat kat workstation aku taw ~

Notakaki : Tak sabar nak tunggu wedding my bff :)

Wednesday, November 28, 2012

Wordless wednesday #Baju penuh nostalgia#

Assalamualaikum....

Sekarang aku rajin selongkar baju2 lama, malas nak buat baju baru, mahal kot kos upah la ni!!! sekali terjumpa baju lama yang penuh nostalgia, pemberian arwah nenek suami masa pertama kali aku dibawa oleh suami bertandang ke rumah mok di felda tenang, baju yang pasti menjadi koleksi peribadi yang aku sangat sayang...

Bila tanya suami ingat tak baju ni???dia geleng...aku ckp ni la baju mok bagi masa g umah dia 1st tyme tu...suami cakap "eh muat lagi" :P


~ Tengok baju ni teringat arwah yang sungguh baik menyambut kedatangan aku dulu walaupun dengan keadaan diri yang uzur ~

Tuesday, November 27, 2012

Kongsi Rejeki Lagi

Assalamualaikum...

Lama betul peram cerita ni, bila ada masa lapang banyak boleh ngelat tulis blog, hari tu(rasanya dah 2 minggu lepas) kak ina nak kongsi rejeki dengan kami, so belanja kami makan, thanks alot kak ina moga rezeki makin melimpah luah.



~ Makan2 kat fish market uolls ~



~ 3 dulang untuk kami2, tq kak ina belanja makan ~


~ Ober nya :P ~



~ Lagi dan lagi ~



 ~mereka lagi ~


~ Jom Makan ~

Monday, November 26, 2012

Pujian Suami :)

Assalamualaikum...

Sabtu lepas, lepas solat subuh memang rutin aku kebiasaan akan lipat kain kalau ada kain yang dah siap diangkat suami kat tingkat 3,  biasalah tolong-menolong masing2 dah tahu tugas masing2 :)

Masa lipat kain suami rajin plak nak teman isterinya (teman berbual), ye suami ai suka sangat berbual :), tibe2 je dia tegur "muka awak licin la", ha!cakap lagi sekali?ni 1st tyme dia kata kulit aku licin selalu orang lain yang puji :P, pastu dia kata "dah hari2 tengok mana nak perasan saya ingatkan awak pakai make up, takkan kejadah nak pakai make-up pagi2".wah dia puji kulit aku gebus macam pakai make up uolssssss!!!!

Fitrah wanita  dan apa yang penting bagi isteri adalah pujian suami, pujian orang lain belakang kira.kalau suami  suka isteri pun tersangatlah suka :)

Pastu melihat anak2 tak bangun lagi, cuba memberanikan diri untuk capai baju nikah dan hasilnya :)


~ melompat2 mak sbb muat baju nikah, terus felling2 :P ~

Ariani Big Sale :)

Assalamualaikum...

Jumaat sampai isnin hari ni ariani adakan jualan murah, actually kalau suami tak bagi duit memang aku tak pergi la, suami bagi aku pergi la(tapi takdelah nak merengek2 nak, dah suami ai baik hati, ngeee). tapi tak delah beli banyak sehelai dua pun dah cukup banyak...

Aku suka ariani sebab pakai sedap dan tahan lama, tahan lama tu yang laki aku bagi beli(ada yang aku pakai dekat setahun macam tak caya je) :)


~ Tengok half price kan ~



~ Dengan pembeli tegar ariani kak shasya & kak lin juga :) ~



~ Aku tangkap gambar je lebih, yang banyak beli kak sha la :P ~

~ Tambah koleksi, thanks suami :) ~

Wednesday, November 21, 2012

Woorless Wednesday #Mengidam yang melampau#

Assalamualaikum...


~  Lauk feveret ai kalau pergi kedai feveret we'all kat bangsar, tak bandar la wei makan singgang, jering, budu&tempoyak :P (aku anak kampung) ~


~ Saya suka makan lempeng, tiap2 petang saya makan lempeng (terlalu taksub dengan lempeng buat masa ni), nak nak try buat dalam pan taffel yang kecik barulah rasa macam makan pancake :P~

Notakaki : mengidam tak bermaksud mengandung, mungkin sbb lepas pantang jd kuat makan(sbb ai kan ibu menyusu so jangalah pelik sangat) :)

wordless wednesday #samsung itu#

Assalamualaikum...

Berat hati nak melepaskan BB tetapi kerana BB tak dapat diselamatkan lagi (masalah kerosakan yang kerap & betul la orang kata BB ni cepat rosak) oleh itu ambil saja samsung itu...Mula2 malas nak beli tp husband offer, aku on je tu pun berpuluh kali dia offer sebenarnya tp sang isteri degil dan seboleh2 nya mempertahankan BB nya(serius sayang sangat dengan BB), yelah selagi elok dan boleh guna buat pe nak membazirkan, sayang duit oiii!...nasib samsung "murah" je,murah2 pun tetap besyukur sebab pemberian suami terchinta, kalau harap aku nak beli sendiri memang taklah pada "gadjet"(dari nokia tukar sony tukar BB semua suami yang belikan).



~ Best je samsung ni, malas nak pk iphone yang aku rasa harga dia tak masuk akal (bagi aku la) sbb aku rasa samsung lagi reasonable kot. ~

~ Nota kaki : Sebab dah biasa guna note & tab so tak kekok gunan samsung itu ~

Tuesday, November 20, 2012

Inilah Kisah Adik beradik

Assalamualaikum..

Terlalu besyukur kerana dapat memberikan adik-beradik pada haikal dan mawar, alhamdulillah...

Kisah adik beradik mereka pasti lebih & makin menarik lepas ni, nak2 bila haikal dah mula bercakap dengan lancar dan jelas dan pula adiknya mawar dah pandai ketawa terbahak2 kalau kita agah2 dia...

Ada yang kata kenapa awal sangat bagi adik dan ada yang kata bagus bagi adik awal2, semua ni kuasa Allah S.W.T ye kakak2, sapa kita nak menolaknya kan???pasti ada hikmahnya. Dan yang sangat jelas sekarang aku amat gembira dengan kehadiran adik-beradik ini:)

Inilah kisah adik beradik buat haikal & mawar,aku&suami berharap kekutuhan pertalian adik-beradik mereka berkekalan hendaknya.Amin :)



~ Haikal pandai main dengan adiknya sekarang ~




~ Pandai peluk adik ~



~ Anak2 dari aku untuk suami aku, Alhamdulillah inilah saham akhirat kami hendaknya :) ~

Notakaki : Muka mawar dah mula ikut macam haikal kan?, dah nama pun ADIK-BERADIK kan :)

Monday, November 19, 2012

Basikal baru mama :)

Assalamualaikum...

Ngee menaip sambil tengah teruja menanti basikal baru, tak sabar nak bersenam di rumah sendiri....sapa kata kalau nak bersenam kena g tasik :), kat rumah pun boleh sekarang tau...langsing la ai pasni ualll :P, hahahahahahahaha bukan setakat nak langsing tapi nak sihatkan badan.

Kisahnya sabtu lepas, macam biasa pergi ke giant untuk beli barang dapur.Walaupun hanya nak mencari vitagen tetap "mencari barang dapur" sbb hari minggu jelah nak bawak haikal&mawar jalan2 tengok luar kan, kalau hari biasa duk ngan pengasuh dari 7 pagi sampai 6 petang. Lepas niat nak makan kerepok lekor yang sedap kat giant tu.

Dah lama menyatakan hasrat pada suami nak beli basikal ni, tapi tak sangka diluluskan dengan begitu awal. Mula2 masuk fitness concept tapi jurujualnya agak kurang peramah dan barang2nya agak mahal dan pergi ke ogawa sebelah je dengan fitness tu jurujual dia punyalah peramah dan masa tu tengah ada promosi yang mana harganya ok la dan tak sangka suami suh angkat terus je...hatiku terus gembira tak terkata.Terima kasih abang :)



~ Abang ~



~ Kat giant takde stoller free, so adik duk stroller abang duk dalam troli jelah :P ~



~ Abang pun nak cuba la mama ~


~ Papa nak cuba kerusi urut, nanti ada rejeki kita beli lah ye bang ~




~ Haikal dapat balon free ~



~ budak handsome ~



~ Muka gembira, gembira tak terkata ~



~ Jeng2 basikal baru mama yeah! ~

Notakaki : Jurujual yang perpuan tu tanya apa nama anak perempuan aku, aku cakap "wan mawar adawiyah", dia kata ada baca kalau masa festival bunga kalau anak2 nama bunga dan tunjuk IC, PM sendiri akan sampaikan duit pada kita.wah tak tahu plak aku pasal benda tu...

Friday, November 16, 2012

Cuti Maal Hijrah

Assalamualaikum...

Hari ni dah 02 Muharam 1434H, selamat tahun baru...

Semalam adalah cuti umum, kalau cuti mesti ada plan nak ke mana-mana....takde la plan apa pun cuma dah rancang nak bawa haikal naik keteapi sbb selasa lepas balik dari shah alam nampak keretapi kat bangsar tu, haikal sungguh teruja dan macam kebiasaan kalau naik keteapi tak kan bawak mawar kesian plak dia sbb kecik lagi, sbb kitorg ingat nak tukar monorail dan putra....

Cuti ke hari tak cuti ke pasti bangun awal, sbb haikal dah terbiasa 6 setengah tu mesti bangun kadang2 dia tdo balik kadg2 layan disney channel, kalau sabtu ahad tu memang akan layan disney sbb marathon upin & ipin & boiboy....

Kan aku kata mawar dah meniarap hari tu tapi sekali je dia tunjuk lepas tu malas nak tunjuk tapi semalam berpuluh2 kali dia tunjuk skill siap terbalik2 yelah badan dia kan ringan, nenek pah kata kat umah dia ada jugak buat2 skill...hahahahahahaha.Alhamdulillah adik :)



~ Subuh2 dah mencongak kepala dia, terkejut mak nak :) ~


~ Penat berehat sebentar :) ~

Pastu dalam kul 10 tu hantar mawar kat umah mak, mekacih mak :), dan park kete kat lrt sentul timur...


~Jom beli tiket ke titiwangsa.maklumlah kami dah lama tak naik tren jd tak tahu monorail & putra dah jd Rapid dan tak perlu nak beli tiket kat titiwangsa terus je beli tiket ke monorail...~


~gigih naik tangga ~



~ Keseronokkan menaiki keteapi ~


~ Dah lama sangat tak naik monorail, dolu2 selalu naik dengan lin kalau nak ke TS ~


~ Peplum shirt dari colourcyle, nak beli jeans baru lah sbb dah menggolobos (muntah darah):P ~



~ Yeay~

Turun2 je monorial kl sentral nak ke kl sentral jalan biasa tu tengah baiki, fuhhh jalan jauh beb, lama sangat tak jalan mcam tu..ngeeee.


~ Berehat sebenatar di DD, dulu tak minat DD sbb keras tapi sejak kemunculan BA & JCO, DD punya donut dah sedap n sangat lembut, aku dah ketagih wei..erm masnida kata nanti bdan naik kalau makan selalu :P, lepas makan terus jalan2 dlam KL sentral tu~



~ Meneruskan perjalanan naik puta plak, ke masjik jamek...tengok smpai bergegar kamera sbb dia melompat sakan ~




~ Keteapi2 tu ~




~ keteapi sampai ~



~ Biasalah puta kan padat, aku dah biasa sbb masa keje kat maybank dulu memang wajib bersesak2, so aku berdiri pun tak kisah ~


~mata bolat :P~


~ Lastly tertidur dalam lrt kepenatan, sian anak mama...janji haikal puas kan sayang ~



~ Pagi tadi mengidam nak suami pakai baju melayu, suami ai sungguh malas pakai bju melayu g keje tp pasal bini punya pasal apa pun sanggup :P ~

Notakaki : Penat sungguh, lama tak naik kenderaan awam :P

Wednesday, November 14, 2012

Wordless Wordnesday # Si klasik Mawar bukan lelaki #

Assalamualaikum..

~ Macam haikal tak????ngeee.ada kawan husband kata "handsome boy", hahahahaha mungkin terpengaruh dengan rupa paras si haikal..memang mcm haikal kan, saling tak tumpah kan??~


~ Kalau macam ni ada tak rupa macam "baby girl"...hehehehehehehe. ~

Notakaki : Ramai kata nama "mawar" klasik:)

Monday, November 12, 2012

Wedding Sepet & Happy Birthday BFF :)

Assalamualaikum...

Semalam 11.11.2012 pasti ramai yang buat majlis kahwin..mcm tu jugak housemate aku masa sem 2 &3 dulu si sepet :)

Aku, linda, aina & timah ambik masa berminggu jugak beremail2 untuk menetapkan tarikh nak celebrate bufday sama2, memandangkan aku & timah pantang so masa tu upacara celebrate bufday terpaksa ditangguhkan dan tahun ni kami memutuskan nak buat kelainan...ngeee.Nak celebrate bufday serentak dan buat tukar2 hadiah.sweet bukan :P. So tarikh yang semua pasti ada masa kenduri sepet.So kelebihan di situ, 2 in 1 majlis dalam masa sehari.

Kenduri sepet buat kat rumah keluarganya di klang, so linda park kete kat umah aku pastu naik dengan aku je pastu jumpa aina & sepet kat sana...Lama gile tak berkumpul dan lama tak jumpa kawan2 PUO...dapat jugak jumpa lini & panjang yang lain tak nampak plak.


~ G kenduri dengan peplum baru ai :P, ramai yang sukakannya :) ~




~ Anak dara & mak buyong ~




~ Yeay bf mawar yusuf baihaqi :) ~




~ us :P ~



~ Tahniah sepet, percintaan dari sem 1 berakhir ke jinjang pelamin..alhamdulillah.Kira cinta PUO jugak la ni :P ~

Maklumlah bila ada anak kecil mcm mawar & yb kami tak boleh la lama2 kesian baby panas, so lepas makan tangkap gambar terus bergerak. Kami decide nak celebrate kat rumah aina, senang. Selesa pun selesa kalau kat shopping compleks sian kat YB & Mawar.

Mula2 plan nak beli fruit cake pastu orang tu kata tak de kena tempah plak, pastu decide pergi jelah SR sebab tak tahu nak cari kek kat mana last minute mcm tu kalau awal boleh tempah pavlova @ RV, ngee takpelah tahun depan plak la ye.



~ Lastly kami sepakat pilih moist choc ~



Sejak aina pindah rumah, tak penah berkesempatan nak jejak kaki kat "kondo mewah" dia tu, mana taknya,nak access pintu utama kena pakai touch card kot, pastu siap ada gim, sauna bagai mana tak sebulan maintanance bapak mahal. 






 ~ Cantik sangat umah aina, ada yang kata mcm konsep rumah ni lebih kurang rumah aku..ngeee yelah kontraktor pun sama tapi umah aina double cantik dari umah aku  pastu besar rumah ko na walaupun kondo ~






~ Seronok jumpa, diorg ni jenis kutuk depan2 je, baru la telus bertemankan dan yang selalu jd mangsa si linda la :) ~



 ~ Aku berempat, timah bertiga, aina bakal bertiga dan linda...takpe linda kami semua sentiasa disisi kamu :) ~


 ~ Kebetulan, minnie & mickey mouse, berebut2 nak bergambar :) ~



~ Haikal tak yah pelik sangat la sayang :) ~




~ Uisshh mawar siap buat pose lagi :P ~



~ Nak ambik ko tembam :P ~



~ Thanks auntie linda, untuk baju yang sangat suwiit ni ~


~ Kek buffday ke-26 kami ~


~ dah besar2 sambut bufday,ngeee:P, ikutkan siap nak buat belon2 la cuma tak sempat je..:P ~





~ Kek bufday kami, yeah!~


~ Jom celebrate buffday, anak sapa la kat tepi tu :P, nanti bulan 12 kita tiup kek haikal plak ye :) ~



~ Haikal dengan mak mertua mawar :) ~ 


~ Peace :) ~


~ Cute mama :) ~



~ Buli tyme :P ~



~ Our big happy family :), alhamdulillah ya allah :) ~



~ Masa untuk tukar2 hadiah :) ~



~ Yeay ai dapat handbeg :p ~



~ Ini hadiah ai bagi akt linda, ngam2 ngan warna handbeg ko linda :P ~

Notakaki : Sorry sangat aina sebab haikal pecahkan barang rumah kau...sorry ye :)