Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 19, 2012

Basikal baru mama :)

Assalamualaikum...

Ngee menaip sambil tengah teruja menanti basikal baru, tak sabar nak bersenam di rumah sendiri....sapa kata kalau nak bersenam kena g tasik :), kat rumah pun boleh sekarang tau...langsing la ai pasni ualll :P, hahahahahahahaha bukan setakat nak langsing tapi nak sihatkan badan.

Kisahnya sabtu lepas, macam biasa pergi ke giant untuk beli barang dapur.Walaupun hanya nak mencari vitagen tetap "mencari barang dapur" sbb hari minggu jelah nak bawak haikal&mawar jalan2 tengok luar kan, kalau hari biasa duk ngan pengasuh dari 7 pagi sampai 6 petang. Lepas niat nak makan kerepok lekor yang sedap kat giant tu.

Dah lama menyatakan hasrat pada suami nak beli basikal ni, tapi tak sangka diluluskan dengan begitu awal. Mula2 masuk fitness concept tapi jurujualnya agak kurang peramah dan barang2nya agak mahal dan pergi ke ogawa sebelah je dengan fitness tu jurujual dia punyalah peramah dan masa tu tengah ada promosi yang mana harganya ok la dan tak sangka suami suh angkat terus je...hatiku terus gembira tak terkata.Terima kasih abang :)



~ Abang ~



~ Kat giant takde stoller free, so adik duk stroller abang duk dalam troli jelah :P ~



~ Abang pun nak cuba la mama ~


~ Papa nak cuba kerusi urut, nanti ada rejeki kita beli lah ye bang ~




~ Haikal dapat balon free ~



~ budak handsome ~



~ Muka gembira, gembira tak terkata ~



~ Jeng2 basikal baru mama yeah! ~

Notakaki : Jurujual yang perpuan tu tanya apa nama anak perempuan aku, aku cakap "wan mawar adawiyah", dia kata ada baca kalau masa festival bunga kalau anak2 nama bunga dan tunjuk IC, PM sendiri akan sampaikan duit pada kita.wah tak tahu plak aku pasal benda tu...

1 comment:

  1. brape RM beskal tu. agak2 dh nampak hasil tk setelah beberapa lama beli

    ReplyDelete

Tukang Komen :)