Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 13, 2011

40 Hari berpantang :)

Sebenarnya takde tempoh yang tepat tentang berpantang ni...ada yang 40 hari, 44 hari, 60 hari & 100 hari...ikutlah masing2 & tiada teori saintifik ttg tempoh berpantang ni...aku duk ngan mak jd ikut jelah teori mak aku...makan ni tak boleh, itu tak boleh...after 1 bulan baru boleh makan sup ayam, tu pun hari ke-36 silap aku...hehehe....takpe untuk kebaikkan badan aku jugak...luar dan dalam...so tempoh berpantang ni depend pada individu....jadi ikut pada mak aku 40 hari dah memadai....tapi mcm ais, makanan pedas2 kena elakkan dulu sebab aku BF khalish kan...takut perut dia tak tahan....dahla aku ni peminum ais tegar, kena slow down la pasni :P

Pantang adalah suatu masa yang aku rasa perlu aku puji pada ibu2...ibu yang bersalin dan ibu yang menjaga orang bersalin =)....bagi aku waktu pantang adalah waktu yang agak sukar bg ibu yang 1st tyme bersalin macam aku....nak berpatang dengan pilis, param, bekung....makan pun hari2 sup ikan & sup ayam....hehehehe...dari segi emosi tak yah cakap la mudah tersentap, so aku lebih prefer kalau berpantang suami ada dengan aku...sbb aku rasa tenang bila suami ada disisi  sbb masa tu emosi aku tak stabil sangat nak2 la  masa baby buat perangai kan & suami aku jenis membantu, nak jugak la basuh baju baby, basuh kencing berak baby, buatkan aku air kira boleh diharap la jugak...

Orang yang paling aku nak ucap terima kasih masa berpantang adalah mak aku...mak aku masih bekerja, sanggup ambik cuti 2 minggu, pastu ambik syift petang smpi aku hari ke 40...dia la berempas pulas masak untuk aku, mandikan khalish, pakaikan bekung aku...tapi anak pertama kitaorg je dia jaga...anak kedua upah org jelah, lgpun dah ada experience kan...

Berat badan tu boleh la kata berkurangan tapi takde la langsing beria sgt, lgpun masa pantang aku tak diet sbb aku BF..jd mesti akan rasa lapar selepas BF khalish....tapi ok la kan....hehehehe, akan disusutkan secara perlahan2 :P

Apapun saat berpantang adalah saat paling istimewa, saat dengan khalish..rasa suka, geram, nak ngagis, rasa gembira sgt...macam2 rasa lah..hehehe

~ Khalish dah pandai tidur meniarap ~

Notakaki : Besok  maybe nak meraikan kemerdekaan aku ngan family aku esok, syioknya kita nak berjalan khalish :P

No comments:

Post a Comment

Tukang Komen :)