Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 12, 2011

Love You Mom! ^_^


Pemberian susu ibu bekerjaya kepada anaknya menjadi sesuatu yang perlu difikirkan 2 minggu atau 3 minggu sebelum naik kerja....aku ada lebih kurang 3 minggu untuk naik kerja, masa aku kat Pusrawi hari tu aku ada beli buku-panduan-penyusuan-susu-ibu-bagi-ibu-bekerja ni....aku belek2 jadual pemerahan dan pemberian susu ibu dan ia perlu dimulakan dari sekarang...aku dah mulakan dari hari sabtu lepas, means masuk 5 hari melatih dia memberi susu perahan ibu guna botol susu mengikut jadual dlm buku tu, so far khalish nak minum tapi mcm ada masalah kekeliruan la plak....


 

Persediaan Penjaga Bayi - Berlatih Memberi Susu Ibu kepada Bayi

1. Kira-kira 2 minggu sebelum anda keluar bekerja, anda bolehlah mula melatih bayi anda menerima susu perahan anda sedikit demi sedikit. Jadual latihan pemberian susu ibu ini perlu diubahsuai mengikut kesesuaian masa bekerja anda.

2. Andaikan anda keluar bekerja selama 10 jam (termasuk waktu perjalanan pergi dan balik ke/dari tempat kerja), bayi anda perlu diberi minum setiap 2-3 jam sekali. Oleh itu anda mungkin membahagikan jadual pemberian susu kepada 4 ke 5 blok waktu iaitu 4 atau 5 kali selama 10 jam.

3. Mulakan jadual dari rutin hari pertama latihan hingga hari ketiga dengan pemberian susu perahan sekali pada blok pertama dari jadual pemberian susu. Untuk blok waktu selebihnya berikan susu ibu terus dari payudara anda.

4. Pada hari keempat hingga keenam, berikan susu perahan untuk dua blok pertama dan blok selebihnya berikan susu anda secara terus kepada bayi.

5. Pada hari ketujuh hingga kesembilan, berikan pula untuk tiga blok pertama diikuti blok seterusnya dengan pemberian susu ibu secara terus.

6. Teruskan latihan hingga blok keempat pada hari kesepuluh hingga keduabelas. Sekiranya anda hanya melatih bayi untuk 4 blok waktu, bayi anda sekarang sepatutnya telahpun membiasakan diri dengan rutin susu perahan. Sekiranya anda mempunyai 5 blok, teruskan lagi latihan dari hari ketigabelas hingga hari kelimabelas. (Ini bermakna anda perlu bermula 15 hari sebelum keluar bekerja).



Ok, balik dengan cerita bf aku ni...semlam, khalish mcm dah mula tak  sukamenghisap dia sebelah kiri, mengamuk2 bagi seblah kiri, buat muka tak puas hati pun ada..hehehehe(tipu je aku ni)...aku tak pasti sebab apa...adakah pemberian melalui botol menggangunya???aku dah naik kerja haruslah melatih dia kan...ada jugak g forum susu ibu,com tapi still takde jawapan yang tepat lagi....



Masa hari2 mula perah dapat sikit je, 2 oz kadang 1 oz pun ada, tp bila dah pump hari2 dia merangsang otak kita yang baby nak susu banyak, so ada la kdg2 dapat 4 oz tapi tadi dapat 5oz!!!full botol tu...dia tulis kat tmpt 5 oz tu "Love U Mom"...hehehehe..love u too khalish..   
 
                                          
~ Alhamdulillah, semakin kita pump, semakin banyak hasilnya :) ~
 
Alhamdulillah, aku dah nak habis pantang dan sepnjang pantang ni mmg susu ibu sepenuhnya aku bg kat khalish...aku harap smpi umur dia 6 bulan still  dpt bg susu ibu sepenuhnya  al maklumlah hantar umah pengasuh & aku bekerja plak tuh...kalau smpi umur 2 tahun lagi bagus !!!!!!!amin :)
 
Notakaki : betul kata kak syida, bf ni banyak betul ujian :)....
 

No comments:

Post a Comment

Tukang Komen :)