Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 29, 2012

Biru Turqoise pada tahun ini :P

Assalamualaikum...

Sana-sini pada masa ni pasti sibuk bercakap pasal hal ramadhan & raya kan??, walaupun aku cuti bersalin tp tetap menyediakan pakaian raya buat keluarga, bak kata hasben mak "baju baru di hari raya tu sunnah" :)

Hasben memilih tema tahun ni, cantik jugak sebenarnya, i likeee!! :)


~ Cantik tak warna ni??? :P ~


~ Masuk jakel ke dah kaler ni, memang terbaiklah pilihan hasben :P ~



~ Rambang mata mecari pilihan terbaik buat mereka :) ~


~ Dari jakel beralih ke gulatis kemudian ke cosmic last2 jumpa semua kain untuk hasben, haikal, tok wan, tok ma, mak & makcik2 yang tak bekerja di kampung :) ~



~ Sedondon untuk papa, haikal dan tok wan ~



~ Belikan tok ma & nenek sama & serupa...barulah adil kan :P ~


Notakaki : Baju raya mama pulak??adalah:P

Thursday, June 28, 2012

Check-up HM2 @ 36 Weeks :)

Assalamualaikum...

Tadi check-up untuk ke 36 minggu, fuhhhhhhhhh!!!!!!!!!!cepat betul masa berlalu kan.

Pelik betul tadi g check up lenggang je tempat sakit puan tu.Aku duduk terus dapat no. berikutnya, alhamdulillah :)


~ Datang2 tengok no. pesakit sebelum ini untuk dr norkaedah 59001 ~


~ Aku plak dapat no. 59002 :), tapi selalunya aku jumpa dr. norkaedah ni memang sekejap je ~

Alhamdulillah baby masih dalam kedudukan yang ok, takde tanda2 lagi nak bersalin dr. kaedah kata.Tapi lepas ni dah kena check-up seminggu sekali dan next week dr. suh buat CTG scan :)

Fakta tentang minggu ke -36 :)

Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "varicose vein" dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. Puan akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.

Notakaki : Makin hampir dah masanya :)

Nasi Tomato Mama Mia :)

Assalamualaikum..

Ahad lepas, saja lepak2 & makan2 kat rumah mia :), thanks mama & papa mia sebab jemput kami & untuk nasi tomato yang sedap tu...next tyme lepak2 & makan2 kat umah aku plak ye :)



~ Yasmin turut serta join mak uda & pak udanya :) ~




~ Haikal jakun tengok walker mia, orang takde walker katakan :P ~




~ Sedapkan:)....sangat sedap:)..thanks sangat taw lin & jep :P ~



~ Geram sangat tengok si pipi mia ni, rasa nak gigit2 je :) ~

Notakaki : Lin boleh masuk pertandingan masterchef musim baru ni la :P

Wednesday, June 27, 2012

Basikal baruku :P

Assalamualaikum.....

Semakin sihat mam melihat gelagat haikal ni, selalu menjadi gelak tawa kami...semalam bukan main seronok dapat basikal baru, asyik bermain kat garaj kereta sampai kul 11 malam tu :)...


~ Tengok la muka nakal dia tu...menangis2 nak balik pasar malam naik basikal baru (mcm pandai kayuh sangat :P ) ~


~ Main la puas2 sayang ~



~ Tak pandai kayuh lagi, guna kaki je dulu ~




~ Tak peduli dah mainan dalam rumah dah :P ~



~menyorok2 belakang moto plak ~

Notakaki : Lepas ni boleh mintak moto remote  plak eh kat papa :P

Monday, June 25, 2012

Trifle untuk si cilik :)

Assalamualaikum...

Bile angah sms bgthu nak buat makan2 umah dia, pastu terus terajin & terfikir nak buat trifle kak shasya :), semangat malam2 sms kak shasya mintak resepi la bagai kot:P..

Dengan gigih hari jumaat malam tu walaupun aku tak sihat ajak habsen pergi ke OTK cari bahan2 nak buat trifle ni :)

Bahan2 membuat trifle :-
1. Susu cair
2. Tepung Kastard (Bird's custard)
3. Swiss roll (pandan yang aku suka)
4. Fruit coktail
5. Agar2 kristal nona

CARA2:-
Layer 1 - Potong swiss roll dan susun ikut kehendak masing, kemudian letakkan sedikit air fruit coktail bagi dia mampat sikit



Layer 2 - Susu cair, tepung kastard 4 sudu, gula 5 sudu dan lebihan air fruit coktail direbus hingga pekat, kemudian tuangkan di atas swiss roll tadi dan biarkan keras sedikit.



Layer 3 - Susunkan fruit coktail di atas layer ke-2 tadi

Layer 4 - Bancuhkan agar2 kristal nona ikut je arahan kat paket tu kemudian tuangkan atas fruit coktail tadi


~ Masukkan dalam peti ais semalaman ~

Notakaki : Yang ni simple je, kalau nak letak mcam2 buah dan kacang pun boleh, bukan cilik pun suka mak bapak si cilik pun turut suka :)

Laksa Kak Shasya :)

Assalamualaikum...

Malam semalam kak shasya sms bgthu nak bawak laksa pagi ni, aku balas "wah rajinnya kak", dibalas lagi "tak sedap jangan complaint taw :P", aku pun balas "orang dah bagi,  bersyukur lagi la perlu".....Rezeki semua orang oleh kak shasya pagi ni, thanks a lot kak sya :)


~ Satu periuk untuk kami pagi ni, Alhamdulillah (kak shasya sedap jelah):) ~

Notakaki : Seronok berkawan dengan orang yang suka memasak, nanti ada je resepi nak dikongsi dan dibelajar, nak2 pada adik2 yang baru kahwin ni :)

Arriana Yasmin pada usia 2 tahun :)

Assalamualaikum.

Sabtu lepas, angah & abg Z buat majlis makan2 sempena sambut bufday nana yang ke-2 tahun, majlis untuk keluarga je, keluarga angah dan keluarga abg z.Tapi tahulah keluarga abang z macam keluarga hasben aku, ramai sangat!, so keluarga abang z je dah penuh :P

Wah sekejapan je rasa 2 tahun, haikal plak 2 tahun bulan 12 ni, cepatnya masa berlalu..tengok je hari ni je dah hari isnin, smlm hasben baru kata "mcm hari sabtu je hari ni esok dah keje". 


~ Nana so cute sangat skrg :P ~




~ Orang kuat untuk majlis adik dia ~




~ Tengok haikal selalu yang paling excited ~




~ Along & abang long kimi :) ~



~ Family abg z :) ~


~ Mail lambung :P ~



~ Antara juadah sabtu lepas, pulut kuning & rendang daging nenek kegemaran ramai semestinya oleh nenek, sampai 2 pinggan aku makan pulut kuning dan trifle tu oleh mak udanya ni, thanks kak sya bagi resepini semua orang suka, nanti i share ye resepi kak sya ni :) ~




~ Nana ni tak macam kakak dia yang minat princess bagai tapi dia ni minat upin ipin ~




~ Min kan selalu over, kek tu harus ada gambar dia kang sentap menyentap punya sesi plak kang ~




~ Makin besar nana, dah macam muka min :) ~




~ Abang z dan 3 orang gadisnya :P ~




~ Mail lambung ni suka menyibuk je :P ~





~ Anak2 buah angah ~


~ Dah besar budak2 ni :)~


~ Cucu sulong yang sentiasa bongsu :) ~



~ Suka dapat main belon ~

Notakaki : Mak uda sentiasa doakan kesejahteraan nana ye, semoga menjadi anak yang solehah ye sayang.Amin:)

Thursday, June 21, 2012

Hidangan kesukaan semasa mengandung : Ikan kembung masak lemak dengan belimbing buluh !:P

Assalamualaikum...

Semalamkan aku mc & sedang aku bersenang-lenang kat banglo kesayangan tetiba si BFF sorang ni tahu bff dia ni ada kat rumah dengan pantas datang ke rumah.Memang kitorg ni pantang tahu kalau masing2 cuti memang akan luangkan masa bersama...thanks sayang bg kek yang sangat sodap tu :P

Dah lepak2 tu, ajak si lin cari lauk kat area rumah mak aku tu, lauk2 dia segar2 sikit...tengah pilih punya pilih nampak belimbing buluh!!!!!!!suka tak terhingga la dah memang rezeki kamu sayang, memang teringin sangat, masa awal2 mengandung mak selalu buat sebab tahu aku suka makan pastu skrg takde musimnya, tapi kalau pergi kedai cik ros memang selalu pesan nak belimbing buluh :), Alhamdulillah boleh buat lauk dinner malam semalam :)

Sebelum lin hantar aku balik smpt pesan kat mak supaya masak sedap2 untuk hasben tu...mestilah lin, mesti mencuba & berusaha masak sedap2 untuk disi dalam perut hasben!!!! :P.Lin bgthu dia tak pandai masak mcmne nak kawin, alah relax la lin aku pun 2x5 je masa ko zaman anak dara, so jangan risau sayang dah kahwin kita mesti nak lakukan yang terbaik, so skrg terus pandai masak :)

Cara masak lebih kurang je dengan Udang masak lemak yang aku buat hari tu cuma kali ni aku tak guna asam keping sebab dah ada belimbing buluh.


~ Bahan2 asas , suka plak guna santan kotak ni :P ~



~ Bahan2 ni ditumbuk2 sehingga lumat baru masukkan dalam air kemudian bile cili dah masak, masukkan santan, belimbing buluh & ikan kembung tadi kemudian masukkan garam & gula ~



~ Hidangan paling aku suka masa mengandung kali ini ~



~ Tambah kentang goreng bercili ~


~ Dihidangkan bersama kek yang diberi oleh lin, tq lin : ~

Notakaki : Tadi ada orang sponsor makan kat opis sempena majlis tazkirah isya'& mikraj, ada ikan kering masak lemak dengan nenas!!, sedapnya sampai 2 pinggan aku makan, tq ye :)

Cabut gigi semasa mengandung, boleh atau tidak???

Assalamualaikum...


Sakit gigi semasa mengandung adalah perkara biasa pada ibu yang kurang kalsium, ia terjadi pada aku sampai satu tahap aku tak boleh tahan dah....sebab ada orang mengatakan boleh cabut ada yang kata tak boleh..forsure la aku perlu berhati2 dalam isu ni.

Kelmarin sampai satu tahap aku tak boleh tahan dah terus mengadu dengan hasben dan ajak dia pergi ke klinik.


Masa kat klinik berulang2 kali hasben tanya takpe ke, takpe ke??...aku plak rasa nak terberanak masa nak cabut gg tu, alhamdulillah smlm diberi mc dan takde lagi sakit gg.


Pastu nak dapat kan kepastian pergi la ke klinik gg, aku maklumkan aku pregnant 8 bulan dan dr. gigi maklumkan takde masalah dan aku nak yakinkan lagi aku telefon doktor pakar bersalin aku, Dr. Kaedah untuk dapatkan kepastian, dah dia pun jawab "takde masalah"...insyallah.

Pengajarannya silalah makan segala mala kalsium dari awal kehamilan lagi bagi mengelakkan berlakunya kurangnya kalsium


~ Si amalkan vitamin2 yang diberi oleh doktor :) ~

Ni yang aku search dalam goggle :-

  1. Walaupun gusi membengkak and sakit gigi teramat sakit, puan kena makan dulu antibiotik dan tunggu bengkak surut (iaitu kuman mati) sebelum doktor gigi boleh mencabut gigi gerham berkenaan.
  2. Untuk mengatasi rasa sakit yang puan alami skrg, saya syurkan, puan tumbuk bunga cengkih hingga lumat, tambah air dan garam halus (lagi banyak, lagi baik), bancuh dan kumur dengan air bunga cengkih ini, setiap kali rasa sakit ini datang. Ia boleh melegakan.
  3. Puan juga boleh sapukan bius gigi yang dijual di farmasi, namanya Bonjela atau sebarang ubat tahan sakit bengkak gusi/sakit gigi.
  4. Setelah bengkak gusi surut sedikit, puan boleh pergi mencabutnya. Doktor tak boleh mencabut gigi semasa gusi bengkak (ini satu pantang larang pergigian).
  5. Ttg mencabut gigi semasa hamil, masalah yang dikhuatiri ialah pendarahan yang sukar dibendung jika puan ada masalah hemofilia (hemophilia). Jika puan tiada masalah ini, mencabut gigi adalah prosedur yang selamat.
  6. Semasa mengandung, hormon yang dikeluarkan oleh badan ke dalam darah membesarkan/mengendurkan saluran darah, dan pendarahan pada gusi boleh berlaku di peringkat akhir kehamilan. Jika pendarahan ini berlaku semasa puan mencabut gigi, ia akan makan masa untuk pendarahan reda (caranya ialah dgn menjahit gusi di mana pendarahan berlaku). Oleh kerana menjahit gusi ini amat sakit, maka doktor terpaksa berikan bius yang agak kuat supaya puan tak rasa sakit. Kandungan boleh terjejas sedikit (bayi akan meronta tapi tak lah sampai mati).
  7. Ramai ibu yang hamil kurang selesa mendapatkan rawatan gigi semasa hamil.
  8. Jadi pada pandangan saya, puan perlu ikut nasihat doktor gigi puan sepenuhnya. Cabut gigi memang selamat semasa hamil, tapi lagi baik jika rawatan gigi (sebarang prosedur) dilakukan sebelum puan jadi hamil.

    Notakaki : Tip penjagaan semasa hamil ialah lakukan pemerikasaan berkala di klinik gg walaupun anda sedang hamil :)

Tuesday, June 19, 2012

Ruang kegemaran hero2 kesayangan saya :P

Assalamualaikum...

Dalam setiap rumah, setiap ibubapa mesti berangan nak adakan satu ruang buat anak2nya, ruang bermain sambil belajar la konon2nya walaupun teratak tu comel sahaja...last month terjumpa playmat si haikal, memang cari nak letakkan satu ruang sbg tempat letak mainannya, sebelum ini terjumpa tapi ada binatang yang tidak halal plak kat playmat tu pastu terjumpa playmat yang sesuai buat haikal, sbb dia ni suka sgt "lorry" (bus pun dia panggil lori)..hehehehhehehe.

Ruang  yang menjadi kegemaran hero cilik kesayangan aku ni kalau bermain :)



~ Depan cermin ni, suka sangat kalau main ke ngagis ke tengok muka dia...hahahahhaha..lawak kan :P ~


~ Senang sikit lepas je dia puas main, aku kemas je barang2 dia kat sini...:) ~


~ Lori kegemaran haikal, benda wajib main tiap2 hari:) ~


~ Bola gimnastik haikal, terbalik2 aku tengok kalau dia main, hahahahahahaha:) ~


~ Boleh belajar mcm2 ~


~ Ada keretapi ~



~ Ada rumah, memang colourful dan menarik perhatian ~



 ~ Ni dia paling suka bus (lori) :P ~

Ruang menjadi kegemaran hero kesayangan yang utama ni...hehehehe.Hasben saya kan  suka sangat membaca buku makanya dia mempunyai impian nak ada "library" kat rumah dia sendiri.So dia la yang request nak kabinet buku ni untuk letakkan buku2 dia yang sangat banyak yang disimpan dioffice dan dikampung, ni pun sikit je yang dah dipindajkan.Belum sepenuhnya buku2 dipindahkan :).Bilik ni pun belum digunakan sepenuhnya, ada kabinet buku, kerusi & meja cukup untuk hasben buat kerja2 dia, hasben rancang bila ada bajet lebih nanti nak beli printer plak sbb laptop dah ada (tu pun hasben ada hati nak beli laptop lain) nak letakkan dalam library ni :).....lagipun kalau ada perancangan masa hadapan nak sambung belajar so boleh dijadikan bilik study jugak:)


~ Kabinet buku ni pun buat dengan Junaidah jugak tp ikut selera hasben la semestinya (yang buatkan kabinet dapur & kebinet baju) ~


~ Hasben yang request nak sampai 4 pintu dan tutup sampai atas, hasben kata kalau haikal dan adik2nya dah sekolah buku2 tu boleh letak sini tak yah nak buat2 lagi ~


~ Buku kegemaran hasben, tak tahu la aku pasal pe kan :) ~


~ Majalah kegemaran hasben, memang dilanggan tiap2 bulan "Personal Money", aku pun tak baca personal money ni dia minat baca :P ~


~ Antara buku2 hasben, kat kampung banyak lagi ~


~ Buku kegemaran hasben jugak, sampai sanggup beli dua2 bahasa ~


Notakaki : Ruang kegemaran heroin kesayangan mereka plak???erm rasanya semua ruang yang ada di dalam rumah tu :)