Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 4, 2012

Nasi Lemak Sambal Telur Puyuh & Udang masak lomak :)

Assalamualaikum...

Wah bestnya hari isnin cuti...hari ini aku & hasben cuti  saja nak rehat kat rumah manis rumah, lagipun nak cucuk haikal 1 tahun setengah.

Bila cuti ni boleh la pk nak masak, mula la nak pk nak makan pe sarapan pagi.Nak beli nasi lemak rasa mcm rugi, kalau sedap takpelah jugak, ni 1 bungkus rata2 RM3 sebungkus kalau nasi lemak berlauk..aku & hasben suka makan telur puyuh, kalau beli nasi lemak kalau aku lauk telur puyuh dia pun nak sama, kalau beli telur puyuh baru RM 5/30 biji ha pastu makan la puas2!.so terfikir nak buat nasi lemak :), tanya hasben ok tak masak nasi lemak esok???...hasben kata "OK".

Pagi2 tadi terus semangat nak masak nasi lemak ok!, 1st tyme ok masak nasi lemak, sambal2 ni aku dah "expert" dah :P


~ BAHAN2 MASAK NASI LEMAK SIMPLE ~
1. Beras
2. Santan kotak (santan segar habis) tp sedap jugak!
3. Daun Pandan
4. Garam


~ BAHAN - BAHAN SAMBAL TELUR PUYUH ~
1. Telur Puyuh 
2. Bawang Besar & Bawang Putih (bland)
3. Cili Kering (bland)
4. Sos cili & sos tomato
5. Gula & Garam



~CARA MEMASAK NASI LEMAK SIMPLE~
1. Rendam beras dengan air dan santan
2. Letak garam & daun pandan
 

~CARA MASAK SAMBAL TELUR PUYUH~
1. Tumis bawang
2.Tumis cili kering
3. Letak Garam & gula
4.Letak Sos cili & tomato


~ Tada!, makan ulang2 kali ckp ko, puas hati!.Adik aku siap bawak kawan dia plak pagi td, haikal pun suka je makan nasi lemak mama dia...:P ~

  
~ Lepas siap masak, bawak si haikal jalan2 depan rumah sementara papa, paksu & kawan dia sarapan pagi ~


~ Suka haikal dapat lepas :) ~


~ Jom sayang balik, nanti nak date dengan doktor plak :) ~

Malam tadi sebenarnya teringin2 sangat nak makan udang masak lemak dengan belimbing buluh, merata petang tadi aku & hasben cari belimbing buluh tapi hampa, so masak jelah dengan sayur yang ada...


~BAHAN2~
1. Bawang Merah, bawang putih, Halia, Kunyit & cili api
2. Santan segar
3. Udang, serai & asam keping (kalau ada belimbing buluh tak yah letak)

~ CARA2~
1. Tumbuk bahan2 1 sehingga lumat
2. Panaskan air hingga mengeleggak kemudian masukkan bahan yang ditumbuk
3. Masukkan santan (kalau guna santan segar kena selalu kacau)
4. Masukkan udang, serai & asam keping
5. Masukkan garam
6. Masukkan kacang panjang


~ Siap untuk dimakan :) ~ 

Notakaki : Juri masakkanku Hasbenku:)

3 comments:

  1. Terliur cikct tgk..sedapnyela sambal telur puyuh tu..:)

    ReplyDelete
  2. cik ct : hehehehhehehe, tengok makanan memang cepat terliuq :P

    ReplyDelete
  3. Bila masak sendiri puas selera makan ya mama...

    ReplyDelete

Tukang Komen :)