Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 21, 2012

Hidangan kesukaan semasa mengandung : Ikan kembung masak lemak dengan belimbing buluh !:P

Assalamualaikum...

Semalamkan aku mc & sedang aku bersenang-lenang kat banglo kesayangan tetiba si BFF sorang ni tahu bff dia ni ada kat rumah dengan pantas datang ke rumah.Memang kitorg ni pantang tahu kalau masing2 cuti memang akan luangkan masa bersama...thanks sayang bg kek yang sangat sodap tu :P

Dah lepak2 tu, ajak si lin cari lauk kat area rumah mak aku tu, lauk2 dia segar2 sikit...tengah pilih punya pilih nampak belimbing buluh!!!!!!!suka tak terhingga la dah memang rezeki kamu sayang, memang teringin sangat, masa awal2 mengandung mak selalu buat sebab tahu aku suka makan pastu skrg takde musimnya, tapi kalau pergi kedai cik ros memang selalu pesan nak belimbing buluh :), Alhamdulillah boleh buat lauk dinner malam semalam :)

Sebelum lin hantar aku balik smpt pesan kat mak supaya masak sedap2 untuk hasben tu...mestilah lin, mesti mencuba & berusaha masak sedap2 untuk disi dalam perut hasben!!!! :P.Lin bgthu dia tak pandai masak mcmne nak kawin, alah relax la lin aku pun 2x5 je masa ko zaman anak dara, so jangan risau sayang dah kahwin kita mesti nak lakukan yang terbaik, so skrg terus pandai masak :)

Cara masak lebih kurang je dengan Udang masak lemak yang aku buat hari tu cuma kali ni aku tak guna asam keping sebab dah ada belimbing buluh.


~ Bahan2 asas , suka plak guna santan kotak ni :P ~



~ Bahan2 ni ditumbuk2 sehingga lumat baru masukkan dalam air kemudian bile cili dah masak, masukkan santan, belimbing buluh & ikan kembung tadi kemudian masukkan garam & gula ~



~ Hidangan paling aku suka masa mengandung kali ini ~



~ Tambah kentang goreng bercili ~


~ Dihidangkan bersama kek yang diberi oleh lin, tq lin : ~

Notakaki : Tadi ada orang sponsor makan kat opis sempena majlis tazkirah isya'& mikraj, ada ikan kering masak lemak dengan nenas!!, sedapnya sampai 2 pinggan aku makan, tq ye :)

3 comments:

  1. belimbing tu memang buat kecur air liur saya.
    kalau ada depan mata, saya makan gitu je..

    ReplyDelete
  2. betul tu izla, belimbing buluh ni betul2 boleh buat pza teringat2 taw, makan macam tu sedap :P

    ReplyDelete
  3. Insyaallah..aku mst pandai masak mcm ko jugak nnt..nnt kte bole tukar2 mknan..hihi..

    ReplyDelete

Tukang Komen :)