Perjalanan Cinta Ini

Daisypath Anniversary tickers

Kami Telah Bersatu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wan Khalish Haikal

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Wan Mawar Adawiyah

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, June 21, 2012

Cabut gigi semasa mengandung, boleh atau tidak???

Assalamualaikum...


Sakit gigi semasa mengandung adalah perkara biasa pada ibu yang kurang kalsium, ia terjadi pada aku sampai satu tahap aku tak boleh tahan dah....sebab ada orang mengatakan boleh cabut ada yang kata tak boleh..forsure la aku perlu berhati2 dalam isu ni.

Kelmarin sampai satu tahap aku tak boleh tahan dah terus mengadu dengan hasben dan ajak dia pergi ke klinik.


Masa kat klinik berulang2 kali hasben tanya takpe ke, takpe ke??...aku plak rasa nak terberanak masa nak cabut gg tu, alhamdulillah smlm diberi mc dan takde lagi sakit gg.


Pastu nak dapat kan kepastian pergi la ke klinik gg, aku maklumkan aku pregnant 8 bulan dan dr. gigi maklumkan takde masalah dan aku nak yakinkan lagi aku telefon doktor pakar bersalin aku, Dr. Kaedah untuk dapatkan kepastian, dah dia pun jawab "takde masalah"...insyallah.

Pengajarannya silalah makan segala mala kalsium dari awal kehamilan lagi bagi mengelakkan berlakunya kurangnya kalsium


~ Si amalkan vitamin2 yang diberi oleh doktor :) ~

Ni yang aku search dalam goggle :-

  1. Walaupun gusi membengkak and sakit gigi teramat sakit, puan kena makan dulu antibiotik dan tunggu bengkak surut (iaitu kuman mati) sebelum doktor gigi boleh mencabut gigi gerham berkenaan.
  2. Untuk mengatasi rasa sakit yang puan alami skrg, saya syurkan, puan tumbuk bunga cengkih hingga lumat, tambah air dan garam halus (lagi banyak, lagi baik), bancuh dan kumur dengan air bunga cengkih ini, setiap kali rasa sakit ini datang. Ia boleh melegakan.
  3. Puan juga boleh sapukan bius gigi yang dijual di farmasi, namanya Bonjela atau sebarang ubat tahan sakit bengkak gusi/sakit gigi.
  4. Setelah bengkak gusi surut sedikit, puan boleh pergi mencabutnya. Doktor tak boleh mencabut gigi semasa gusi bengkak (ini satu pantang larang pergigian).
  5. Ttg mencabut gigi semasa hamil, masalah yang dikhuatiri ialah pendarahan yang sukar dibendung jika puan ada masalah hemofilia (hemophilia). Jika puan tiada masalah ini, mencabut gigi adalah prosedur yang selamat.
  6. Semasa mengandung, hormon yang dikeluarkan oleh badan ke dalam darah membesarkan/mengendurkan saluran darah, dan pendarahan pada gusi boleh berlaku di peringkat akhir kehamilan. Jika pendarahan ini berlaku semasa puan mencabut gigi, ia akan makan masa untuk pendarahan reda (caranya ialah dgn menjahit gusi di mana pendarahan berlaku). Oleh kerana menjahit gusi ini amat sakit, maka doktor terpaksa berikan bius yang agak kuat supaya puan tak rasa sakit. Kandungan boleh terjejas sedikit (bayi akan meronta tapi tak lah sampai mati).
  7. Ramai ibu yang hamil kurang selesa mendapatkan rawatan gigi semasa hamil.
  8. Jadi pada pandangan saya, puan perlu ikut nasihat doktor gigi puan sepenuhnya. Cabut gigi memang selamat semasa hamil, tapi lagi baik jika rawatan gigi (sebarang prosedur) dilakukan sebelum puan jadi hamil.

    Notakaki : Tip penjagaan semasa hamil ialah lakukan pemerikasaan berkala di klinik gg walaupun anda sedang hamil :)

6 comments:

  1. saya kurang kalsium gak. gigi depan dah makin jarang2

    ReplyDelete
  2. tu sbb dr. pza pesan banyak minum susu masa awal sampai akhir mengandung :)

    ReplyDelete
  3. Pn...sye pun tgh derite sgt2 ni,kandungan sy da masuk 8 bln cmana sy nk cbut gg yg blubang ni....ya Allh tkut sungguh...

    ReplyDelete
  4. lilin cintaku : takpe, pergi je klinik gg, dari akan bagi advice, nanti kalau bersalin sakit gg lagi bertambah sakit nanti..

    ReplyDelete
  5. sy preg 15 week.gg ni dh lme berlubang tp sy xcbut.so lme2 jd serpih sket2 n then tgl tunggul y kt dlm 2 je.mcm mn ye?

    ReplyDelete

Tukang Komen :)