Assalamualaikum dan alhamdulillah...
~ Mama Wan Khalish Haikal yang masih segar bugar, alhamdulillah :) ~
Semalam jumpa dr. kaedah smlm, doktor kata scan 34 minggu tapi kiraan 36 minggu tapi dia suh standy je awal bulan 7, period tak teratur maklumlah sbb sebelum ni kamu bf.saya tak kisah la dr. janji cahaya mata ini lahir dengan selamatnya, amin :)...
Sekarang HMII makin aktif, kalau lepas dinner kalau baring2 tu berenang2 dia dalam perut mama dia, smpikan hasben gelak je tgk HMII tendang2...tadi pun masa ada perbincangan dok menendang2 dalam perut, hahahahahahaha (suka ye topik wakaf & zakat tu honey madu mama :P)
Perkembangan Bayi Minggu 34
Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna.
Nota Hamil : Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasaan dan emosi pada peringkat ini.
Perkembangan Bayi Minggu 35
Tulang kepalanya lembut dan mudah lentur. Manakala kulitnya mula berubah menjadi kemerah-merahan. Kini, dia tahu waktu tidur dan berjaga.
Nota Hamil : Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.
Perkembangan Bayi Minggu 36
Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Jika berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Itu adalah tanda kandungan anda semakin mencapai tahap matang. Bayi mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan.
Nota Hamil : Pernafasan kini menjadi semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.
Notakaki : Check-up berikutnya lagi 2 minggu, nanti dr. pantau lagi perkembangannya...ya allah seronoknya sambut bulan ramadhan yang sangat dimuliakan kali ini dengan rezeki baru ni :)
No comments:
Post a Comment
Tukang Komen :)