Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 13, 2012

Resepi Ayam masak merah :)

Assalamualaikum..

Kenapa la skrg ni gigih update pasal masakan, hahahahahahahahaha:), gigih la sangat :P

Hari jumaat hari tu adik beradik hasben nak dtg rumah sebab nak ambik mereka2 kat KLIA, tak tahu la nak masak pe, dengan tangkas memikirkan menu yang ringkas2 dan pandai sikit masak :P, adik beradik hasben ni campur anak buah dia ramai woo, seekor ayam ko aku buat ayam masak merah, berpeluh2 mak!

Aku kalau masak ayam masak merah suka goreng dulu ayamnya, so boleh ketepikan sikit untuk anak sedara yang tak makan pedas sangat pastu tumis jelah sayur bayam masak air...

BAHAN2
1.Ayam
2.Bawang Merah (Blend)
3.Bawang Putih (Blend)
4.Halia (Hiris2 je)
5.Serai
6.Cili Kering (Blend)
7.Sos tomato
8.Sos Cili
9.Garam
10.Kunyit


CARA-CARA MASAK
1. Ayam perap dengan kunyit dan garam kemudian goreng dan ketepikan.
2. Tumiskan bawang merah, bawah putih & halia
3. Tumiskan cili kering sehingga garing
4. Masukkan sos tomato & sos cili dan air mengikut banyak ayam supaya berkuah
5. Masukkan serai dan garam
6. Masukkan ayam dan siap!!!mudah kan?:)


~ Satu periuk ko:) ~

Notakaki : Tekak ni tibe2 teringin makan kuih che mek molek, penangan tengok master chef  la ni:P

2 comments:

  1. saya selalu kalau segerombolan datang, kari je la paling senang. haha.
    btw, nampak sedap.
    menu untuk malam esok lah

    ReplyDelete
  2. hehehehehe, kari plak pza baru belajar masak tak confident nak masak banyak2...so masak yang confident dulu :)..hehehehe

    ReplyDelete

Tukang Komen :)